Grik -24 May 09 - Nama kamu untung. Kamu ini jantan dan ketua keluarga, maka mesti nampak sombong dan bergaya. Senyum kambing sikit... Ok Cantik.
Dari kiri kambing betina namanya Biak. Untung dan anaknya yang berusia 2 bulan namanya Maju.
Ditengah hari dikampung Tanjung Sejarah. Sambil lepak lepak tak ada apa aktiviti. Terdengar bunyi kambing. Maka kambinglah jadi subjek saya hari ini.
Cantik potret ni....
BalasPadamCerita kambing... Kalau diperhatikan, anak kambing memang cute. Cuma kita yang dah biasa tidak nampak anak kambing cute, mungkin sebab kita kaitkan kambing dengan kari kedai mamak.
BalasPadamKampung saya dulu (Kampung Tuan, Cukai, Kemaman) selalu dikunjungi pelancong. Hari tu, sebuah bas penuh dengan pelancong dari Australia singgah menziarah surau kampung kami. Sedang mereka asyik bergambar, seekor anak kambing mengembek seolah-olah menangis mencari maknya. Seorang pelancong wanita berkata, "Oh it is so cute". Saya mencelah, "You can give it a hug if you like..." Kerana teruja mendengar "village boy" "speaking English", wanita berkenaan tidak berfikir panjang wanita itu terus mendokong anak kambing tersebut. Kemudian anak kambing di passkan pada rakan untuk bergambar, seorang demi seorang. Dah habis satu kumpulan bergaya mendokong anak kambing, saya pun tunjukkan arah perigi. Selamba saya berkata, "Maam, you need to wash yourself..."
wanita tersebut baru terfikir dan menghidu tangannya. Phew, baunya... melekat.
Terpaksalah saya tunjukkan mereka cara mengarau air dari perigi....
"Anybody need soap?" tanya saya.
Keluarga 'Untung'
BalasPadamHa. ha . cik gu kenakan Mat saleh ..
BalasPadam