27/6/2009 Saya berkesempatan untuk merakamkan 'KONSERT AMAL HIJJAZ' di Stadium Kajang. Konsert yang fokus kepada bantuan untuk Tabung Pembangunan Sekolah Agama seluruh Selangor turut dihiburkan oleh UNiC dan beberapa artist tempatan. Sambutannya Alhamdulillah hebat lebih kurang 2000 tetamu membanjiri Stadium Kajang pada malam tersebut. Saya teruja dengan telatah kanak-kanak bila mereka diberi peluang naik ke pentas untuk bersama-sama menyanyikan lagu nasyid kesukaan mereka yang sah mendidik jiwa! Selama ini kita selesa dengan mereka sebagai penghibur, terkadang kita lupa yang mereka juga perlu dihiburkan. Awas, hiburan itu biarlah mendidik jiwa.
P/S: Saya sempat berkenalan dengan seorang wanita bernama SUMAYYAH' pada malam itu. Dia lambang wanita solehah!
Dengan suasana pentas ala-ala 'Majlis Kahwin' ini saya cuba berlajar mencari sudut-sudut yang indah untuk diabadikan sebagai assignment saya untuk GELANGGANG FOTO. Sila komen!

8 komentar:
Jika ada tambahan gbr dibelakang pentas : seperti penyanyi sedang memghafal atau berbincang atau close up make up.
Ia seperti menghurai gbr yg lebih dari biasa kita tgk.
stuju bro shukor. lagi satu pada saya, saya suka kalau dapat close up penasyid tu sendiri..
BRO. SYUKUR- Sayang sekali saya tak ambil peluang itu. Sebenarnya mereka-mereka ini pernah satu pejabat dulu. Saya sebenarnya segan dengan diorang tu!Itula pasal.
NORMI- MUNCUNG SENAPANG saya tak cukup panjang jengkalnya...itu yang sedih sangat tu!
p/s: Tengah berkira-kira nak tambah lense!'
Jgn salahkan kanta : Sya kekadang mcm tu, malu,malas,tak cukup kanta dll.
Bila blk rmh, fikir fikir balik byk benda yg ralat. Jadi nxt assgnmt bertekad: Bual list dan berjanji pada diri sendiri.
1) Gbr overall artis
2) Close up artis /alat muzik
3) penuntun muda / tua /lelaki / p mpuan
4) Candid penyanyi / penuntun
5) Cari 1 gbr yg 'wow' yg blh dijadikan muka majalah.
Jadi bila kata assmt susahlah sikit tapi puas hati. Kalau bawa anak smbl lewa, maka keputusan pun alakadar saja.Saya kalau assmt tak bawa anak bersama takut hilang tumpuan.
bETUL Betul BETUL!...
setuju. sebab tumpuan dah x sepenuhnya
Sebenarnya saya masih ada gambar close up artist...saya simpan je sebab nak sesuaikan dengan tema FOTO KANAK-KANAK.
P/S; FOTO SUMAYYAH juga dalam simpanan saya, kalau nak tengok cuma 'dengan izin' Heee!
aiseh... frustnya tak dapat tengok sapa sumayyah tuhh..
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.