Pengikut (ada kelebihannya)

Jumaat, Oktober 31, 2008

Penunggu


Penunggu. Kodak Tri-X, Nikon FM2
Perak adalah negeri yang istimewa. Terdapat banyak bangunan lama yang masih berpenghuni, gunung batu kapur, gua, kuil.... entah apa lagi misteri di sana. Ketika itu saya berada di sebuah pekan lama yang seolah-olah mati dengan bangunan lama. Seerti sebuah pekan koboi... Bila saya masuk dengan kamera pasti menarik perhatian orang setempat. Barulah saya perasan, bangunan lama yang saya sangka telah ditinggalkan itu masih berpenghuni, terutamanya warga emas dari kaum cina.
Untuk timbulkan suasana nostalgik, saya ambil gambar pekan tersebut mennggunakan kamera Nikon FM2 yang dimuat dengan filem Kodak Tri-X. Walaupun begitu, hari itu cuaca mendung, jadi saya tidak dapat mainkan elemen awan dalam gambar yang diambil. Filem yang dihasilkan juga mempunyai kawasan lagit yang tebal yang susah didapatkan detail melalui scanner. Kalau cara konvensional, detal ini boleh diperolehi dengan teknik "burning" ketika mencetak gambar menggunakan enlarger.
Dinding rumah ini menarik minat saya kerana telah dimakan oleh pohon beringin. Saya cuba dapatkan lebih banyak shot, tetapi bila saya dekati bangunan ini seekor anjing rotweiler telah keluar dari rumah dan memberikan saya renungan yang menggelisahkan saya. Tuan rumah pula seperti terserempak rusa masuk kampung, tanpa memberikan apa-apa respons. Saya cuba menegur, tetapi tiada jawapan diterima. Mungkin pendengaran sudah kurang atau kurang upaya berbahasa melayu.

0 komentar:

Catat Ulasan