Untuk merakam imej panorama, rakan perlu lebih teliti ketika menggubah imej kerana imej tersebut akan digabungkan dengan imej lain. Untuk memudahkan kerja, elok rakan pasangkan kamera ke kaki tiga atau penstabil yang lain. Memegang kamera dengan tangan bukanlah suatu perkara yang mustahil tetapi ia memakan masa ketika menggabungkan imej nanti. Sekiranya rakan terpaksa merakam imej tanpa tripod, elok rakam imej lebih dari biasa supaya dapat memilih imej terbaik untuk digabungkan. Imej panorama berikut dihasilkan dengan menggabungkan 5 imej. Walaupun sisi imej tempat digabungkan agak jelas kelihatan, inilah yang terbaik yang saya dapat hasilkan.
Rabu, September 30, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komentar:
Catat Ulasan