Untuk maklumat Gelanggangfoto sertai senarai e-mel
Masukkan nama dan e-mel di bawah:
Nama:
E-mel:
Langgan Batal Langganan
Selepas isi borang ini perlu klik pada pautan (link) dalam e-mel yang diterima untuk pengesahan. Selagi anda belum sahkan, e-mel anda tidak tersenarai dalam mail list. Kalau tiada e-mel dalam inbox cuba cari dalam Spam box, mungkin e-mel termasuk ke situ kerana e-mel dihasilkan secara automatik.

Pengikut (ada kelebihannya)

Rabu, November 18, 2009

Ros Jepun


Ros Jepun
Originally uploaded by iskandar63
Musim hujan, tak semestinya berkurung atau keluar jauh untuk merakam imej. Jenguk-jenguklah ke laman rumah. Setelah mendapat bekalan air yang berterusan, mungkin pohon bunga yang disangka hampir mati dah mula berbunga semula. Kalau ada kayu reput, mungkin sekarang dipenuhi cendawan.
Dalam laman depan rumah saya, pohon Peria Pantai yang ditanam untuk makan ulam sekali sekala dan tumbuh seperti belukar, cukup untuk diedar ke semua pasar di lembah kelang. Hari mendung juga membuatkan serangga kurang aktif. Mudah untuk merakam imej makro.

Gambar bunga Ros Jepun ini dirakam dalam halaman depan rumah menggunakan lensa makro dan kamera dipasang ke kaki tiga.

4 komentar:

ILA berkata...

larr..rupanya ni di panggil sbagai ros jepun..selama ni sya panggil sbagai bunga toshiba jerrr:)
byak di laman rumah saya..dan senang utk di jaga:)

Iskandar Abdul Rashid berkata...

He he, nak panggil ros Suzuki pun boleh. Cuma jangan panggil ros Hyundei sebab itu Korea, buka Jepun.

Memang bunga ni mudah membiak, terutamanya ditanah berpasir. Tapi kalau ada semalu tumbuh, ros ni kalah.

Normi berkata...

kat rumah d balok sebelum ni (zaman kanak2 dulu) penuh melata kat laman depan tapi la ni dah takder langsung daahh...

Iskandar Abdul Rashid berkata...

Kalau nak benih, kena singgah Bangi.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.