Gambar ini diambil ketika outing di Pusat Kraftangan.
Sedikit maklumat teknik. Gambar ini diambil menggunakan kamera digital point-n-shoot dengan setting indoor. Oleh kerana dewan pameran agak gelap, saya telah menggunakan monopod untuk stabilkan kamera. Lampu kilat (flash) dimatikan untuk mengekalkan mencahayaan dan suasana dewan. Kalau dipasang flash saya percaya gambar akan menjadi flat. Gambar ini ditukar ke skala kelabu (gambar hitam putih) menggunakan Google Picasa.
Dalam gambar ini, saya ingin tumpukan fokus penonton pada orang yang sedang membina pemegang lampu. Kalau saudara/i lihat gambar ini saya pasti saudara/i akan terus memandang pada orang, kemudian akan mengikut arah matanya yang memandang ke tangan yang sedang membuat kerja. Saya kira apa yang saya inginkan berjaya. Ini kerana pada kelazimannya apabila kita melihat gambar, kita akan tumpukan pada wajah subjek terlebih dahulu.
Teknik ini dikukuhkan lagi dengan framing. Ini membantu penonton terus melihat subjek yang ada di tengah objek bingkai, iaitu pemegang lampu di sebelah kiri dan kanan, dan gambar orang di sebelah belakang.
Gambar ini dikuatkan lagi dengan subjek yang mengukir senyuman. Ini yang jarang dapat diabadikan oleh jurugambar baru kerana ketika mengambil gambar, kita berkomunikasi dengan subjek. Selalu amalkan memohon kebenaran untuk mengambil gambar seseorang. Biasanya, jika kita meminta izin, orang tidak akan menolak.
0 komentar:
Catat Ulasan