Pengikut (ada kelebihannya)

Jumaat, Mei 01, 2009

Kelajuan Filem (Bahagian 4)

Kelajuan filem ada kaitan dengan kehadiran bintil atau grain. Kalau anda perhatikan gambar yang diambil menggunakan filem yang pantas, bintil amat ketara.

Bintil adalah garam argentum halida yang terhasil apabila ion argentum didedahkan pada cahaya. Filem yang sensitif pada cahaya mempunyai bintil yang besar. Ini kerana lebih besar bintil, lebih peka filem pada cahaya.

Oleh sebab itu, filem yang pantas menghasilkan bintil yang banyak dan jelas.

Jadi, filem yang pantas tidak sesuai digunakan jika anda mahukan gambarfoto yang berkualiti tinggi. Filem perlahan tidak menghasilkan bintil yang jelas, jadi ia lebih digemari oleh jurugambar.

Penggunaan kamera digital pada setting ISO yang tinggi juga menghasilkan bintil yang jelas. Bintil yang dihasilkan menggunakan kamera digital dikenali sebagai noise.




Gambar diambil pada ISO 1600. Perhatikan bintil yang terhasil.

0 komentar:

Catat Ulasan