Untuk maklumat Gelanggangfoto sertai senarai e-mel
Masukkan nama dan e-mel di bawah:
Nama:
E-mel:
Langgan Batal Langganan
Selepas isi borang ini perlu klik pada pautan (link) dalam e-mel yang diterima untuk pengesahan. Selagi anda belum sahkan, e-mel anda tidak tersenarai dalam mail list. Kalau tiada e-mel dalam inbox cuba cari dalam Spam box, mungkin e-mel termasuk ke situ kerana e-mel dihasilkan secara automatik.

Pengikut (ada kelebihannya)

Isnin, Julai 06, 2009

Sumbangan Pelajar

Gbr kiriman dari Adam: Ia menarik perhatian penonton. Tumpuan mata kita terus kepada subjek yang hendak dipamerkan. Dari sudut yang jarang dari pandangan mata biasa ; maka saya anggap ia sudut kreatif.

Malang sekali ia terkeluar dari tugasan ( panning ). Cuba lihat gambar Ezza .
Gbr dari Adam : Ia kategorikan gambar ini dalam illusi pergerakan (tracking). Cuma gbr ini diambil semasa cuaca mendung dan tiada kontras. Sekali pandang perasaan semasa peperangan atau suasana kecoh kerana gempa bumi.
Ezza dari SMpresint 16 - Beliau menerangkan pelajaran baru daripada tenaga pengajar kelab foto beliau ialah mengenai panning.

Ezza mengarahkan kamera kepada subjek yang bergerak dan tekan pengatup apabila tiba pada ketetapan yang dikehendaki dan terus mengikut subjek.

Tahniah beliau berjaya mendapat imagan yang dikehendaki ,walaupun hanya menggunakan kamera kompak. Gambar ini menunjukkan emosi pergerakan dengan mengkaburkan bahagian belakang dan jelas pada subjek utama.

3 komentar:

Iskandar Abdul Rashid berkata...

Gambar 1, Side mirror tu memang cantik sebagai bingkai imej (framing). Malangnya kaca tingkap kereta ditutup, subjek utma tidak jelas kelihatan. Kalau dibuka kaca tingkap dan gunakan kelajuan pengatup yang rendah, pergerakan akan menyebabkan kawasan luar kabur (blurr) dan subjek utama tajam. Pasti menarik.
Jangan cuba ni kalau rakan-rakan memandu. Bahaya.

Iskandar Abdul Rashid berkata...

Gambar 2, seluruh imej kabur. Kalau ada bahagian yang kelihatan tajam, mungkin lebih elok.

Iskandar Abdul Rashid berkata...

Gambar 3, sayang kaki terpangkas. Kalau diperhatikan, dalam imej ini kaki yang menjadi punca tenaga yang digunakan untuk menggerakkan skuter tu. Ekspresi pada wajah subjek amat menarik. Jelas menunjukkan kerian bermain skuter.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.