Pengikut (ada kelebihannya)

Selasa, Mei 05, 2009

Potret Burung Hantu


Potret Burung Hantu, Mac 2006
Potret burung ini saya ambil ketika kembara bersama rakan selama 8 minggu. Rancangan awalnya ingin keluar dua minggu, tetapi saya tidak dapat gambar yang saya idamkan iaitu potret sepasang burung hantu, Tyto alba. Setelah meredah hutan, kampung dan beberapa ladang kelapa sawit ditemani pengurus ladang dan sahabat dari kecil, Mahzan Manaf iaitu pakar burung hantu, saya dapat shot ini.



Inilah sarang buatan yang saya panjat untuk dapatkan gambar diatas. Sebelah tangan memegang kamera manakala sebelah lagi memegang tiang. Tangan licin kerana peluh. Mata juga kadang-kadang pedih kerana peluh mengalir ke mata. Mungkin kerana saya tidak menjangkakan akan memanjat tiang untuk mengambil gambar, jadi saya tidak bawa peralatan keselamatan ketika memanjat. Burung hantu pula tidak dapat menerima kehadiran saya. Pasangan ini menyeringai dengan membunyikan suara seperti ular untuk menghalau saya pergi. Gambar diambil menggunakan lampu kilat pada kamera.

4 komentar:

  1. Cantik dan berharga terkenangkan pengalaman masa lampau.
    BalasPadam
  2. saya baru faham kenapa en is minat burung hantu..kerana Alexender the great memang best fren dia burung hantu..saya pernah menoonton filem mengenai Alexander/iskandar zulkarnain
    BalasPadam
  3. Walau pun hantu, tapi manis juga rupa nya.
    BalasPadam