Hari ini pack beberapa bungkus filem hitam putih ISO rendah dan sederhana. Teman lama Nikon FM2 dan tripod buatan 80an yang teramatlah beratnya juga dibawa sekali. Ke mana agaknya saya hari ni? Ada orang offended bila orang baru bertanaya tentang filem. Film is history katanya. Betulkah filem dah jadi sejarah?
Terpulanglah. Filem atau digital, semuanya menghasilkan gambar. Sebenarnya, walaupun bermain filem, saya tetap menyuntingnya dalam format digital. Workflow saya menghasilkan gambar hitam putih pun telah berbeza jika berbanding dengan dahulu.
Dulu, saya keluar ambil gambar. Balik, proses filem. Kemudian buat contact print. Pilih gambar yang ingin dibesarkan, expose kertas foto menggunakan enlarger, proses kertas. Keringkan kertas dan gambar sedia untuk dibingkai dan dipamerkan.
Sekarang, keluar ambil gambar. balik, proses filem. Kemudian imbas menggunakan pengimbas filem. saya guna pengimbas biasa jenama CanoScan 440F. Pilih gambar, ubah sikit-sikit guna penyunting filem. Kebanyakannya tersimpan dalam DVD. kalau ada pembeli, gambar dihantar ke kedai dan dicetak besar, secara digital.
Jadi kenapa masih main filem. Saya suka kendali kamera filem. Ringkas, mantap, dan ada personal touch. gambar yang dihasilkan pun unik.
Ahad, Disember 13, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 komentar:
Catat Ulasan