Miss Tourism seluruh dunia yg dibawa ke Melaka utk event tersebut.Guna kamera lama dgn lens 18-50mm F2.8.Kamera tu lama dah saya tak belai(ibarat kata C.is)nnti merajuk dia.Ingat nak lama kat wanita miss tourism ni tapi nanti nampak pulak ambik gambar diaorang aje!Ni yg lepas tapisan finas aje ni,yg lain tak lepas!hihihi...Kalau C.is,bro shukor & halim berkenan boleh saya bagi no. phone diaorang!
Rabu, Disember 31, 2008
Krismas Kg. Portugis - Miss Tourism
Miss Tourism seluruh dunia yg dibawa ke Melaka utk event tersebut.Guna kamera lama dgn lens 18-50mm F2.8.Kamera tu lama dah saya tak belai(ibarat kata C.is)nnti merajuk dia.Ingat nak lama kat wanita miss tourism ni tapi nanti nampak pulak ambik gambar diaorang aje!Ni yg lepas tapisan finas aje ni,yg lain tak lepas!hihihi...Kalau C.is,bro shukor & halim berkenan boleh saya bagi no. phone diaorang!
Krismas Kg. Portugis - Performer
Krismas Kg. Portugis - Alleycats
| Reactions: |
Senja Di Kg.Portugis
Gambar2 ini kesemuanya diambil semasa majlis perayaan krismas peringkat kebangsaan di Melaka pada hari ahad 27/12/2008 tanpa ada suntingan .Untuk gambar2 ini saya hanya ingin menunjukkan perubahan masa mempengaruhi suasana dan perlu lebih bersedia jika inginkan gambar yg lebih baik.Terkilan tidak membawa equipment seperti tripod,ND filter dan 1,2 benda lagi.Jadi saya terpaksa menggunakan tangan sebagai sandaran ganti tripod.Faham2 ajelah paling lama pun berapa saat boleh tahan tak bergetar!Paling penting ialah tripod bila kamera digunakan utk dedahan lama.Saya tidak menjangkakan Kg.Portugis ada pantai yg. cantik semasa senja.Paling terkilan tak sempat ambil gambar matahari terbenam diantara 7:00 dan 7:04 mlm kerana terpaksa berasak dlm jarak 5o meter!Sgt cantik semasa sedang terbenam.Pergerakan amat terbatas sebab orang terlampau ramai masa tu.Saya pasti akan bawa geng Gelanggangfoto kesini nanti kalau ada kelapangan.Yang pastinya akan lebih bersedia.Insyaallah
Selasa, Disember 30, 2008
Taiping 2008

29 Dec 2008-Percutian keTaiping adalah destinasi riadah tradisi hampir paling kurang setahun sekali bagi keluarga saya. Udara nyaman dan taman kehijauaan berhampiran bandar tidak banyak berubah dari masa zaman persekolahan saya lagi.Makanan dan hotel berpatutan harganya.Kali ini saya dan keluarga terpaksa 'home stay' kat rumah saudara sahaja kerana tidak buat tempahan lebih awal dihotel.
Seawal lapan pagi kami bersenaman 'joging' diTaman Tasik mengelilingi Zoo. Hampir dua jam senaman berakhir dipintu masuk Zoo.Tiket untuk dewasa RM12.00 dan kanak kanak RM8.00.Selepas senaman otak terasa cergas dan badan lebih selesa. Bekalan pagi dibuka untuk perkelahan diwakaf berhampiran. Saya pastikan keluarga saya tidak membuang sampah merata rata. Kami kutip lagi sampah yang dibuang orang yang menjadi pengunjung sebelum kami tanda protes dan rasa tidak senang terhadap orang yang hanya tahu menikmata keindahan alam tetapi meninggalkan bekas buangan merata rata.

Jam 6.30pm kljn 1/30 f/8 ASA 200. - Banjaran Titiwangsa.
Pemandangan Banjaran Titiwangsa berkabus selepas hujan lebat. Melancung semasa musim tengkujuh ini menyejukkan badan dan mata tetapi kurang cabaran untuk fotografi. Saya terfikir pulak kalau outing foto 'tema - Hujan di bandar ....' .bagus juga. Orang ramai tergesa gesa membuka payung. Tukang kasut dikerumuni orang ramai . Banjir kilat dan peristiwa yang jarang jarang kita tengok.
Pemandangan lazim pengunjung ke Taiping. Pokok tua tidak jemu melambai lambai .
Apek Lim yang berbasikal ni pun lebih kurang usia pokok kat belakang. Wah, aman sungguh, pokok dibawah ini ; berbaring rehat sambil tersenyum. Pada pukul 12.00 tengahari kami pergi ke Kuala Sepetang untuk makan mee udang Mak Teh.12 ekor udang dan mee berharga RM5.00 sahaja.Lupa nak ambil gambar sebab kelaparan.
Kelebihan mengguna kamera digital berbanding filem :
Digital : Filem :
1) Penjimatan kos semasa. 1) Kena beli filem.
2) Tidak pudar warna kena panas. 2) Sensitif dengan cuaca panas.
3) Warna tepat ( white balance ) 3) Kena guna penapis warna yang sesuai.
Diantara kelebihan filem hitam putih ialah:
Ketahanan terbukti beratus tahun. Ini membuat ia dinilai lebih tinggi didalam pasaran seni foto.Anda lihat gambar a) Gambar anak saudara saya Mohd Rafii dirakam oleh saya pada tahun 1978 menggunakan Yashica-D Twin lens Reflex.Filem Ilford 160 B/W. Gambar (b) Beliau baru melangsungkan perkahwinan pada 11 Nov 08 yang lepas dengan teknoloji digital.

Gambar (b)Tahun 2008 dihari perkahwinan beliau.

Isnin, Disember 29, 2008
Suria KLCC
| Reactions: |
Kuala Lumpur, Senjakala 7
| Reactions: |
Kuala Lumpur, Senjakala 6
| Reactions: |
Kuala Lumpur, Senjakala 5
| Reactions: |
Kuala Lumpur, Senjakala 4
Gambar digital diambil dari Stesyen Rapid Pasar Seni tanpa menggunakan kaki tiga.
| Reactions: |
Kuala Lumpur, Senjakala 3
| Reactions: |
Kuala Lumpur, Senjakala 2
| Reactions: |
Kuala Lumpur, Senjakala 1
| Reactions: |
Selamat Menyambut Maal Hijrah
Sabtu, Disember 27, 2008
Kantoi_01
Mesjid Putrajaya, Senjakala 1
Waktu untuk menangkap mega; 6.45pm. Masalahnya, sukar untuk 'menangkap' masa yang sesuai kerana apabila terliuhat mega di langit, barulah terfikir untuk mengambil gambar. Lima gambar yang saya poskan hari ni menunjukkan gambar Masjid Putrajaya yang diambil secara berurutan. Gambar ini tidak disunting. Perhatikan perbezaan cahaya dan lampu jalan. Apabila hari semakin gelap, cahaya lampu jalan semakin pecah. Apa yang saya ingin tunjukkan di sini ialah, setiap saat dalam waktu memberi kesan terhadap gambar yang diambil. Untuk mendapat gambar terbaik, kita perlu hormati masa. | Reactions: |
Koleksi Halimullah74 - Part 3
Gambar ni saya ambil di Putrajaya pada 26.12.08 lepas balik kerja. Kebetulan nak ke Alamanda Putrajaya. Saya tak tau apa setting yang sesuai sebab cahaya matahari dan reflection pada air nampak terlalu silau (mungkin guna polarising filter boleh mengurangkan silau)...
Ini kolam emak saya di Kg. Pangsun, Hulu Langat. Insyaallah satu hari nanti saya akan aturkan geng Gelanggang Foto ni untuk adakan barbecue di sini sambil mandi sungai...Jumaat, Disember 26, 2008
Kuala Lumpur -ash

10 pagi : Kuala Lumpur Jln Tun Razak.
Kualiti foto amat bergantung pada cuaca. . Dinegara kita (Tropical) elok pengambaran disebelah pagi (8am-10am) dan (3pm -7.30pm) ketika itu cahaya condong.
KL Central : 10.30amWarna terserlah apabila habuk kurang, cahaya pagi (condong) tidak menegak.Langit membiru dan kontras dengan warna merah teksi.
Khamis, Disember 25, 2008
Master photographers
1)http://www.groupf64.com/
2)http://www.magnumphotos.com
3)http://www.photography-now.net
Cuba kengkawan suma masuk laman web tu,pasti akan membuat terbeliak mata khususnya kitorang yg masih baru nih!Rasanya C.is dan bro shukor lagi arif ttg sejarah fotografi ni dan boleh menyumbang artikel berkaitan!Rasanya itupun antara pengetahuan yg wajib kitorang tahu jika kita berada dlm bidang ini.Dari Ansell Adam,Edward Weston sampai Steve McCurry dan ramai lagi ada kat laman web itu!
Semalam 23deco8 balik dari singapura.

Saya setkan ASA400 dan guna kelajuan 1/10 sec f 5.6.Saya tak bawa tripod sebab jalan ala santai saja. Tahan nafas semasa 'snap' gambar ni supaya tidak gegar sebab kelajuan rendah.Tidak gunakan ASA lebih tinggi sebab hindarkan 'noise'.
Gunakan lampu kilat 'pop up' dan f/8 untuk imbasan subjek depan dan gunakan kelajuan 1/10 s ,untuk latar belakang. 
























