Pengikut (ada kelebihannya)

Khamis, Mei 07, 2009

Ring Flash, lampu kilat khas untuk makro

Satu dari masalah ketika ambil gambar makro ialah pencahayaan. Ini jelas ketara ketika cahaya yang sedia ada kurang. Apabila ambil gambar, terpaksa gunakan bukaan yang besar dan kelajuan pengatup yang rendah. Ini menghasilkan gambar yang mengandungi kedalaman medan (depth of field) yang kecil. Memfokus menjadi rumit. Gambar pun mungkin kabur kerana objek bergerak.



Gambar makro menggunakan cahaya sedia ada kadangkala kabur kerana sukar memfokus dan pergerakkan. Gambar ini diambil pada iso 100, f/3.5, 1/15saat.

Malangnya lampu kilat yang terpasang tidak sesuai digunakan kerana lensa yang panjang akan menghalang cahaya lampu kilat dari meliputi seluruh gambar jika objek terlalu dekat. Satu dari jalan penyelesaian ialah gunakan lampu kilat khas yang direka untuk pencahayaan makro. Lampu kilat ini dipasang pada bahagian depan lensa dan menghasilkan cahaya yang menyeluruh pada objek yang dekat. Ia dikenali sebagai ring flash. Cahaya lebih sempurna kerana tidak dihadang oleh lensa.






Ring flash adalah lampu kilat khas untuk fotografi makro. Ia membolehkan penggunakan bukaan lensa yang kecil dan kelajuan pengatup yang tinggi. Keamatan cahaya pada lampu kilat di sebelah kiri dan kanan boleh dilaraskan.


Satu dari kelebihan lampu kilat ini ialah ia mengandungi dua sumber mentol yang boleh dilaraskan keamatan cahaya yang dihasilkan. Oleh kerana lampu kilat ini terlalu rapat dengan subjek, ia akan burn subjek tersebut jika menggunakan kuasa penuh walaupun bukaan lensa disetkan paling kecil. Saya mengambil gambar berikut pada keamatan 1/32 di kedua-dua belah untuk pastikan gambar tidak burn (terlebih cahaya).

Gambar makro diambil menggunakan flash ring dengan keamatan cahaya 1/32 dari kuasa penuh di sebelah kiri dan kanan. Bukaan lensa f/14 pada kelajuan 1/30s.

Gambar kelihatan terlalu terang dan latarbelakang terlalu gelap. Untuk imbangkan pencahayaan subjek dan latarbelakang, saya kurangkan kuasa lampu kilat ke 1/64 di kedua-dua belah. Kemudian saya besarkan bukaan lensa. Ini membenarkan cahaya persekitaran mencerahkan latarbelakang. Penggunaan lampu kilat dengan kuasa yang kurang juga mengelakkan lebihan dedahan pada subjek. Kamera dijauhkan sedikit dari subjek untuk kurangkan keamatan cahaya.

Gambar makro diambil menggunakan flash ring dengan keamatan cahaya 1/64 dari kuasa penuh di sebelah kiri dan kanan. Bukaan lensa f/8 pada kelajuan 1/30s. Gambar ini lebih elok dari gambar pertama.

Semua gambar yang dibincangkan tidak disunting. Ia cuma dikecilkan supaya sesuai dimuat ke Internet menggunakan perisian Google Picasa. Kalau anda tidak menggunakan dedahan yang tepat, mutu gambar boleh ditingkatkan dengan menyuntingnya meggunakan perisian penyunting gambar. Bagaimanapun, saya elakkan jumlah penyuntingan dengan menggunakan pencahayaan yang lebih sempurna.

2 komentar:

  1. Terimakasih for sharing...suatu masa saya nak jadi mahir dalam bidang makro ni.cuma skrg masa dan keadan tak izinkan saya nak join u all ouiting ker tmn rama2
    BalasPadam
  2. berapa harga macro ring tu...
    BalasPadam