Pengikut (ada kelebihannya)

Isnin, September 28, 2009

Setting Dedahan Imej Bulan

Ada rakan bertanya, kalau ada lensa zum seperti milik Nazir tu memang senang untuk rakam imej bulan dengan dedahan yang sempurna kerana saiz bulan besar dan mudah untuk membaca meter spot. Bagaimana kalau saiz bulan kecil kecil dan gunakan kamera manual atau kurang ciri meter.

Rakan tidak perlu risau. Merakam imej bulan dengan dedahan yang sempurna amat mudah dan tidak perlukan peralatan yang canggih. Cahaya bulan adalah cahaya matahari juga. Cahaya yang anda nampak adalah hasil cahaya matahari yang dipantulkan oleh bulan. Anda boleh gunakan dedahan biasa di siang hari (dedahan di luar dalam cahaya matahari) sebagai asas. Jadi, kalau langit tidak berawan, rakan boleh gunakan petua berikut sebagai panduan.

Pada ISO 50, gunakan bukaan f16 pada kelajuan pengatup 1/60s. Bulan akan kelihatan jelas dan subjek lain akan kelihatan gelap. Kalau kurang pasti, rakam beberapa imej. Tambahkan dedahan, misalnya f/11 dan f/8 pada 1/60s atau kurangkan dedahan, misalnya f/22 pada 1/60s.

Kalau gunakan ISO100, gunakan kelajuan pengatup 1/125s. Kalau gunakan ISO200, gunakan kelajuan pengatup 1/500s.
Itu kalau bulan penuh. Kalau bulan 3/4, tambah 1 stop. Maksudnya, kalau kelajuan pengatup asal 1/60s, gunakan 1/30s. Kalau bulan separuh, tambah 2 stop atau kelajuan pengatup 1/15s. Kalau bulan sabit, tambah 3 stop atau 1/8s. Atau gunakan setting sama, cuma gamndakan ISO, dari 50 ke 100 (1 stop), ke 200 (2 stop) dan 400 (3 stop).
Anda boleh gunakan lensa sudut lebar, tidak menjadi masalah.

0 komentar:

Catat Ulasan