Ini pula ialah aima ..kembar kakak....mama dia nak train jadi model kanak-kanak..amacam ada potensi tak?..kalau ada sesiapa yang tau company yang nak latih model pakaian kanak-kanak tolonglah kasi tau pada saya...Bukan nak exploit anak tapi nak expose....boleh juga menabung untuk dana pendidikan dia....
[Iskandar]
Ini bukan sahaja model kanak-kanak. Bila dah besar nanti, jadi model James Bond pun boleh ni.
Ini bukan sahaja model kanak-kanak. Bila dah besar nanti, jadi model James Bond pun boleh ni.
OK, balik pada fotografi. Kalau diperhatikan, imej kedua agak gelap, tapi sharp. Ini berlaku kerana Sdri Miza rakam imej ini di waktu senja. Pada waktu sebegini, cahaya sudah kurang. Untuk dapatkan cahaya yang mencukupi, kamera terpaksa setkan kelajuan pengatup perlahan. Ini adalah mustahil kerana pada kelajuan pengatup yang rendah, gambar akan kabur kerana getaran kamera. Oleh kerana Sdri Miza setkan anti-shake, kamera kekal merakam imej pada kelajuan pengatup yang tinggi. Akibatnya, imej dirakamkan gelap kerana cahaya dedahan tidak mencukupi. Namun begitu imej yang dihasilkan masih tajam dan boleh digunakan.
Imej gelap lebih baik dari imej yang kabur. Untuk dapatkan imej yang jelas, Sdri boleh sunting gambar menggunakan mana-mana penyunting gambar. Gunakan arahan "Normalise" untuk terangkan semula gambar. Dalam imej berikut, saya gunakan perisian GIMP, iaitu perisian penyunting gambar percuma yang diedarkan secara OpenSource untuk "normalise"kan imej. Nah lihat saja hasilnya -- jelas.
0 komentar:
Catat Ulasan