
Masjid Selat Melaka
Ini adalah kali kedua saya ke Masjid Dalam Selat Melaka. Kali pertama ketika baru kami mulakan Gelanggangfoto. Kalau kali pertama dulu kami rakam imej di waktu senja, kali ini kami rakam imej di waktu fajar, iaitu selpeas solat subuh. Saya kira agak bernasib baik di waktu itu (11 Oktober, 2009) kerana langit tidak mendung. Cahaya fajar mula menyerlah dalam waktu yang singkat.
Saya rakam imej ini dari atas batu di sisi sebelah kanan masjid. Batu tersebut agak licin. Saya rasa agak ralat kerana tidak memakai kasut yang lebih selesa. lazimnya saya gunakan hiking shoes tapi kali ini saya simpan aja kasut tersebut dalam kereta. jadi saya hanya pakai kaut biasa. Ini kurang selesa kerana tapak kasut tidak grip pada permukaan batu yang berlumut dan terdapat risiko tergelincir atau terseliuh.
Untuk dapatkan imej sebegini, sudah pasti rakan perlu gunakan kaki tiga kerana dedahan memakan masa yang lama.
0 komentar:
Catat Ulasan