Jumaat, Oktober 31, 2008
Penunggu

Penunggu. Kodak Tri-X, Nikon FM2
Perak adalah negeri yang istimewa. Terdapat banyak bangunan lama yang masih berpenghuni, gunung batu kapur, gua, kuil.... entah apa lagi misteri di sana. Ketika itu saya berada di sebuah pekan lama yang seolah-olah mati dengan bangunan lama. Seerti sebuah pekan koboi... Bila saya masuk dengan kamera pasti menarik perhatian orang setempat. Barulah saya perasan, bangunan lama yang saya sangka telah ditinggalkan itu masih berpenghuni, terutamanya warga emas dari kaum cina.
Untuk timbulkan suasana nostalgik, saya ambil gambar pekan tersebut mennggunakan kamera Nikon FM2 yang dimuat dengan filem Kodak Tri-X. Walaupun begitu, hari itu cuaca mendung, jadi saya tidak dapat mainkan elemen awan dalam gambar yang diambil. Filem yang dihasilkan juga mempunyai kawasan lagit yang tebal yang susah didapatkan detail melalui scanner. Kalau cara konvensional, detal ini boleh diperolehi dengan teknik "burning" ketika mencetak gambar menggunakan enlarger.
Dinding rumah ini menarik minat saya kerana telah dimakan oleh pohon beringin. Saya cuba dapatkan lebih banyak shot, tetapi bila saya dekati bangunan ini seekor anjing rotweiler telah keluar dari rumah dan memberikan saya renungan yang menggelisahkan saya. Tuan rumah pula seperti terserempak rusa masuk kampung, tanpa memberikan apa-apa respons. Saya cuba menegur, tetapi tiada jawapan diterima. Mungkin pendengaran sudah kurang atau kurang upaya berbahasa melayu.
Label:
bangunan lama,
galeri,
heritage,
hitam putih,
landscape,
Perak,
runtuhan,
warisan
| Reaksi: |
Rabu, Oktober 22, 2008
Ahad, Oktober 19, 2008
Pergi Memancing
Semasa outing di air terjun Tekala, saya cuba untuk letakkan kelainan dalam gambarfoto yang saya ambil. Ini kerana barangkali dah beribu gambar dari sudut ini diambil di Tekala. Selepas mengambil gambar, kami nikmati ikan panggang ala Tekala. Mmmmm... dengan air asam.
| Reaksi: |
Penumpang Komuter
Isnin, Oktober 13, 2008
Wildlife
Walaupun haiwan ini tidak menjadi keutamaan lensa saya ketika di Zoo Melaka, haiwan ini sentiasa merenung saya, seolah ingin wajahnya dipotretkan. Maka dgn kamera lama eos 300d, kelajuan 1/200, f/6.3, iso 100 dan focal length 200mm gambar ini berjaya dihasilkan! Apabila mengambil gambar haiwan di zoo, elakkan dari elemen2 yg tidak semulajadi seperti pagar, tembok, orang dan sebagainya. Supaya gambar kita seolah berada dipersekitaran yg semulajadi. Apa pendapat cikgu, En.Shukor dan rakan yg lain?
Label:
galeri,
haiwan,
monochrome,
Zoo,
Zoo Melaka
| Reaksi: |
Merdeka Day

Pada mulanya,saya agak hilang arah semasa sampai di Dataran Merdeka kerana tidak mendapat past media!Diganggu pula oleh kawalan keselamatan yg agak ketat, saya jadi bengang! Pegawai keselamatan berbaris di kiri dan kanan jalan memang mengganggu arah lensa(distraction)!Akhirnya gambar mereka yg saya ambil.Espresi menjadi galang ganti,walaupun secara spontan.Saya tertarik dgn riak wajahnya yg serius dan berjaga2.Cuma subject saya tidak diletakkan mengikut rule of third.Adakah itu tidak mengapa ? Sementara gambar di atas pula saya tertarik dgn corak yg dihasilkan.Saya menggunakn speed 1/4000 sec, f5.6,iso 800 kerana pada awal hari seakan mendung.(iskandar)
Oh ya, saya ingat anggota ni, berdiri kat depan meghadang viu kita yang cuba ambil gambar aktiviti perarakan. Walau apapun, saya suka raut wajah pada anggota tu... tekun menjalankan tugas. Saya juga suka cara saudara Agilbegelan ringkaskan gambar secara selective focusing. Latarbelakang dibiarkan diluar fokus. Kalau tidak, pati pegawai yang berada pada garis 1/3 kanan dan orang berbaju cerah itu akan mengganggu tumpuan pemerhati. Lebih cantik lagi kalau imej subjek utama dapat diletakkan pada garis 1/3 sebelah kiri. Syabas. Gambar ini patut diletakkan dalam portfolio.
Yang gambar pattern tu, bila diperhatikan mengingatkan saya di zaman kanak-kanak ketika memerhati riak air sungai ketika pasang besar. Anak-anak ikan sumpit yang migrate dalam jumlah beribu-ribu kelihatan seperti pola (pattern) dalam gambarfoto ini.
Berbuka puasa...

Test power je ni cikgu...
(Iskandar)
Ok cantik. Selamat datang Halim.
(Agilbegelan)
Hantar banyak lagi Halim!Welcome!welcome!
(Iskandar)
Cara tiga orang tersusun dalam gambar ini menarik, seolah-olah ada garisan yang condong dari bahagian atas kanan ke arah bawah. Kesannya, mata dibawa dari gambar orang dalam latar depan ke orang ke tiga dibelakang dan di tarik semula ke orang yang di tengah. Walaupun saya cuba perhati pada orang yang di depan (kerana dia yang paling jelas difokus), perhatian tetap pergi kepada orang yang ditengah gambar. Begitu juga apa bila saya cuba perhatikan orang yang di belakang, oleh kerana dia memandang ke arah orang yang tengah, perhatian saya tetap ditarik ke tengah gambar.
Gambar ni dicrop agak tight. Nak juga tengok kueh apa yang mereka sedang nikmati ni... Sure sedap kalau lihat dari wajah mereka.
Saya perhatikan gambar yang dimuat-naik oleh Saudara Halim ke Flickr. Banyak gambar yang ada human element yang sangat cantik di situ. Ingatkan Halim suka snap gambar bunga aja. :) Letakkan gambar-gambar tu ke sini supaya kita boleh bincang. Orang lain pun sila join sekali bagi pendapat.
Label:
berbuka puasa,
galeri,
komentar,
makan,
ramadhan
| Reaksi: |
Putrajaya International Fireworks Competition 2008/2007


Pertandingan bunga api di Putrajaya diadakan sempena menyambut hari kebangsaan. Gambar pertama tahun 2008 dan gambar kedua tahun 2007 (eos 400d). Eos 40d, speed 18 saat, f/16, iso 100, 26.0mm dan menggunakan black kad utk tahun 2008. Perhatikan perbezaannya!Gambar tahun 2008 agak mencabar utk diambil kerana waktu itu hujan renyai dan angin yg agak kuat. Waktu itu saya risau dgn keadaan camera 40d saya terdedah dgn hujan renyai! 40d tidak memunyai perlindungan (weather seal) yg menyeluruh. Tetapi saya terkejut dgn kelasakannya! Mungkin takdir saya baik masa itu. Perlu diingat tripod yg kukuh amat perlu utk mengambil gambar bunga api!Mungkin rakan2 ada komen lain?
(Iskandar)
OK gambar ni cantik. Cara disertakan bangunan dan jambatan juga cantik. Berbaloi meredah hujan.
| Reaksi: |
Ahad, Oktober 12, 2008
Aidilfitri 2008






Gambar ini semuanya diambil di Melaka ketika menyambut Aidilfitri menggunakan camera EOS 40D.Misi saya adalah utk menguji keupayaan iso1000 hingga 3200 dan 'search for the light'. Kebanyakannya saya cuba menggunakan sepenuhnya segala sumber cahaya yg ada.Kebelakangan ini saya amat menggemari gambar yg mempunyai sempadan shadow dan highlight yg agak menonjol. Sebagai contoh, penggunaan cahaya dari tingkap umpamanya.Bagi saya, gambar yg sedemikian dapat menimbulkan kesan cinematografi yg bagus sekiranya dpt dimanfaatkn sepenuhnya.Oh ya!sebelum terlupa , sesetengah gambar2 ini saya adjust sedikit yellow pada w/b utk menaikkn moodnya!Ada setengah phographer pro mengatakan anda tidak perlu menghabiskan masa didepan komputer semata2 utk memperbaiki gambar!Kita mesti cuba mendapatkan gambar yg terbaik semasa di lokasi.Apa pandangan rakan2 semua?
(Iskandar)
Ok, gambar yang kita tunggu tunggu dah tiba. kali ini saya lihat ada perubahan dari segi content yang diposkan oleh Sdr Agilbegelan kita, iaitu human element. Ini menunjukkan saudara semakin matang dalam mengambil gambar dan lebih berani menonjolkan diri di luar sana.
Saya akan lihat dan beri komentar satu persatu. Buat masa ini masih lagi struggling dengan buku fotografi digital saya. Berharap untuk siapkannya minggu ini.
Oh ya, dan saya telah pelawa saudara Halim kita untuk join blog tetapi masih lagi belum terima respons dari beliau. Tolong alert saudara Halim. Dia ada banyak gambar yang menarik dalam Flickr tu. Kalau sempat pelawa Bang Shukor sekali. banyak kita boleh pelajari dari beliau nanti.
(Iskandar)
Kalau diperhatikan posting ini, kita akan dapat lihat strenghth saudara Agilbegelan. Mungkn kerana subjek yang dipilih kali ini adalah dekat dengan hati beliau -- iaitu family dan kampung halamannya. Cara beliau bermain dengan pencahayaan amat baik sekali dan amat menarik. Gambar anak memanjat tangga amat jelas menunjukkan kekuatan beliau memilih point of view serta composition yang mantap. Begitu juga gambar nenek di dapur dan gambar para tetamu sedang berdoa. Gambar-gambar ini patut dibesarkan dan dibingkaikan.
Ini mengingatkan saya kepada Alfred Stieglitz (1 Januari 1, 1864 – 13 Julai, 1946) seorang jurugambar yang memperjuangkan supaya fotografi diterima sebagai media seni, bukan media rakaman semata-mata. Beliau ada mempamerkan kira-kira 300 keping gambarfoto isterinya, Georgia O'Keeffe (seorang pelukis) digalerinya (yang kini dinamakan 291 di New York). Yang pastinya, subjek beliau adalah orang yang terlalu rapat dengannya, jadi orang dapat lihat betapa cantik dan personal gambarfoto-gambarfoto tersebut. Antara gambarfoto yang dipamerkan adalah siri gambarfoto tangan.
Dalam satu pameran digaleri tersebut, seorang kaya datang kepadanya dan meminta beliau mengambil gambarfoto tangan isterinya (isteri orang kaya tersebut). Dia mahu gambarfoto tangan tersebut ada "feeling" macam gambarfoto Georgia. Alfred Stieglitz menolak pelawaan tersebut. Orang kaya menjadi "bengang" menekankan bahawa dia akan menawarkan bayaran yang tinggi.
Alfred menegaskan gambarfoto Georgia berjaya kerana gambar tersebut adalah gambarfoto subjek yang dekat dengan beliau. Kalau dia mengambil gambarfoto isteri orang kaya tersebut dan kualiti gambarfoto yang setanding dengan gambar Geogia, Stieglitz mesti "dekat" dengan isteri orang kaya tersebut terlebih dahulu... yang pasti orang kaya tersebut tidak akan gembira.
Ini mengingatkan saya kepada Alfred Stieglitz (1 Januari 1, 1864 – 13 Julai, 1946) seorang jurugambar yang memperjuangkan supaya fotografi diterima sebagai media seni, bukan media rakaman semata-mata. Beliau ada mempamerkan kira-kira 300 keping gambarfoto isterinya, Georgia O'Keeffe (seorang pelukis) digalerinya (yang kini dinamakan 291 di New York). Yang pastinya, subjek beliau adalah orang yang terlalu rapat dengannya, jadi orang dapat lihat betapa cantik dan personal gambarfoto-gambarfoto tersebut. Antara gambarfoto yang dipamerkan adalah siri gambarfoto tangan.
Dalam satu pameran digaleri tersebut, seorang kaya datang kepadanya dan meminta beliau mengambil gambarfoto tangan isterinya (isteri orang kaya tersebut). Dia mahu gambarfoto tangan tersebut ada "feeling" macam gambarfoto Georgia. Alfred Stieglitz menolak pelawaan tersebut. Orang kaya menjadi "bengang" menekankan bahawa dia akan menawarkan bayaran yang tinggi.
Alfred menegaskan gambarfoto Georgia berjaya kerana gambar tersebut adalah gambarfoto subjek yang dekat dengan beliau. Kalau dia mengambil gambarfoto isteri orang kaya tersebut dan kualiti gambarfoto yang setanding dengan gambar Geogia, Stieglitz mesti "dekat" dengan isteri orang kaya tersebut terlebih dahulu... yang pasti orang kaya tersebut tidak akan gembira.
Central Market K.L Part 1





(Iskandar)
Gambar potret ni cantik. Cara Saudara Yusof Gajah tenung, agak jauh. Pati orang yang memerhati potret ini akan dapat agak subjeknya adalah seorang artis terkenal. Kalau saya yang ambil portret ini, saya akan cuba masukkan elemen lain yang berkaitan dengan subjek. kalau dia seorang pelukis, mungkin ada sesuatu yang boleh dimasukkan yang boleh memberitahu pemerhati, ini seorang pelukis. Kalau potret Saudara Yusof Gajah.... mana Gajah nya.
Gambar ini patut di cetak dan dibingkaikan.
Label:
galeri,
pasar seni,
potret,
Yusof Gajah
| Reaksi: |
Central Market K.L Part 1

(Iskandar)
Kita mulakan dengan gambar ini. Kebiasaannya kita lihat gambar mannequin dengan baju fesyen barat kerana mannequin memang popular dalam street photography dalam tahun 60an dan 70an. Bila tengok aja gambar ni terus teringat pada gambar-gambar klasik pada era itu. Suasana suram dalam Central Market dan warna pastel dalam gambar ini juga mengingatkan saya pada warna gambarfoto pada era tersebut.
Yang istimewa dalam gambar ini ialah pakaiannya. Jadi seolah-olah gambar klasik seakan-akan gambar luar tetapi local dengan kehadiran baju kebaya.
Apabila saya melihat gambar ini, mata diarah ke patung (mannequin) yang memakai kebaya pink. Walaupun ada banyak patung dalam gambar ini, mata tetap tertumpu pada patung tersebut. Pertama kerana kedudukannya pada garis 1/3 di sebelah kiri. Kedua kerana warna bajunya yang terang sedikit dibandingkan dengan baju paptung yang lain. Ketiga kerana ada eye contact. Patung tersebut seolah-olah hidup.... boleh kita namakan patung tersebut "Chendana" dengan ejaan lama untuk menunjukkan nilai klasik.
Gambar ini patut dicetak dan disertakan dalam portfolio. Apa pula pandangan rakan semua?
Yang istimewa dalam gambar ini ialah pakaiannya. Jadi seolah-olah gambar klasik seakan-akan gambar luar tetapi local dengan kehadiran baju kebaya.
Apabila saya melihat gambar ini, mata diarah ke patung (mannequin) yang memakai kebaya pink. Walaupun ada banyak patung dalam gambar ini, mata tetap tertumpu pada patung tersebut. Pertama kerana kedudukannya pada garis 1/3 di sebelah kiri. Kedua kerana warna bajunya yang terang sedikit dibandingkan dengan baju paptung yang lain. Ketiga kerana ada eye contact. Patung tersebut seolah-olah hidup.... boleh kita namakan patung tersebut "Chendana" dengan ejaan lama untuk menunjukkan nilai klasik.
Gambar ini patut dicetak dan disertakan dalam portfolio. Apa pula pandangan rakan semua?
(Iskandar)Saya perhati aja gambar ni. Satu perkataan aja yang explain tentang gambar ni, iaitu "Masa". Mungkin sebab susunan jam lama yang bingkaikan motor lama. Maybe motor tu adalah subjek utama ketika ambil gambar. Tapi ada distractor di sini. Bila mata dah tertumpu ke arah motor lama tersebut, bunting yang di sebelah kanan motor macam tarik pula perhatian menyebabkan tumpuan menjadi pecah.
Mungkin juga sebab sempadan dinding dan motor seperti ada harisan menuju ke bunting tersebut...
Gambar ni memang cantik, dan memang jam tu menyebabkan ia jadi nostalgik, tapi boleh diperbaiki lagi kalau explore point-of-view supaya bunting tu kurang memecahkan tumpuan kepada motor!
(agilbegelan)
Saya setuju dgn pendpt cikgu! mula saya ingin kaitkn jam(masa) dan motor(vintage) ! Banting itu memecahkn tumpuan antara jam dan motor! Saya tidak alert rasanya masa itu!Ingat rakan2,jgn tumpuan gambar kita ada distractor yg mencacatkan seperti banting itu!

(Iskandar)Hari ini saya pilih untuk komen gambar ini (Saudara Donald Dog) dan gambar Saudara Yusof Gajah. Cara saudara Agilbegelan mengambil gambar ini pun sudah menunjukkan perbezaan antara dua subjek ini, Yusoh Gajah seorang sifu dan Donald Dog, anak murid sifu yang setanding dengan Bruce Lee kalau cerita Kung Fu....
Kalau diperhatikan wajah Saudara Donald Dog, semacam dia tercari-cari, ataupun masih tiada keyakinan ketika melukis, tak seperti Saudara Yusof Gajah yang kelihatan matang merenung lensa.
Cara bilik ini penuh dengan warna juga dengan warna yang flat nampak gambar ini seperti snap shot sedangkan gambar Yusof Gajah lebih mantap. Walaupun mereka sebenarnya berada lokasi yang sama. Ini mungkin kerana bila deal dengan Saudara Yusof Gajah, Saudara Agilbegelan agak gugup sedikit.
Pada pendapat saya, gambar ini juga dibingkaikan tapi diletak berdekatan dengan gambar Saudara Yusof Gajah. Atau kurang-kurangnya dimasukkan ke dalam portfolio.
Label:
central market,
donald dog,
galeri,
motorsikal,
pasar seni
| Reaksi: |
Sabtu, Oktober 11, 2008
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Gambar diambil ketika sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2008. Gambar diambil menggunakan kamera analog yang diisi dengan filem slide ISO 100/32 jenama Kodak Ektachrome.
Saya pilih gambar ini untuk dibincangkan kali ini kerana wajah orang dalamnya yang ceria dengan warna bendera yang terang menunjukkan mood perayaan yang jelas. Ketika gambar ini diambil suasana agak mendung. Bagaimanapun, saya gembira dengan hasilnya kerana gambar yang terhasil masih mempunyai warna yang agak pekat.
Untuk mampatkan view supaya ramai orang dapat dimasukkan ke dalam gambar saya gunakan lensa zum yang disetkan ke sudut paling kecil iaitu 28mm.
Pada pendapat saya, gambar ini dapat dimantapkan lagi sekiranya ketika kompos saya letakkan lelaki yang di tengah-tengah itu ke kanan sedikit. Ini kerana apabila melihat gambar ini, mata tertumpu kepada beliau walaupun ramai orang berada dalam gambar. Dengan meletakkan beliau di tengah saya dapati imej wanita di sebelah kanan di belakang beliau memecahkan tumpuan kepada lelaki tersebut.
Label:
celebration,
dataran merdeka,
galeri,
hari kebangsaan,
Independence,
Malaysia,
merdeka
| Reaksi: |
Langgan:
Catatan (Atom)





