Pengikut (ada kelebihannya)

Khamis, Februari 19, 2009

Gelanggangfoto.com

Salam untuk rakan gelanggangfoto semua. Untuk makluman rakan semua, alamat baru (URL) gelanggangfoto ialah GELANGGANGFOTO.COM. Alamat ini akan diaktifkan dalam masa tiga hari. Sementara itu rakan akan menghadapi masalah dalam pautan (link). Harap bersabar. Saya harap dengan nama baru ini, laman blog kita akan lebih mudah dicapai dan diingati. Walaupun begitu, blog ini masih boleh dicapai menggunakan alamat asal iaitu GELANGGANGFOTO.BLOGSPOT.COM.

Untuk poskan gambar atau artikel, harap rakan-rakan dapat gunakan label berikut:
komentar -- untuk gambar yang ingin di beri komentar.
galeri -- untuk berkongsi gambar berunsurkan seni.
artikel -- untuk artikel berkaitan fotografi.

Selain dari itu, rakan-rakan juga boleh masukkan label yang lain, misalnya hitam putih, famili, memancing, sabah, dan sebagaimnya. Asingkan label menggunakan tanda koma.
Label dimasukkan ke dalam medan Labels for this post yang terletak dibahagian bawah sebelah kanan borang posting.

Saya juga meminta Sdr Halim dan Nazir merekacipta (design) logo dan banner untuk blog ini.

Salam.

2 komentar:

  1. Bro,

    my gmail a/c intan.azlina.ibrahim@gmail.com

    my name Intan Azlina. ahaks

    thanks
    BalasPadam