Pengikut (ada kelebihannya)

Ahad, November 22, 2009

Gambar Hitam Putih



Ada antara rakan Gelanggangfoto yang bersungut kerana cuaca asyik mendung saja.

"Tak seronok keluar ambil gambar. Tak menarik," katanya.

Untuk ambil gambar biasa biasa, memang hari mendung tak menarik. Tapi kalau mahu ambil gambar yang luar biasa, ketika awan mula berkepul, itulah masanya anda mula keluarkan kamera. Ah, bahaya kalau kamera elektronik, nanti rosak.

Ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini. Satu dari caranya, gunakan kamera mekanik sepenuhnya, iaitu kamera filem yang manual. Saya gemar gunakan filem hitam putih kerana imej yang dihasilkan lebih dramatik.

Imej di atas tidak diambil ketika mendung. Ia diambil ketika panas terik menggunakan filem Kodak T-max yang dimuat ke dalam kamera Nikon FM2. Filem yang telah diproses di imbans menggunakan pengimbas CanoScan yang dikendalikan melalui perisian GIMP. Kemudian imej diproses menggunakan Google Picasa.

Mungkin ada antara rakan yang bersungut kerana masalah sekarangni kalau nak gunakan filem hitam putih kerana tak banyak tempat yang memprosesnya. Itu betul, kalau dihantar proses pun, kena tunggu hingga dua minggu.

Sebab tu saya terlintas juga nak adakan bengkel untuk melatih rakan memproses filem hitam putih. Proses dan imbas. Cetak guna enlarger tak bolehlah sebab saya hanya miliki satu set enlarger. Tak cukup untuk buat bengkel.

Pada rakan dan follower gelanggangfoto yang berminat, boleh tempah tempat. Pada yang belum jadi follower, kena follow dulu. Nak jadi follower mudah aja, klik bebutang Ikut pada panel sebelah kanan. Tujuannya supaya anda biasa dengan teknik-teknik asas fotografi.


4 komentar:

  1. i follow..jer dulu.. huhu..
    BalasPadam
  2. Tengoklah, kalau bulan Disember dapat semua peralatan yang dipesan, kita buat masa cuti. Saya plan buka studio Gelanggangfoto dkt dengan hotel, leh menginap disana kalau nak sertai bengkel.
    BalasPadam
  3. Normi bukan hanya follower. Normi adalah salah seorang dari rakan Gelanggangfoto. Follower hanya mengikuti blog ini, Normi boleh posting dan edit blog.
    BalasPadam
  4. o. hehe..
    InsyaaLLAH, moga diberi peluang outing sesama ahli GF
    BalasPadam