Pengikut (ada kelebihannya)

Selasa, Mei 05, 2009

Foto Makro DSLR


Selamat outing minggu ini.sedikit petua untuk anda semua yang memiliki DSLR. Makro kamera kompak sudah dihuraikan oleh Ck gu Is tempuh hari.Bila hendak ambil gambar serangga dihutan atau dimana pun mestilah seawal pagi.Daun daun pokok segar dan serangga banyak berkeliaran mencari makanan.

Alat alat:

1) Kamera dan Kanta zoom 18mm-135mm atau lebih yang mempunyai mode Makro.

a) Jika kanta anda tidak mempunyai mode makro, beli filter close-up +1 dan +2. Saya guna filter ini yang dibeli dengan harga lingkungan RM 150.00 untuk keduanya sekali (72mm)lima belas tahun yang lalu.Sekarang pun tidak banyak bezanya (bergantung pada jenama). Jika taada carilah serangga yang besar besar sikit.Setakat rama rama tiada masaalah.

2) Monopod serta lampu kilat ( sebagai 'fill in' sahaja )

3) Dedahan : Set pembukaan pada 'A' -f/11 sudah memadai.Bergantung pada cahaya - ASA biarlah pada serendah 200 dan pastikan kelajuan kamera anda tidak turun kebawah daripada 1/30s. Sediakan lampukilat pada kamera jika perlu untuk imbasan ( fill in ) cahaya.

atau

4) Dedahan : Secara manual sahaja. Pembukaan biarlah f/11 dan carilah kelajuan secukup dan tidak kurang dari 1/30saat. Jika tidak cukup cahaya, naikkan ASA anda dari 200 kepada ASA 400. Sudah tentu kualiti anda menurun sedikit.

5) Pembukaan f/11 : Kenapa pembukaan harus f/11 atau lebih kecil? Apabila kanta lebih dekat dengan subjek, kedalaman medan (Depth of field) bertambah cetek. Untuk mengatasinya adalah dengan megecilkan pembukaan. Sila semak dengan pautan kedalaman medan.

6) Hampiri subjek anda dengan perlahan lahan. Kenapa ? Anda pun tahu.

Mr Mark dan isteri.

Saya sudah banyak kali pergi kehutan tarzan untuk mencari serangga, tak pernah jumpa.Mungkin saya amalkan doa nabi Sulaiman yang menjauhi kita dari serangga atau binatang berbisa. Satu hari saya berjumpa Mr. Mark dari Australia dekat hutan FRIM.Setelah berbicara dia suruh saya bawa dia suami isteri masuk hutan.Saya sukalah sebab hendak tengok dia mencari bahan fotografi.Rupa rupanya dia seorang biologist dan berkecimpung dalam arena fotografi.


Dia sudah berpengalaman dan pakar mencari serangga dengan mendengar bunyi dan tahu apa specis serangga yang ada dipersekitarannya.Anda boleh lawati web beliau http://www.marklucock.com/.

Macro photography : The technics and photo know how is one thing. The other thing is where to get the insect and how close you can go to it.

The answer : For the start - Butterfly farm.

4 komentar:

  1. saya memang minat fotografi makro terutama untuk serangga dan bunga..tapi mungkin masa-masa akan datang saya akan explore bidang ni akan datang....
    BalasPadam
  2. Jadi Sabtu ini Sdr norhamiza boleh sertai outing kita?
    BalasPadam
  3. sabtu ni ada seminar di BTN..Ada menteri dari Jab Perdana Menteri datang...8am-5pm...nampaknya just dgr dari jauh jer larrr.next time maybe..lagipun dslr tak der lagi...huwaaa..campact jer yang ada..
    BalasPadam
  4. pertama: saya kena beli close-up filter
    kedua: saya kena outing
    ketiga: nak outing dengan sapa
    keempat: huwwwaaaa... takder kawan la duk sini..
    BalasPadam