Pengikut (ada kelebihannya)

Khamis, April 10, 2008

Pepatung

Gambar ini diambil di Taman Rama-rama K.L menggunakan Canon eos 400d. Mode manual,f5.6,iso 400 dan speed 1/160 menggunakan lens sigma 18-200mm DC. Pada saya,gambar ini seperti 'painting' dgn warna latar yg 'blur' spt teknik wash dlm lukisan cat air. Teknik ini dapat menimbulkan subject dan mata kita terus terarah kepadanya apabila pertama kali kita melihat gambar ini. Resolution telah saya ubah daripada 72dpi ke 300dpi. Bagi saya yg meminati bidang lukisan, fotografi adalah amat baru bagi saya. Walaupun telah melibatkan diri selama hampir 3 tahun tetepi semakin saya menyelami semakin banyak persoalan dalam kotak pemikiran saya. Seperti kedudukan gambar ini, adakah perlu kita menurut 'rules of third'?Adakah gambar ini subjectnya tidak sharp? Atau ada distraction yg mengganggu gambar ini saya terlepas pandang? Sila berikan komen cikgu!

2 komentar:

  1. Teknik subjek dalam fokus dan latar belakang luar fokus dikenali sebagai selective focusing. Teknik ini biasanya kita gunakan ketika ambil gambar potret. Gambar ini menunjukkan contoh selective focusing yang berkesan kerana ia membuatkan gambar menjadi simple dan tidak bercelaru. Apabila kita gunakan selective focusing, tidak perlu lagi risau tentang rule of the third.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya memang agak sukar untuk bermain dengan composition apabila mengambil gambar pepatung atau mana-mana serangga yang boleh terbang kerana kalau kita ada pergerakan yang mengejut, pasti haiwan tersebut akan terbang.

    BalasPadam