Pengikut (ada kelebihannya)

Khamis, Februari 19, 2009

TERBARU ;]

[Iskandar]
Untuk gambar terbaru ni saya notis Fyza masukkan elemen grafik. Untuk sessi komentar seeloknya Fyza kurangkan pengubahsuaian supaya kita boleh bincangkan tentang teknik fotografi dan composition.

Kalau boleh, kita dengar apa kata Fyza dulu tentang bagaimana Fyza ambil gambar ni (perkara teknikal). Kalau lihat respons pakcik dalam potret dua gambar teratas, pasti dia orang yang rapat dengan Fyza.



[Iskandar]

Saya pasti Pakcik ni seorang yang amat rapat dengan Fyza. Cara dia merenung Fyza menunjukkan penuh rasa kasih. Dari raut wajahnya juga terdapat penuh dengan pengalaman. Biasanya warga emas dan kanak-kanak menjadi subjek yang menarik untuk potret kerana mereka bebas menunjukkan emosi.

Saya suka kedua-dua potret ni. Potret di atas dikenali sebagai "dead and sholder shot". Ia popular kerana potret sebegini biasanya penuh dah dapat membuang elemen lain yang boleh mengganggu tumpuan gambar.

Cuma, hati-hati dengan kawasan yang Fyza crop. Masa compose jangan terpotong berdekan dengan sendi kerana ia akan menyebabkan subjek kelihatan seperti kudung.

Gambar "head shot' yang Fyza ambil juga menarik. Apa lagi apabila Fyza berjaya gunakan kedalaman medan yang tohor. Subjek nampak jelas dan latar belakang di luar fokus.

Cuma hati-hati masa compose. Gambar yg bawah tu terpototong dagu sedikit.

Saya cuma merasakan Fyza dapat improvekan lagi gambar jika tidak edit menggunakan beza-cahaya yang tinggi. Ini kerana, wajah Pakcik tu lembut. Kalu boleh, lembutkan gambar. Beza-cahaya yang tinggi sesuai untuk orang yang mempunyai wajah yang keras.


[Iskandar]

Hmm... memang rumah ni nampak familiar. Mungkin kawasan Hulu Langat. Pada pendapat saya, editing untuk rumah ni sesuai. Warnanya yang kurang tepu menimbulkan perasaan retro pada orang yang menatapnya. Sesuai dengan subjek. Gambar ini amat sesuai untuk dibingkaikan atau dibuat kad raya. Cara Fyza gunakan pokok di depan untuk bingkaikan rumah tersebut benar-benar menunjukkan kedamaian kampung.


1 komentar:

  1. Rumah ni macam biasa tengok kat Bentong Pahang.Betul Tak?

    Berkenaan dengan selipar, kita sudah sepakat tidak memuatkan apa apa bentuk grafik atau mengubah suai gbr dicomputer.Sedikit shj tidak lebih 10% atau tukar kpd b/w ok.

    Ini adalah untuk mengasah bakat 100% fotografi.Mungkin kita akan fikirkan ruangan 'BEBAS & INNOVASI'.
    BalasPadam