Di bawah cahaya bulan 1, Bandar Baru bangi. Disember 2008
Di bawah cahaya bulan 2, Bandar Baru bangi. Disember 2008
Di bawah cahaya bulan 3, Bandar Baru bangi. Disember 2008
Tujuan gambar ini diposkan bukan untuk membincangkan tentang composition. Saya ingin menunjukkan pencahayaan di waktu malam di bawah cahaya bulan. Dengan menggunakan kamera dan kaki tiga (tripod) untuk mendapatkan imej yang stabil, saya dedahkan sensor selama 60s menggunakan setting B. Bukaan (aperture) disetkan ke f/11 hingga f/5.6 bergantung pada cahaya persekitaran. ISO disetkan ke 100. Oleh kerana pada malam itu (2 pagi) terdapat cahaya bulan, cahaya dapat dikumpulkan mencukupi untuk menghasilkan gambar yang kelihatan seakan-akan di siang hari.
Anda dapat lihat garis-garis laluan bintang di langit. Walaupun langit masih kelihatan biru, warna-warna daun kelihatan agak unik. Daun-daun hijau di waktu ini memantulkan warna merah dan oren menghasilkan kesan seperti di musim luruh di negara empat musim. Oleh kerana lampu jalan menyala dan sensor didedahkan lama, nyalaan mentol lampu jalan kelihatan burnt.
Masalah yang saya hadapi ketika mengambil gambar di waktu malam ialah ialah kamera tidak memfokus dengan sempurna, jadi agak sukar untuk memfokus serta membuat komposisi yang sempurna. Jadi, saya fokus secara manual dengan preset ke infiniti.
Itulah saya nyatakan sebelum ini, iaitu kita akan cari lokasi yang cantik ketika bulan mengambang.
Kalau rakan ingin ambil gambar waktu malam, saya syorkan rakan bawa lampu suluh (penlight) untuk digunakan ketika memfokus secara manual.



4 komentar: