Pengikut (ada kelebihannya)

Isnin, Januari 02, 2012

Lanskap, Tasik Beris

Lazimnya, apabila diambil gambar foto lanskap, jurugambar akan ambil gambar dalam format lanskap, iaitu secara melintang.  Ini mungkin kerana bentuk kamera yang sememangnya dalam format lanskap, atau minda telah disetkan.  kalau ambil gambar lanskap, format gambar lanskaplah.  Tidak semestinya begitu.  Kadang-kadang gambar foto lanskap cantik juga kalau diambil dalam format potret.

Gambar foto berikut diambil di Tasik Beris, Sik, Kedah di waktu pagi.

----------------------------
Landscape, Lake Beris
Normally, when shooting landscape photographs, photographers will take pictures in landscape format, ie horizontally. This may be because of the camera is in landscape format, or the mind is set that way. If take a photo of landscapes, so be in landscape, that's what they all told you. Not necessarily so. Sometimes the beautiful landscape photographs are in portrait format.


The following photographs were taken at Lake Beris, Sik, Kedah in the morning.
---------------------------
Tasik Beris diambil dalam format potret.
ISO:  100
E.V. = 0.00
Lensa: 14mm
Apertur/Bukaan: f/10
Kelajuan: 1/200s

Tasik Beris dalam format lanskap.

ISO:  100
E.V. = 0.00
Lensa: 14mm
Apertur/Bukaan: f/10
Kelajuan: 1/320s

Jumaat, Disember 30, 2011

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun Bbaru dari kami di Gelanggangfoto.com.  Semoga tahun 2012 tahun yang lebih baik untuk kita semua dari tahun sebelumnya.  Seperti biasa, tahun baru akan disambut dengan percikan bungapi.  Keluarkan kakitiga (tripod) dan bawa bersama ke kawasan pertunjukan bungapi.  Dapatkan tip untuk mengambil gambar bungapi dari blog ini.

Iskandar

-----------------------------
Happy New Year

Happy New Year from us in Gelanggangfoto.com. May 2012 be a better year for all of us. As usual, the New Year will be celebrated with fireworks display. Bring along a tripod to the fireworks show. Get tips for photographing fireworks from this blog.


Iskandar

Sabtu, Disember 03, 2011

Pos baru setelah sekian lama

Lama tidak berjumpa. Berikut adalah gambar yang baru ditangkap semalam dan minggu yang lepas.




Lokasi: Cyberjaya



Lokasi: Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu

Khamis, Ogos 18, 2011

Buaya

Gambar ni saya mengunakan Nikon D700 dan lens 800mm samyang.
Lokasi adalah Taman Paya Indah Sepang.
Sekadar berkongsi.

Selasa, Ogos 02, 2011

Puteri dan Snowie

Puteri dan Snowie

Lensa: 35mm sepadan 70mm dalam kamera filem 35mm
ISO: 100
Bukaan lensa: f/3.5
Kelajuan pengatup: 1/30s
Filem: Color Standard
Gambar dinyahwarna menggunakan Photoscape, pada skala -5
Kamera: Leica Digilux 3

Rabu, Julai 13, 2011

Sepetang di Putrajaya

Memandangkan dah lama tak masuk sini maka hari nie saya letak kan photo yang saya capture kat Putrajaya baru-baru nie.



Jumaat, Jun 17, 2011

Fotografi Kanak-kanak -- Kanak-kanak Berumur 2 Tahun

Pada umur 2 tahun kanak-kanak sudah dapat kaitkan kamera dengan gambar, apa lagi dengan kamera digital.  Selepas gambar diambil mereka akan berjalan atau berlari ke arah kamera untuk melihat imej pada LCD kamera. Ini menyebabkan agak sukar untuk dapatkan imej yang baik.  Dalam gambar di bawah, saya sudah jangka subjek akan rapat ke kamera untuk melihat LCD, jadi saya prefokus pada jarak yang dekat iaitu kira-kira 3 kaki.  Apabila subjek bergerak ke arah kamera, dengan cepat kamera di tuju dan gambar diambil.

Film: BW Dynamic
ASA: 400
Lensa: 35mm
Apertur: f/3.5
Pengatup:  1/30s

Pada umur ini juga kanak-akank akan mula menunjuk skill yang baru dipelajarinya.  Puteri cuba menunjukkan dia sudah pandai membilang.  Jari ditunjukkan dengan penuh perhatian.

Film: Colour Standard
ASA: 400
Lensa: 35mm
Apertur: f/3.5
Pengatup:  1/30s

Apa-apa pun apabila penat bermain, subjek akan berikan pose istimewa.  Lazimnya anda mudah menarik perhatian kanak-kanak supaya memandang kamera bila dia sedang berbaring atau bersanda pada sesuatu.  Ini kerana ketika itu kanak-kanak tersebut lebih relaks.

Filem: BW Dynamic dilaras ke Sepia menggunakan PhotoScape
ASA: 400
Lensa: 35mm
Apertur: f/3.5
Pengatup:  1/30s






Sekiranya cuaca redup, elok juga jika ambil gambar di luar.  Cuaca sebegini tidak terlalu panas untuk kanak-kanak dan mempunyai cahaya yang sekata dan mudah diurus.  Dalam gambar berikut yang di ambil di belakang rumah, subjek diberikan prop iaitu payung bewarna merah jambu.  Kanak-kanak akan bergaya secara semula jadi.  Anda cuma perlu sedia untuk klik.

Filem: Color Standard
ASA: 100
Lensa: 14mm
Apertur: f/5.6
Pengatup:  1/125s


Dedahan dilaraskan pada subjek.  Oleh kerana subjek berada di bawah payung, latar belakang kelihatan cerah. 

Filem: Color Standard
ASA: 100
Lensa: 14mm
Apertur: f/5.6
Pengatup:  1/30s


Filem: Color Standard
ASA: 100
Lensa: 14mm
Apertur: f/5.6
Pengatup:  1/60s