Panduan Posting
Untuk memudahkan rakan-rakan Gelanggangfoto, sila ikut panduan berikut ketika poskan gambar.
1. Untuk sessi komentar, poskan satu (1) gambar sahaja dalam satu posting. Sekiranya rakan ingin poskan tiga gambar, pecahkan kepada tiga posting. Ini untuk memudahkan perbincangan.
2. Untuk sessi komentar, seeloknya kirim gambar yang tidak dimasukkan kesan khas. Ini kerana, tujuan gelanggangfoto adalah untuk kita membincangkan tentang fotografi. Kita cuba hasilnya gambar yang terbaik ketika mengambil gambar. Gambar yang telah diubahsuai seeloknya diposkan sebagai artikel. Sertakan teknik atau proses yang anda gunakan. Tambahkan label "komentar."
3. Elakkan menyebut jenama. Dalam Gelanggangfoto, semua gambar dilayan sama, tidak kira gambar yang diambil menggunakan kamera kompak atau SLR. Hanya penaja dibenarkan menyebut jenama mereka. Posting yang menyebut jenama atau nama mana-mana syarikat yang bukan penaja akan dibuang.
4. Ahli Gelanggangfoto dibenarkan membincangkan perkhidmatan atau produk yang mereka tawarkan kerana tujuan Gelanggangfoto adalah membekalkan pelantar untuk rakan jurugambar memperkembangkan diri mereka, terutamanya yang berkaitan dengan fotografi. Seeleoknya biarlah posting berkait dengan fotografi.
5. Posting untuk mempamerkan hasil kerja tetapi tidak minta dikomen, labelkan "galeri." Seeloknya masukkan sedikit penceritaan supaya pengunjung dapat mempelajari sesuatu dari gambar tersebut. Posting gambar peribadi "snapshot" yang tidak menumpukan perhatian kepada teknik fotografi serta memberi apa-apa faedah kepada rakan Gelanggangfoto adalah dilarang. Posting sedemikian elok diletakkan dalam Facebook sahaja. Jangan buang masa moderator dengan meletakkan gambar snapshot yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada rakan-rakan Gelanggangfoto.

Bagaimanapun rakan Gelanggangfoto dilarang menyebut nama mana-mana syarikat atau jenama yang tidak menaja Gelanggangfoto atau tiada kaitan dengan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh rakan Gelanggangfoto. Ini kerana tidak adil bagi penaja yang membayar untuk mendapatkan ruang sedangkan orang lain mendapat ruang yang sama secara percuma.
Posting yang menyebut jenama atau nama mana-mana syarikat yang bukan penaja akan dibuang.
Salam.
Salam,
BalasPadamBagaimana nak jadi ahli kelab gelanggang foto ini?.