Pengikut (ada kelebihannya)

Sabtu, November 29, 2008

Composition (1)

Hari ini ada masa terluang sedikit, bolehlah menulis panjang-panjang...

Pernyataan Sdr. Eric Peris kepada Sdr Nazir dan Halimullah menarik perhatian saya. “Kalau saya nampak cantik, saya suka, cantiklah, peduli apa yang orang lain kata.” Sebenarnya, pada kebiasaannya apa yang kita nampak cantik, orang lain juga akan nampak cantik. Adalah sedikit variasi, tetapi pada asasnya tetap sama. Walau apapun, kita semua bebas mengambil gambar apapun. Tiada kamera, atau lensa, atau gajet boleh mengawal apa yang kita shoot. Semua itu hanya alat yang membantu kita mengambil gambar. (Hanya alat.... tapi jangan merendahkan alat kerana ia membantu kita mencapai apa yang dikehendaki). Gambarfoto itu adalah hasil kerja kita bukannya hasil kerja kamera. Kamera tidak mengambil gambar, kita yang ambil.

Kalau begitu mengapa beli lensa panjang dengan body pelbagai feature. Pakai lubang jarum sudahlah. Menjadi juga. Ya, boleh pakai kamera lubang jarum, kamera plastik Mydin, compact atau apa-apa pun. Masalahnya begini. Kadangkala kita dah visualise gambar yang diingini bila berada di lokasi. Bila ingin ambil gambar sebagaimana yang kita visualise, kamera yang ada terhad featurenya. Gambar yang diingini tidak dapat diambil. Sebab itulah apabila memilih perkakasan, pilih yang boleh membantu kita menghasilkan gambar yang di kehendaki. Jangan pula kamera itu yang menghalang kebebasan kita mengambil gambar.

Digital atau filem hanyalah medium merekod dan menyimpan gambar. Leica, Pentax, Olympus, Canon, Nikon, Sony, Samsung hanyalah jenama. Yang penting, kita mesti tahu apa yang kita perlukan.

Ok, balik semula ke topik yang saya ingin kita bincangkan hari ini iaitu komposisi, composition. Komposisi dikira "berjaya" apabila anda membuat pilihan elemen dalam ruang gambar yang enak dilihat. Pendek kata, kalau gambar itu kita nampak cantik, komposisi kita berjaya.

Maksudnya, sebelum mengambil gambar, kita pilih subjek utama sebaik mungkin dan kaitkannya dengan elemen lain (elemen sokongan) dengan berkesan. Gambar yang di compose dengan baik bukannya menjadi dengan tak sengaja adalah hasil dari perancangan teliti. Jangan klik saja banyak-banyak. Kalau macam tu, ayam buta pun dapat makan. Patuk aja kat tanah banyak kali. Mesti sesekali terpatuk benda yang boleh dimakan.

Satu "kesilapan" yang dilakukan oleh jurugambar baru ialah memasukkan terlalu banyak subjek. Semua mau tarok -- macam rojak.

Kegagalan membuang "Sampah Visual" menghasilkan gambar yang serabut dan tidak menarik. Kalau ambil kursus fotografi, peraturan nombor satu ialah "A photograph should be simple." Ada pula yang kata, rule nombor satu ialah KISS, bukan yang muah-muah tu. KISS yang ini adalah singkatan "Keep It Simply Simple".

Jadi ingat -- ringkas, ringkas, ringkas. Kenapa gambar ayam serama Sdr Halimullah cantik? Rule no satu -- KISS.
Ada bermacam cara yang boleh digunakan untuk ringkasan gambar. Kita bincang satu satu, nanti. Macamana pula nak tentukan subjek utama? Yang ini sifu saya masa menuntut dulu tunjukkan.
Apa-apa sahaja yang menarik minat kita -- itu patut jadikan subjek utama. Zero in kepada objek tersebut. Jadikan subjek utama tu sebagai point of interest. Kemudian secara sedar (bukannya tak sengaja macam bomoh dapat ilham dari mimpi tu) cari point of view yang sesuai. Nak menjenjeng ke, nak meniarap ke, orang lain peduli apa? Biarlah terpenyet tahi merpati atau tahi gagak, tak apa. Boleh basuh.
Bila dah pilih point-of-view terbaik, barulah fine tune. Barulah lekatkan kamera ke tripod. Tumpukan pada konsep gambarfoto dulu. Dan pilihan itu bukannya tetap. Cuba pula angle yang lain. Pilih yang the best. Second best tak nak. Third best, lagi tak nak. Siapa timbalan menteri India? Ada kenal? Tak kenalkan? Orang kenal yang nombor satu saja. Nombor dua tak ada significant. Gambar pun macam tu, pilih yang kelihatan the best.
Semua yang saya jelaskan sebelum ini disebut memilih/mendefinisakan subjek atau "defining your subject."
Di sini kita nampak, pilihan lensa adalah penting. Kalau wide-angle, subjek utama dan banyak elemen sokongan dapat dimuat ke ruang gambar. Kalau kita guna telefoto, kita dapat tumpu pada subjek utama dan buang elemen lain yang menjadi sampah visual.

Bila dah letakkan subjek utama dalam ruang gambar, perhatikan elemen yang boleh merosakkan gambar terutamanya di bahagian sudut.
Bahaya penggunaan kamera terkini ialah kita mungkin terlalu taksub dengan mekanisma kamera hingga kita lupa tumpukan perhatian terhadap elemen dalam gambar.
Perhatikan bahagian latar belakang. Pastikan ia bersih dan tidak menarik perhatian hingga subjek utama menjadi lemah. Composition yang elok mengandungi elemen yang dimuatkan dan elemen yang dikeluarkan dari gambar yang seimbang.

Jumaat, November 28, 2008

Potret Abdul Rahman Musa

Potret Abdul Rahman Musa. 2008

Arca diambil dalam mode filem hitam putih pada ISO 100. Imej dimuat ke dalam komputer dan dimuatnaik terus ke Gelanggangfoto tanpa disunting. Tujuan gambar ini diposkan adalah bukan untuk kandungannya tapi untuk tunjukkan clarity imej kamera yang baru menjadi ahli keluarga. Dalam rumah ni ada house rule... dengan saya kamera yang dibeli akan kekal lama. Saya masih menggunakan kamera yang dibeli dalam tahun 80an dulu.

Village View, Jalan Reko


Village View, Jalan Reko. Arca diambil dalam mode filem hitam putih pada ISO 800. Imej dimuat ke dalam komputer dan dimuatnaik terus ke Gelanggangfoto tanpa disunting.

Gambar Lama


Washington Park ketika ribut salji, Albany, NY. 1983.
Sekadar ingin berkongsi. Setelah digeledah kotak-kotak lama, terjumpa gambar-gambar selaid yang sekian lama tersimpan. Gambar ini diambil menggunakan kamera Pentax MeSuper dengan lensa SMC 1.4. Oleh kerana suhu di bawah paras beku, bateri kamera tidak berfungsi. Kamera hanya beroperasi pada kelajuan pengatup 1/125s. Aperture disetkan 2 stop over untuk mendapatkan warna putih salji. Gambar diambil menggunakan filem slide Kodak Ektachrome. Selaid (yang sudah dipenuhi kulat) diimbas menggunakan pengimbas.

Rabu, November 26, 2008

Koleksi Halimullah

Gambar ayam serama ni diambil di Central Market, KL sama seperti gambar yg diambil oleh Agil dan Iskandar. Memandangkan suasana latarbelakang gambar ini yang tidak berapa menarik jadi saya cuba jadikan gambar ini seperti potret. Ok ke tak ok...?
(Iskandar)
OK. Frame gambar ni, masukkan dalam portfolio.

Gambar ini di ambil di tempat yg sama (Central Market, KL) sempena perkahwinan pelbagai kaum di Malaysia. Memandangkan suasana yg agak sibuk masa itu jadi saya lebih berminat untuk mengambil gambar sebelum dan selepas majlis itu. Ok ke tak ok...?
(Iskandar)
OK. Frame gambar ni, masukkan dalam portfolio.

Ini gambar pada malam penyerahan watikah di Dataran Merdeka, KL. Saya lebih tertarik aksi di belakang dari di hadapan (lenggang). Ok ke tak ok...?
(Iskandar)
Ini pun cantik. Kalau diperhatikan, mata akan ditarik ke mana?



Semasa bercuti di Tiara Beach Resort, PD. Saya suka lihat wajah ketakutan anak bongsu saya dan reaksi ibunya (atas) dan jurai-jurai air. Ok ke tak ok...?
(Iskandar)
OK. Cantik. Dalam gambar ibu dan anak, nampak jelas anak dalam ketakutan dan ibu cuba melindunginya. Gambar-gambar ini simple dan ada cerita di sebaliknya. Inilah yang kita cari dalam gambarfoto.

Isnin, November 24, 2008

Perarakan Beca

Suka kepada keadaan warna-warni beca sebelum bermulanya perarakan.Tiada penggunaan flash di sini hanya cahaya sedia ada.

(Iskandar)
Gambar ini pun cantik. Kalau di rendahkan kamera dapat enhancekan lagi beca pertama.

Kereta Lembu


Dalam keadaan cahaya yg kurang seperti waktu malam amat mencabar utk mengambil gambar.Penggunaan iso tinggi mungkin membantu tetapi bagi saya cara kita mengawal kadar cahaya flash itu amat penting utk mendapatkn gambar yg baik.Mungkin geng2 lain dpt memberi sedikit input ttg penggunaan flash utk indoor dan outdoor!

Gadis Berpayung Biru

Pandangan yg penuh makna dan bersahaja menarik lensa saya kearah gadis ini.Gambar ini semasa penyerahan watiqah heritage cities di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.

(Iskandar)
Saya suka cara saudara Agil position potret ni. Cara subjek merenung kamera juga berkesan.

Beca-beca!


Ada 2 shot yg saya ambil utk gambar ini.Pada mulanya wajah si penarik beca yg dihadapan sekali memandang kearah saya, merasakn seolah-olah ada konflik di situ.Jadi saya memilih shot ini dgn penarik beca sedang berbual-bual dgn santai dan ada orang sedang berjalan melewati beca. Download dgn menggunakan Picasa 3 dan tiada pengubahan imej.Posted by Picasa

Cik Minah Lenggang


Tertarik dgn arah aliran berbtk 'diagonal' payung yg berwarna-warni! Upload menggunakan Picasa 3.Posted by Picasa

Gadis Serama

Gadis Serama, Nurul Zulaika. 2008

Beca

Beca. 2008

Ahad, November 23, 2008

Agilbegelan dan Ayam Serama

Agilbegelan dan Ayam Serama, 2008

Perkahwinan Melayu (Melaka)

Perkahwinan Melayu Melaka, Pasar Seni, 2008

Perkahwinan Punjabi

Perkahwinan Punjabi, Pasar Seni, 2008.
Gambar diambil menggunakan filem ASA 400 menggunakan dedahan f/3.5, 1/15 saat. Filem diproses di kedai gambar dan diimbas menggunakan pengimbas. Saya cuba dapatkan perhatian dari pengantin lelaki tetapi gagal, mungkin pengantin lelaki penyegan.

Jumaat, November 21, 2008

Boring giler_01


Saya cuba masukkan image berunsur lawak yg jarang saya lihat di dalam website. Agak-agak berjayakah saya melawakkan image ini?

Selasa, November 18, 2008

Putrajaya



Seperti yang cikgu (iskandar) kata cuaca memang tak baik hari tu jadi saya terpaksa ambil di bahagian yang lain (tujuan utama hari tu Masjid Putrajaya) dan beberapa shot lain seperti imej diatas (bayang).
(Iskandar)
Walau apapun, trip kita hari tu dikira berjaya. banyak juga gambar menarik yang dihasilkan. Memang cahaya petang itu agak tidak menarik, tetapi kita boleh gunakan apa saja yang ada supaya ia menjadi menarik. Misalnya, dengan menggunakan tripod dan dedahan yang lama dapat menghasilkan gambar di atas yang kebiasaannya digunakan dalam poskad. Cahaya yang kelihatan dalam gambar tersebut juga amat berkesan.

Tentang Kalendar

Dari rekod saya, saya telah lama invite Sdr Agil untuk capai (access) akaun Google Calendar. Saya percaya akaun tersebut telah aktif. Kalendar gelanggangfoto sememangnya boleh dicapai.
Saya juga baru invite Sdr Halim untuk access akaun tersebut. Tetapi Sdr Halim belum ada akaun Google Calendar. Login ke Google (gunakan akaun Gmail). Masuk ke calendar melalui pautan (link) more yang terletak di atas sebelah kiri skrin Google. Kalau tak nampak link tu, teruskan menggunakan pautan Google Calendar iaitu http://calendar.google.com/. Dalam panel calendar di sebelah kiri skrin, terdapat kalendar gelanggang foto.

Merdeka di Hari Merdeka

Satu dari keseronokan mengambil gambar adalah mengambil gambar orang selepas suatu event. Selepas mereka merdeka. Ini kerana kita akan dapat melihat wajah-wajah kegirangan walaupun kepoenatan. Kegirangan kerana lega, event telah selesai. Bagaimanapun cabarannya tetap ada kerana gambar yang baik adalah gambar yang ringkas. Kalau kegiranga yang dicari, kegirangan siapa. Apa lagi kalau ada beratus wajah kegirangan.
Dalam foto di atas, saya sengaja mengambil gambar hitam putih untuk tumpukan ekspresi pada wajah gembira. Wajaupun ada banyak wajah gembira di sini, hanya satu wajah yang menjadi tumpuan saya. Wajah yang manakah yang saya maksudkan? Mengapa wajah tersebut terserlah dari beratus wajah-wajah yang ada?

Masjid Putrajaya

Masjid Putrajaya, 17 Nov 2008

Hari ini (17 Nov) sempat juga ke Putrajaya sambil pekena teh tarik. Senja hari ini tidak menghasilkan warna keemasan kerana hari mendung. Suasana agak dull. Saya cuba hasilkan gambar yang dynamic dengan mengambil gambar menggunakan penapis fish-eye serta compose supaya ada orang kelihatan pada bahagian latar depan. Malangnya dengan penggunaan ISO yang tinggi, gambar ini kelihatan agak cerah, walaupun waktu itu sudah gelap. Ini membunuh suasana senjakala dalam gambar. Saya fikir gambar ini akan lebih berkesan jika diubah ke hitam putih.

Isnin, November 17, 2008

Geng Foto

Inilah wajah2 geng kami yg sebenar. Terdiri dari pelbagai pengguna dslr dan compact seperti canon, nikon, pentax, sony dan olympus.Dari kiri Nazir(agilbegelan), Halim, Kumin dan Cikgu Iskandar(master) sebagai tempat rujukan kami. Ada 4@5 orang lagi yg tiada dlm gambar iaitu Faiz, Malik KLIA, Mejar Johan, Zamani UM dan En.Shukor(master). Mungkin pada sessi lain gambar mereka akan muncul.Sebarang pertanyaan boleh e-mail kpd Cikgu Iskandar!

Cikgu Si Pentaxian


Masih setia dgn kamera filem Nikon FM2. Hanya orang lama yg tahu kelebihannya. Berbaloi image dia!

Halim EOS

Halim dgn white lens canon 70-200mm f/4L USM sedang beraksi!

Kumin Si Nikonian

Peminat setia kpd kamera nikon.You are in a candid camera!!

Aku Si Merak

Kebelakangan ini,kami suka mengambil gambar burung. Mungkin group kami tertarik dgn pattern dan warna yg berbagai seperti Merak ini. Gambar ini di ambil di K.L Bird Park.

Bayan & Kawannya

Keadaan berasak-asak ketika itu.Dgn pengunjung berpusu memberi makanan kpd burung tersebut.Hanya inilah angle yg saya rasa terbaik dari 7 shot.Masih saya rasakn ada kekurangan yg perlu di atasi .Mungkin kita boleh kesana lagi?Bagaimana geng2 lain?Ada berani?
(Iskandar) Bukan senang nak dapatkan sekumpulan burung yang tersusun seperti ini. Elok kalau ada seekor yang unik atau sedang berbuat sesuatu supaya ia terserlah dari yang lain. Dalam gambar ini burung yg berwarna merah agak lain dari burung-burung yang lain. Malangnya burung tersebut berada di luar fokus. Next time kita tumpukan perhatian pada kumbpulan burung ini.

Potrait Si Bayan Nuri

Saya suka gaya nuri ini memberi posing kearah saya!Mungkin geng2 lain ada teknik yg lebih baik dlm mengambil potrait binatang khususnya burung!

Sekawan Bayan Nuri

Agak kurang sharp gambar ini.Suasana low light dan hujan renyai serta mendung waktu itu.Kalau background gambar ini tidak menunjukkan tiang jaring,mungkin lebih menarik!
(Iskandar) Pada pendapat saya, untuk menghasilkan gambar menarik tidak semestinya tajam (sharp). Saya suka gambar ini kerana expressi pada burung-burung tersebut seolah-olah berada dalam diskusi atau perbincangan yang amat serious. Mungkin tidak berpuas hati dengan menu yang tidak berubah -- benih bunga matahari dan susu.

Si Merah

Warna yg agak contrast dpt menimbulkan image burung ini. Saya cuba compose semudah yg mungkin.

Ahad, November 16, 2008

Nasib Si Alien

Gambar ini saya perolehi ketika pameran 'Science Of Aliens' di MITC( Malacca International Trade Center).Pameran sehingga 31 Disember 2008.Gambar yg. amat jarang2 kita temui, walaupun U.F.O ini masih menjadi persoalan tentang kewujudannya, tidak menghalang para saintis utk meneruskn kajian.Mana tau, mungkin muncul dari galaksi lain nnt! Jin barangkali....

Human vs. Alien

Sekiranya betul ada alien didepan mata kita,apakah pertentangan yg akan berlaku? Lebih kepada cubaan berbentuk 'photojournalism' .

Alien 4

Gambaran alien yg mungkin akan ditemui!Berbagai bentuk ada dipameran itu.

Alien 3

Ada yg berbentuk sperti kutu kalau tak silap saya! Mungkin alien kena berasimilasi @ mencari perumah dgn hidupan bumi agaknya utk dpt hidup di muka bumi.

Alien 2

Alien yg kononnya terhempas di salah satu kawasan U.S.A!

Alien 1

Patung alien ini kalau tak silap saya berjantina perempuan kalau mengikut istilah manusia.Perut yg buncit saya tak pasti kerana mengandung @ apa!Luka tu kononnya akibat daripada piring terbang alien yg terhempas.

Jumaat, November 14, 2008

Masjid Selat Melaka

(Iskandar, 16 Nov 2008)
Pencahayaan dalam gambar ini amat menarik. Cahaya langit selepas magrib diimbang pula dengan cahaya dari lampu masjid benar-benar menonjolkan imej masjid. Penggunaan pokok serta bulan sabit (di sebelah kiri-atas) juga amat berkesan.



Saya sengaja menyertakan 2 gambar masjid selat melaka utk mendapatkan pandangan rakan2!
Gambar 1 & 2 hanya mempunyai perbezaan masa yg dekat iaitu 7.10 dan 7.25 mlm.Untuk shot ini banyak yg saya berasakan masih banyak kekurangannya.Lebih2 lagi shot bertema 'landscape'.Masih banyak perlu dipelajari dan diperbaiki. Saya menantikan matahari sedang tenggelam di kaki langit tetapi tak berjaya! Saya menggunakan cokin NGD +2 utk gambar2 ini! Pasti akan datang kembali kesini utk mendptkn shot yg lebih baik pada masa yg betul iaitu 'golden hour'!

(Iskandar)
Saya suka dengan garis pemisah antara laut dan pantai yang menuju ke arah masjid. Cuma saya rasa dedahan antara langit dan masjid boleh diimbangkan lagi. Penggunaan penapis ND+2 memang dapat mengimbangi cahaya dan penggunaan tripod benar-benar dapat membantu. Bagaimanapun saya rasakan penggunaan penapis tersebut menenggelamkan awan. Walaupun begitu, penggunaan kamera digital masih dapat menimbulkan kontras (beza-cahaya) dalam gambarfoto yang dihasilkan.

Satu lagi, pada malam itu bentuk bulan sabit serta cuaca adalah perfect. Ketika berada di situ, saya dapat lihat betapa indahnya masjid seperti gambar dalam kad raya. Kalau dapat diambil dan digabungkan bulan sabit (dengan dedahan yang sempurna) dengan masjid, serta laraskan komposisi supaya bulan sabit berada berdekatan dengan kubah, saudara akan dapat gambarfoto yang semprna -- untuk kad raya.
Bagaimana pula dengan gambar yang diambil oleh saudara Halim? Sila poskan gambar tersebut.

Sluurrppp!!

Pada mulanya saya hendak' crop' bahagian kepala harimau ketika sedang menjilat supaya audience akan lebih fokus kpd lidah harimau tetapi apa salahnya saya sertakan sekali persekitaranya!

Si Tupai Dan Pisang

Ketika sedang mengambil gambar burung, muncul si tupai sedang memakan pisang! Tetapi kerana keadaan yg tiba2, saya hanya sempat mengambil gambar ini seolah sedang tercengang.Terkilan tak dpt ambil keseluruhan badannya!Saya berasakan seperti 'underexpose' pula pada gambar ini!Sekiranya sempat saya ambil secara vertical mungkin badan tupai tak akan terpotong dan gambar menjadi lebih berkesan.

Bertentang Mata

Dihadang oleh jaring2,hanya ini yg sempat saya potraitkan.Lens saya rapatkn pada dinding jaring utk menghilangkn image jaring tersebut.Seolah sedang berkata "Ada hutang ke?".

Mengendap

Masa saya agak singkat di taman harimau! Saya menantikan waktu seolah dia sedang mengendap dicelah rimbunan pokok kerana pada waktu saya sampai, harimau semua seperti boring dan pasif.

Posing

Tertarik dgn renungan burung dan arah aliran batang pokok, maka gambar ini yng saya perolehi!Lighting agak mencabar kerana burung ini berada dlm tmn berjaring dan agak gelap.Mujur ada lens 70-200mm f2.8 sigma dan dibantu ASA(iso) 1000 maka inilah hasilnya!

Sepasang Kakak Tua

Saya tertarik dgn pasangan kakak tua yg memberikan' pose' yg tersendiri ini sambil yg seekor sedang mendepangkan sayap sebelah.! Diambil ketika di zoo melaka.Saya seboleh2nya cuba mengelakkan elemen yg tak natural pada gambar ini!Apa komen geng2 yg lain?

Isnin, November 10, 2008

Burung Merak

Inilah pertama kali saya pergi ke Taman Burung , KL dan banyak subjek yang menarik di sini. Sampai minum teh tarik pun boleh bersama burung. Jadi inilah sebahagian gambar yang diambil di sana....
(Iskandar)
Trip kita ke Taman Burung tempoh hari memang istimewa kerana ada beberapa ekor merak yang kembangkan ekornya. Jadi kita dapat ambil beberapa shot burung yang istimewa ini. Gambar ini memang kelihatan menarik. Burung merak yang warna warni dengan beza-cahaya (contrast) yang tinggi. Cara Sdr Halim meletakkan badan burung merak di tengah juga menarik kerana bulu burung yang seperti jejari berpusat ke arah badan menghasilkan pola separuh bulatan. Bentuk mata pada bulu burung tersebut seolah-olah menuding arah ke badan burung tersebut.
(Agil)
Saya merancang utk pergi tempat ni lagi.Banyak shot yg menarik boleh diperolehi sekiranya kita setia menunggu! Sekiranya berani melawan arus,kadangkala hasilnya tak diduga.Selalu subject perlu diletakkn 1/3 dlm frame @ senang kata 'rule'of third'.Tetapi bila tengok gambar ni dgn aliran corak ke arah memusat dgn subject berada 'center', berbaloi juga hasilnya!Boleh buat cover buku burung ni!

Jumaat, November 07, 2008

Anak Bongsu