Pengikut (ada kelebihannya)

Isnin, Disember 14, 2009

Tip ambil gambar 'MENDUNG'.

13Dis09- Mengambil gambar mendung tidaklah susah sangat. Susahnya ialah anda harus selalu bersedia dengan kamera apabila anda keluar bersiar siar atau balik kampung dan seumpamanya.
Dedahan-Setkan dedahan kamera kepada 'A' dan ajukan kanta lebih kepada langit. Kunci dedahan dengan menekan sedikit putang pemetik dan turunkan kembali kepada objek dibawah jika perlu. Sudah pasti terus snap dan dedahan anda tertumpu kepada langit dan biarkan dedahan dibawah gelap atau 'silhoute'.
Gubahan- Jika perlu gubahan, terangkan sedikit dimana mana perlu dibahagian bawah dikomputer anda. Teruskan mencuba dan masih banyak masa untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh cg Is. Ada rakan kita di Arab Saudi nampaknya susah hendak jumpa awan disana. Mungkin boleh hantar ribut pasir sebagai ganti ( boleh di terima). DiEropah boleh hantar gambar salji (Ini saya kena tanya cg Is).

7 komentar:

  1. hahaha. sifu shukor nak suruh kamera saya masuk tong sampah ker? hehehe.. susah woo ambik ribut pasir. lagi satu tak berkesempatan. tapi akan cuba juga satu hari nanti. anyway, bleh hantar banyak kan gambar? nak hantar lagi lah. hahaha
    BalasPadam
  2. Boleh hantar. Hampir setiap hari saya ada terima penyertaan. Gambar cantik-cantik. Yang belum kirim boleh terus mengikirim. Yang dah kirim pun boleh teruskan. Oh ya, tema bulan Januari ialah "Cahaya".
    BalasPadam
  3. Nak ambil ribut pasir kena guna casing 'waterproof' untuk hindarkan dari habuk.
    BalasPadam
  4. Kalau gambar blizzard (ribut salji) pun menarik juga. Kalau dalam ribut pasir masalah pasir masuk mata dan calarkan lensa, dalam ribut salji bateri gagal berfungsi. Sebab tu, dulu saya gunakan kamera mekanik yang manual, bila bateri gagal, dedahan pakai agak-agak.
    BalasPadam
  5. saya ada assgmnt di kuala sepetang tempohari..kebetulan hujan yg amat lebat..mujur didalam bot utk ke kawasan penebangan bakau.Tapi kalau kamera dgn lens tak weather seal 100%,jgn haraplah...alamat ambil gambar dari dlm bot ajelah..mujur dah ready plastik sampah yg dah diubahsuai..teringat rakan iaitu seorang photojournalist, pengalaman beliau melihat pentax dan olympus digasak semasa hujan dan kawasan berdebu/berpasir...memang direka utk sedemikian termasuk lens juga(tidak semua lens)..bukan mempromosi..sedangkan saya canon user..tetapi utk mendapatkan kualiti dan spec yg sama seperti oly dan pentax(build like a tank)...kita perlu membayar harga yg tinggi utk jenama lain.Hanya sekadar pandangan.
    BalasPadam
  6. Ada rakan yang bersungut. Dia cuba dapatkan sinar dari langit yang Sdr Shukor selalu dapat tu tetapi katanya gagal kerana cahaya tersebut seperti bercampur dengan latar belakang.
    jadi, dari artikel yang ditulis diatas, keynya ialah setkan dedahan pada bacaan langit. bagaimana pula dengan white balance?
    BalasPadam
  7. 'White balance' saya set pada 'auto' atau ''daylight'.
    BalasPadam