Untuk maklumat Gelanggangfoto sertai senarai e-mel
Masukkan nama dan e-mel di bawah:
Nama:
E-mel:
Langgan Batal Langganan
Selepas isi borang ini perlu klik pada pautan (link) dalam e-mel yang diterima untuk pengesahan. Selagi anda belum sahkan, e-mel anda tidak tersenarai dalam mail list. Kalau tiada e-mel dalam inbox cuba cari dalam Spam box, mungkin e-mel termasuk ke situ kerana e-mel dihasilkan secara automatik.

Pengikut (ada kelebihannya)

Ahad, April 27, 2008

Foto outing Hari Kraftangan Kebangsaan 2008


Gambar ini diambil ketika outing di Pusat Kraftangan.
Sedikit maklumat teknik. Gambar ini diambil menggunakan kamera digital point-n-shoot dengan setting indoor. Oleh kerana dewan pameran agak gelap, saya telah menggunakan monopod untuk stabilkan kamera. Lampu kilat (flash) dimatikan untuk mengekalkan mencahayaan dan suasana dewan. Kalau dipasang flash saya percaya gambar akan menjadi flat. Gambar ini ditukar ke skala kelabu (gambar hitam putih) menggunakan Google Picasa.
Dalam gambar ini, saya ingin tumpukan fokus penonton pada orang yang sedang membina pemegang lampu. Kalau saudara/i lihat gambar ini saya pasti saudara/i akan terus memandang pada orang, kemudian akan mengikut arah matanya yang memandang ke tangan yang sedang membuat kerja. Saya kira apa yang saya inginkan berjaya. Ini kerana pada kelazimannya apabila kita melihat gambar, kita akan tumpukan pada wajah subjek terlebih dahulu.
Teknik ini dikukuhkan lagi dengan framing. Ini membantu penonton terus melihat subjek yang ada di tengah objek bingkai, iaitu pemegang lampu di sebelah kiri dan kanan, dan gambar orang di sebelah belakang.
Gambar ini dikuatkan lagi dengan subjek yang mengukir senyuman. Ini yang jarang dapat diabadikan oleh jurugambar baru kerana ketika mengambil gambar, kita berkomunikasi dengan subjek. Selalu amalkan memohon kebenaran untuk mengambil gambar seseorang. Biasanya, jika kita meminta izin, orang tidak akan menolak.

Sabtu, April 26, 2008

Paparan Foto Untuk Komentar

Outing kita yang lepas adalah ke Pesta Hari Kraftangan Kebangsaan. Sdr agilbegelan, sila letakkan sekurang-kurangnya satu gambar yang diambil pada hari tu. Saya juga masih menunggu gambar Masjid Putrajaya yang dijanji akan diposkan.

Khamis, April 10, 2008

Pepatung

Gambar ini diambil di Taman Rama-rama K.L menggunakan Canon eos 400d. Mode manual,f5.6,iso 400 dan speed 1/160 menggunakan lens sigma 18-200mm DC. Pada saya,gambar ini seperti 'painting' dgn warna latar yg 'blur' spt teknik wash dlm lukisan cat air. Teknik ini dapat menimbulkan subject dan mata kita terus terarah kepadanya apabila pertama kali kita melihat gambar ini. Resolution telah saya ubah daripada 72dpi ke 300dpi. Bagi saya yg meminati bidang lukisan, fotografi adalah amat baru bagi saya. Walaupun telah melibatkan diri selama hampir 3 tahun tetepi semakin saya menyelami semakin banyak persoalan dalam kotak pemikiran saya. Seperti kedudukan gambar ini, adakah perlu kita menurut 'rules of third'?Adakah gambar ini subjectnya tidak sharp? Atau ada distraction yg mengganggu gambar ini saya terlepas pandang? Sila berikan komen cikgu!

Rabu, April 09, 2008

Kereta Klasik

Kereta Klasik, 2008
Gambar diambil ketika outing di Putrajaya, pertandingan vintage car. Walaupun dalam kritik ini kita tidak akan tekankan tentang aspek teknikal, elok juga kita nyatakan serba ringkas tentang peralatan ketika mengambil gambar. Walaupun begitu, kita akan tumpukan perhatian terhadap aspek seni, misalnya komposisi.
Gambar ini diambil menggunakan Pentax IstD menggunakan lensa zum Sigma (20-80mm). Saya meletakkan adapter wide-angle 0.7 untuk mendapatkan kesan fish-eye. Oleh kerana saiz CCD dalam kamera digital agak kecil, mustahil untuk mendapatkan kesan fish-eye sepenuhnya. Jadi hitam di bahagian tepi gambar adalah disengajakan. Saya merasakan bahagian hitam itu memberikan kesan "framing" yang enhancekan lagi subjek, iaitu kereta.

Dome di belakang menguatkan lagi sense of symmetry dalam gambar ini. Bagaimanapun, saya merasakan kehadiran orang di sebelah kiri gambar mengganggu gambar ini, walaupun dia mengimbangkan kehariran pemilik kereta di sebelah kanan gambar. Saya rasakan gambar ini akan lebih menarik jika orang berada lebih dekat di bahagian latar depan (foreground) supaya emosi orang tersebut lebih jelas kelihatan. Ini penting kerana kereta vintage adalah seperti kerja seni... kalau dapat ditunjukkan dalam wajah orang yang menunjukkan "sense of awe", pasti lebih menarik.

Ok, Wak (Agilbegelan), what do you think?