Keadaan di tepi Masjid Namerah, Arafah. Waktu selepas zuhur. Dianggarkan 3 juta umat manusia datang untuk wukuf di Arafah.salam haji kepada semua pembaca gelanggangfoto.com. Maaf kerana saya jarang kirimkan berita di sini. Mahupun foto jarang-jarang sekali terdapat posting daripada saya. Setelah menjenguk gelanggangfoto, saya rasakan saya perlu berkongsi bersama anda beberapa keping gambar dari Makkah alMukarramah untuk tatapan bersama.
Betapa indahnya pemandangan di sini dengan jutaan manusia dan pelbagai rupa. Anda memerlukan tele zoom untuk mengambil gambar seperti di atas. Jika tanpa lensa tele tersebut, mereka yang dirakamkan gambarnya akan perasan dan anda akan dimarahi. Selain daripada itu, anda juga memerlukan kad kuasa dari mana-mana badan yang berhak untuk mengeluarkannya. Saya bernasib baik kerana saya telah bekerja dengan Hajj Research Institute sebagai fotografer. Jika tidak, anda juga akan ditahan oleh askar, polis mahupun orang awam dari merakamkan detik2 emas ini.
sekian dahulu laporan dari saya di Makkah. Wassalam.

tahniah lutfi kerana menjadi photographer Hajj Research Institute dan dpt merakam suasana yg mulia ini..tahniah sekali lagi.
BalasPadamterima kasih nazir. Semoga ia dapat menjadi titik tolak kepada saya untuk terus berkecimpung dalam bidang photojournalisma ini. amin
BalasPadam