Pengikut (ada kelebihannya)

Jumaat, Disember 11, 2009

Konsep Gubahan Imej, Bahagian 10

Titik Pandangan
Sebelum ini, saya telah bincangkan  tentang cara menyusun elemen ketika mengambil gambar.  Saya telah bincangkan tentang pandan asas, iaitu Hukum Keemasan, Hukum Sepertiga, dan Simetri Dinamik.  Semua ini hanyalah mungkin jika anda mencuba beberapa titik pandangan (point-of-view) ketika merakam imej.

Satu objek yang sama boleh kelihatan berbeza jika dirakam dari titik pandangan yang berbeza.  Kebiasaannya, kalau kita mengambil gambar, kita akan cenderung merakam pada aras mata.  Ini kerana itulah pandangan yang biasa bagi kita.  lagipun cerewet kalau mengambil gambar dari titik pandangan yang lain.  Misalnya, jika ingin ambil menggunakan titik pandangan dari bawah, kita terpaksa tunduk.  Kalau ingin mengambil dari atas, kadangkala kita terpaksa memanjat.  Ada jurugambar yang membawa tangga ketika mengambil gambar di temat awam.

Kalau di zaman filem dahulu, saya dapati jurugambar yang menggunakan kamera TLR mempunyai gubahan imej yang menarik.  Ini kerana, pencari viu kamera ini dipandang dari atas, jadi mudah unuk jurugambar merakam imej menggunakan titik pandangan dari bawah.

Saya perhatikan, gambar yang dihasilkan oleh jurugambar baru banyak mempunyai titik pandangan yang menarik.  Mungkin ini adalah disebabkan jurugambar baru lebih fleksibel untuk mencuba idea baru dan kamera terkini pula amat mudah dikendalikan.  Misalnya dengan LCD yang boleh dilaraskan, jurugambar tidak lagi perlu membongkok untuk mengambil dambar dari bawah.  kamera pula dilengkapi dengan ciri autofokus, jadi memfokas objek bkan lagi suatu yang rumit.

dengan mencuba merakam dari pelbagai titik pandangan, objek yang membosankan boleh dipersembahkan dengan lebih menarik.  Apabila mengambil gambar, cubalah merakam dengan mencuba pelbagai titik pandangan.




Lena, 2009
Puteri dengan gambar diambil dari titik pandangan yang separas dengan hidungnya.



Puteri dan Ain, 2009
Imej dengan titik pandangan dari atas.

0 komentar:

Catat Ulasan