Gambar diambil ketika outing di Putrajaya, pertandingan vintage car. Walaupun dalam kritik ini kita tidak akan tekankan tentang aspek teknikal, elok juga kita nyatakan serba ringkas tentang peralatan ketika mengambil gambar. Walaupun begitu, kita akan tumpukan perhatian terhadap aspek seni, misalnya komposisi.
Gambar ini diambil menggunakan Pentax IstD menggunakan lensa zum Sigma (20-80mm). Saya meletakkan adapter wide-angle 0.7 untuk mendapatkan kesan fish-eye. Oleh kerana saiz CCD dalam kamera digital agak kecil, mustahil untuk mendapatkan kesan fish-eye sepenuhnya. Jadi hitam di bahagian tepi gambar adalah disengajakan. Saya merasakan bahagian hitam itu memberikan kesan "framing" yang enhancekan lagi subjek, iaitu kereta.
Dome di belakang menguatkan lagi sense of symmetry dalam gambar ini. Bagaimanapun, saya merasakan kehadiran orang di sebelah kiri gambar mengganggu gambar ini, walaupun dia mengimbangkan kehariran pemilik kereta di sebelah kanan gambar. Saya rasakan gambar ini akan lebih menarik jika orang berada lebih dekat di bahagian latar depan (foreground) supaya emosi orang tersebut lebih jelas kelihatan. Ini penting kerana kereta vintage adalah seperti kerja seni... kalau dapat ditunjukkan dalam wajah orang yang menunjukkan "sense of awe", pasti lebih menarik.
Ok, Wak (Agilbegelan), what do you think?

Saya tidak mendapat pendidikan yang formal dlm bidang fotografi.Jadi menjadi kekhuatiran untuk memberi komen!Saya menyukai foto ini kerana apabila saya menatapnya, ia spt ingin menghentam saya.Ini bermaksud 'element of energy' ada di situ.Foto ini juga agak simetri dgn berlatarbelakangkan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.Betul cikgu kata kalau dapat hindarkan org berbaju oren tu mesti lagi best!
BalasPadam