Pengikut (ada kelebihannya)

Sabtu, Mei 02, 2009

Gambar Bersiri (Berjujuk) Menggunakan Kamera Kompak

Gambar jujukan yang diambil dalam masa singkat dengan ulangan detik yang tetap amat sesuai digunakan untuk menunjukkan pergerakan atau aksi. Contohnya, sepuluh gambarfoto berikut diambil dalam masa 3 saat. Gambar jujukan tidak semestinya sesuai untuk fotoesei kerana dalam gambar bersiri fotoesei, gambar tidak semestinya diambil pada detik atau ulangan yang tetap. Gambar jujukan lebih sesuai untuk aksi sukan, menunjukkan suatu proses, atau pergerakan.

Gambar jujukan sesuai diambil di luar yang mempunyai cahaya yang mencukupi tanpa perlu bantuan lampu kilat. Ini kerana dengan kehadiran lampu kilat, sela masa gambar diambil tidak akan tetap kerana lampu kilat perlukan masa untuk dimuat semula dengan cas elektrik.

Gambar berikut saya ambil ketika berada di Taman Tasik Cempaka petang tadi untuk menunjukkan penggunaan mod jujukan menggunakan kamera kompak.


























































2 komentar:

  1. Ini adalah penderaan anak anak. Berapa kali kena berlari tu...hingga terjeler lidah

    Pemain layang layang tu hingga terlepas layang 2nya
    BalasPadam
  2. Lepas makan ais krim, tindakan luar kwalan... Bibir rasa manis.
    BalasPadam