Rakan-rakan dan pengikut (follower) Gelanggangfoto dipelawa untuk menyertai pertandingan fotografi anjuran Gelanggangfoto. Syarat penyertaan adalah mudah.
1. Anda mesti menjadi ahli (rakan) atau pengikut Gelanggangfoto.com.2. Kirimkan gambar digital (atau gambar yang diimbas (scan)) ke iskandar.abdulrashid@gmail.com dan kepilkan imej (attach) dalam format JPG. Tema imej bulan ini ialah "Mendung". Kirimkan e-mel dengan tajuk "Pertandingan Fotografi Bulan ini, tema: Mendung"
3. Imej adalah milik anda sendiri. Ia tidak diambil atau diubahsuai dari mana-mana imej milik orang lain.4. Anda (peserta) bersetuju dan memberi kebenaran untuk saya (Iskandar) mempamerkan imej tersebut dalam Gelanggangfoto.com secara percuma. Imej tersebut hanya akan dipamerkan dalam blog ini (Gelanggangfoto.com). Anda masih menjadi pemilik imej tersebut.
5. Sekiranya imej tersebut mengandungi imej orang yang bukan di tempat awam, orang tersebut bersetuju dan memberi kebenaran untuk saya pamerkan imej tersebut di Gelanggangfoto.com.
6. Anda dan orang dalam imej setuju untuk rakan Gelanggangfoto.com memberi komentar untuk tukuan meningkatkan kemahiran mengambil gambar.
7. Sertakan nama dan nombor telefon (atau telefon bimbit) yang boleh dihubungi.
8. Sertakan nama yang dipamerkan dalam senarai pengikut.
9. Kadangkala, ada pembeli yang ingin membeli imej yang dipamerkan dalam Gelanggangfoto. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli imej milik anda, nyatakan sama ada anda setuju untuk menjualnya.
10. Kirimkan penyertaan anda pada atau sebelum 23.59 pm 31 Disember 2009 waktu Malaysia, GMT+8.00.
11. Pemenang akan dipilih oleh rakan Gelanggangfoto.com dan berdasarkan populariti imej (bilangan hits yang unik). Keputusan adalah muktamad.
12. Rakan lama Gelanggangfoto.com yang telah khatam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Mereka dikehandaki untuk menjadi pengadil.
Contoh format e-mel.
1. Nama:
2. Nama samaran (sebagaimana dalam pengikut):
3. No. h/p:
4. Tema: Mendung
5. Tajuk imej:
6. Saya setuju untuk menjual imej ini jika ada orang/organisasi ingin membelinya. Hubungi saya di (no h/p).
7. (Jika terdapat imej orang yang boleh dikenali berada bukan di tempat awam)Saya akui orang dalam imej telah bersetuju gambarnya digunakan dalam Gelanggangfoto.
8. Saya akui imej tersebut milik sendiri, bukan diambil atau diubahsuai dari imej milik orang lain.Hadiah untuk Pertandingan Foto Bulan Ini: Mendung ialah tiga buah buku bernilai RM120++

Tema bulan Januari ialah: Cahaya.

alamak abang. saya berada di saudi dan imej saya pun di saudi. dah konpem takleh masuk kan? hehehe.. kot2lah bleh hantar sama..
BalasPadamBoleh, terlupa pula ada rakan yang merantau. Syarat tu dibuang. Tak seronok pula kalau hadkan penyertaan di zaman tanpa sempadan ni.
BalasPadamwah.. menarik nie.. akan dicuba jugak ;) gambar nak yang ori atau yang diedit pun bleh jugak?
BalasPadamGambar, tak kira sama ada ori atau diedit, semua boleh.
BalasPadam