

6/7/2009
Hari Isnin lepas, kami tetiba teringatkan durian. Jadi Agil dan saya berhajat nak makan durian. Terfikir-fikir mana durian di Lembah Kelang ini yang terbaik. Akhirnya kami berpakat menuju ke Ulu Langat spesifiknya PANGSUN.
Ya! Kami berdua menuju PANGSUN dan terus ke sebuah dusun yang betul-betul berada di pinggiran kolam ikan yang pernah kami pergi dulu.
Bila sampai rupanya tuan yang ampunya dusun sudah tahu matlamat kami. Dua tiga longgok buah durian yang baru gugur tersedia untuk dibawa pulang. Tapi betullah, bila sampai aje kami di situ, tetiba tumpuan kami beralih pada subjek yang lain dari durian. Bagai orang hilang akal Agil dan aku melepaskan geram pada rerumput yang cukup subur. Tuan punya dusun pun berkata sambil senyum geli hati: "kawan-kawan Hamzah ni sama aje feelnya dengan si Hamzah...Hai korang nak tak durian ni?"
"Aaaa....eh nak makcik nak...!" aku dan Agil berpandangan sesama sendiri tersedar dari matlamat asal. MAKRO sekadar mencuba aliran yang ingin dipelajari lebih mendalam.
p/s: Petang tu kami kenduri durian kat ofis. Terima kasih Hamzah!

3 komentar:
Menarik baca azmi punya cerpen...
Hamzah tak ikut sekali ke AZ?
CERPEN kisah si HAMZAH. Hamzah...janji nak datang....lama....tunggu, sampai durian gugur masih tak nampak batang hidung dia Bro. Syukor aiii.
Emak Hamzah cakap.."Hamzah... tak payah tunggu dialah...dio ghaso nak datang jam-jam tu..juga dia datang, kalau tak tu...adolah kojo dia. Ngambik gambaq ghasonya eee!"
Halimullah: Itulah kata emaknya si HAMZAH!
Naluri seorang ibu, faham benar feel anaknya.
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.