Pengikut (ada kelebihannya)

Sabtu, Oktober 17, 2009

Masjid Dalam Selat, di waktu pagi



Imej ini di rakam setelah matahari naik sepenuhnya. Waktu begini langit kelihatan biru pekat dengan warna keemasan. Oleh kerana cahaya keemasan, dinding masjid juga mempunyai kesan warna keemasan. Untuk merakam kesan ini, saya telah padamkan ciri AWB (automatic white balance) kamera suapaya ia tidak mengubah warna imej dari kekuningan kepada putih.

Kemudian saya salin imej tersebut, menjadikan dua imej berasingan. Dalam imej yang baru saya tambah beza-cahaya (contrast) dan gelapkan langit sedikit. Kemudian saya lapiskan imej tersebut kepada lapisan atas imej asal dan dalam lapisan atas, saya buang bahagian masjid dan latar depan. Tujuannya adalah untuk dapatkan nada yang sekata. Oleh kerana gunakan kesan feather untuk membuang kawasan latar depan, sisi antara masjid dan langit kelihatan lebih cerah dan telah mencacatkan imej. Walaubagaimanapun, saya masih mendapat kesan yang diingini.

Untuk membuat imej pudar sedikit sepaya kelihatan "lama atau kelasik" saya telah kurangkan ketepuan warna (colour saturation) menggunakan Google Picasa. Kalau pasang ciri AWB ok juga, cuma warna keemasan yang anda dapat lihat dalam imej di atas di imbangkan supaya dinding kelihatan putih. Imej berikut adalah contoh kalau AWB dipasang. Imej tersebut masih juga cantik, cuma "feel" keemasan tu tiada.


1 komentar:

  1. cantikya gambar-gambar masjid ni....apakata hantar ke syarikat yg buat calender...masjid-masjid indah di malaysia or melaka....sure ramai company yang owner nyer muslim berminat...so rumah kita taklah byk calender gambar pompuan yg sexy mexy...
    BalasPadam