Khamis, Julai 09, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Gelanggang Foto adalah blog berkumpulan yang memberi ruang untuk ahli pamerkan karya senifoto, kritik hasil kerja senifoto yang diposkan, serta bincang-bincang. Pertemuan bukan sekadar maya, kami bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengambil gambar dan bertukar-tukar fikiran (sambil minum).
Baik-baik jalan tu sayang.... nanti jatuh ke dalam kolam tu....abah juga yang basah!
BalasPadamNak cari Agil ke?
Dia takde di sini...
Teringat saya pada koleksi photo 60an dulu, ketika itu (kg. saya-Kedah) ada fotografer majoritinya olang cina...masuk kampung pikul kamera yang boleh berdiri punya...besar dan ada pakai tudung lagi...Dia ambil gambar tak nampak kepala dia, sebab kepala dia sudah masuk dalam tudung. Itu kamera jenis apatu..C.IS?
Oh itu large format. Pakai filem keping, bukan gulung. Sekali load satu keping filem aja. Masa tutup kepala tu, belum letak filem. Dia fokus dan gubah imej dulu. Imej kelihatan pada kaca (kepingan ground glass). Bila dah puas hati baru buka tudung dan letakkan filem. Perlukan banya kesabaran dan terlalu teknikal. Ansel Adams pakai kamera jenis ni untuk rakam Taman Negara Yosemite.
BalasPadamMasa belajar dulu, ada kit kamera ni dijual. Kerangka kamera dibuat dari kayu, kit do-it-yourself. Walaupun masa tu harganya murah, saya manalah mampu beli... student. Sekarang ada juga teringin. Tengoklah.