Dalam perjalanan balik selepas perkhemahan di Pulau Santap, Bentong, saya singgah tengok budak-budak di situ bermain.. Berhenti sekejap jer, sekadar nak shoot budak-budak tu tengah berseronok.
Kali ni saya tak ambil pusing skill, pakai ambil jer.. Tujuan untuk berkongsi dengan anak di rumah betapa seronoknya kalau dapat sama-sama bercuti ke situ... (Tapi sampai sekarang tak tunjukpun lagi, takut tiap-tiap hari anak-anak saya demand nak ke sana! hehe..)
InsyaAllah, ada rezeki dan masa, nak bawa juga seisi keluarga ke sana...
P/S: Kalau saya peduli tentang skill, ada lebih banyak masa, tentu gambar yang diambil lebih baik agaknya kan? :) OPS! USTAZ PESAN JANGAN SEBUT PERKATAAN 'KALAU'...
Bila melihat lensa saya merakam kawan-kawan mereka terjun, dua lagi kanak-kanak perempuan tak sabar-sabar nak buat aksi sama.. Hehe.. Seronoknya tengok. Rasa nak turut sama terjun! Terer budak-budak ni berenang. Air agak dalam juga sebenarnya.
4 komentar: