
Hari ini, saya (Iskandar), Nazir, Halim dan beberapa orang rakan lagi ke Subang untuk rakam imej pertunjukan udara (thunderbird). Oleh kerana saya tidak memiliki lensa panjang, saya mengambil keputusan untuk berada bersama penonton yang lain merakam imej pada aras bawah. Memang sukar merakam imej di khalayak ramai kerana pandangan terhadang. Saya mengambil keputusan untuk memasukkan penonton itu sendiri sebagai sebahagian dari imej. Hari ini saya merakam imej dengan perasaan yang agak risau kerana hujan rintik-rintik dan kamera yang saya miliki tidak kalis air. Imej dirakam pada ISO tinggi untuk membekukan pergerakan pesawat yang sememangnya laju. Inilah sebagaian dari hasil imej yang dapat saya rakam.
1 komentar: