Sekarang, menghasilkan imej hitam putih amat mudah. Anda boleh ambil gambar dan ubahsuai menggunakan penyunting gambar. Imej dicetak menggunakan pencetak, jadi anda cuma pastikan dakwat mencukupi untuk menghasilkan imej yang jelas.
Tidak lama dahulu, untuk hasilkan gambar hitam putih, anda perlu gunakan filem khas. Oleh kerana anda setkan dedahan yang tertentu, elok kalau filem diproses sendiri mengikut spesifikasi dedahan. Kemudian gambar dicetak dalam bilik gelap menggunakan kertas foto. Suhu bahan kimia kena jaga, pilihan penapis contrast kena betul, masa kertas diproses kena tepat.
Kini tidak ramai orang berpeluang memproses filem dan mencetak gambar. Walaupun mencetak gambar suatu yang cerewet, anda boleh mempelajari cara memproses filem dalam masa yang singkat. Filem boleh didigitalkan dan imej dicetak menggunakan pencetak inkjet.
Untuk mencuba sendiri memproses gambar, saya akan adakan bengkel untuk memproses gambar. Dalam sessi tersebut anda akan ambil gambar menggunakan filem hitam putih. Kemudian saya akan tunjukkan cara untuk memproses filem tersebut. Apabila telah mendapat filem, anda akan digitalkannya menggunakan pengimbas filem.
Bengkel akan diadakan di Studio Gelanggangfoto pada awal bulan Januari 2010. Tempat adalah terhad kerana bilangan peralatan yang terhad. Jangan risau jika anda tidak mempunyai kamera filem kerana saya akan sediakan kamera kepada mereka yang tidak memiliki kamera filem ketika bengkel tersebut. Filem hitam putih juga akan disediakan. Jika berminat untuk sertai bengkel tersebut, sila e-mel saya, iskandar.abdulrashid@gmail.com untuk keterangan lanjut. Untuk mereka yang tinggal jauh dari Bandar Baru Bangi, Studio Gelanggangfoto adalah bersebelahan dengan sebuah hotel. Penginapan bukanlah halangan.

0 komentar:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.