Pengikut (ada kelebihannya)

Rabu, Disember 30, 2009

Panduan Mengambil gambar Bunga Api

Sambutan Tahun Baru biasanya terdiri dari konsert dan pertunjukan bunga api. Mengambil gambar bunga api tidaklah terlalu rumit. Berikut adalah petua untuk mengambil gambar bunga api.


  1. Pilih lokasi yang sesuai. Jangan terlalu dekat dengan sumber bunga api kerana agak sukar untuk mendapat gambar letupan yang penuh jika anda terlalu rapat dengan sumber bunga api. Lagipun gambar lebih cantik jika anda masukkan elemen lain, misalnya bangunan. Untuk dapatkan tempat yang bagus, elok datang awal.
  2. Pilih tempat yang kamera tidak akan terhadang oleh orang ramai.
  3. Pasang kamera ke tripod. Ini kerana anda akan gunakan dedahan (exposure) yang lama.  Tripod menstabilkan kamera. 
  4. Kalau ada remote trigger, gunakannya untuk minimakan getaran pada kamera.  Kalau tiada tak mengapa, boleh klik seperti buasa.
  5. Fokus ke infiniti. Jika gunakan kamera kompak, setkan ke mode Landscape. Jika kamera anda sediakan mode Fireworks, gunakan mode tersebut. Jika gunakan kamera dSLR setkan ke mode B atau manual.  B bermaksud Bulb.  Pengatup (shutter) akan terus terbuka selagi anda tekan butang pelepas pengatup (shutter release button).  Setkan bukaan lensa (aperture lens). Gunakan panduan dalam langkah 8.
  6. Klik dan jangan lepaskan butang pelepas pengatup sehingga bunga api selesai meletup.  Dedahan dibuat dari bunga api bermula hingga ke akhir letupan. Jika inginkan lebih dari satu bungapi, biarkan dedahan sehingga beberapa dedahan bungapi. Jika tidak mahu bahagian lain terlebih dedahan, tutup bahagian depan lensa antara letupan menggunakan kad hitam.
  7. Bawa lampu picit kecil untuk memudahkan anda set kamera dalam gelap.
  8. Gunakan setting berikut sebagai panduan
ISO 50
Bukaan: f/5.6 hingga f/11

ISO 100
Bukaan: ƒ/8 hingga 16

ISO 200
Bukaan: ƒ/11 hingga 22

Selamat mencuba.

Hasilnya, berbaloi

Selamat mencuba dan selamat tahun baru!

1 komentar: