Untuk maklumat Gelanggangfoto sertai senarai e-mel
Masukkan nama dan e-mel di bawah:
Nama:
E-mel:
Langgan Batal Langganan
Selepas isi borang ini perlu klik pada pautan (link) dalam e-mel yang diterima untuk pengesahan. Selagi anda belum sahkan, e-mel anda tidak tersenarai dalam mail list. Kalau tiada e-mel dalam inbox cuba cari dalam Spam box, mungkin e-mel termasuk ke situ kerana e-mel dihasilkan secara automatik.

Pengikut (ada kelebihannya)

Menunjukkan yang terbaru 24 daripada 42 catatan dari 01/01/2009 - 02/01/2009. Tunjukkan catatan yang lebih lama
Menunjukkan yang terbaru 24 daripada 42 catatan dari 01/01/2009 - 02/01/2009. Tunjukkan catatan yang lebih lama

Khamis, Januari 29, 2009

Sambil rehat rehat

Lama kita outing kali ni. Masing-masing sibuk dengan tugas seharian. Jari ni dah gatal nak klik shutter, tapi besok outstation lagi. Sementara tu elok juga kita jenguk jenguk kerja jurugambar yang dah establish.

Berikut pautan ke sebuah galeri atas-talian. klik pada pautan (nama) jurugambar untuk pamerkan thumbnail conteh kerja beliau. Untuk pamerkan gambar lebih besar, klik pada thumbnail yang berkenaan.

http://scottnicholsgallery.com

Poskanlah komentar gambar tersebut ke catatan ini. Ingat, jangan pamerkan gambar tersebut tanpa kebenar, hanya masukkan pautan (link) untuk kita sama-sama view. Menggunakan gambar orang tanpa kebenaran adalah mencuri...

Ahad, Januari 25, 2009

Penambang 3


Penambang 2


Penambang 1

Penambang adalah bot feri yang membawa penumpang ke seberang. Bot ini membawa penumpang dari Jeti taman Shahbandar, Kuala Terengganu ke Seberang Takir.

Gadis Pulau Bintan

Gadis Pulau Bintan
Terima kasih Lili Olivia kerana being such a good sport bertahan lama untuk posing beku.... 30 saat bukannya singkat.

Potret Sendiri di bawah cahaya bulan

Dan saya juga bertuah kerana ada yang sanggup menjadi model yang bertahan tak bergerak selama 30 saat. Agak sukar untuk compose dalam gelap, apa lagi sistem autofokus kamera tidak berfungsi. Walau apapun, inilah hasilnya.

Birds of Fraser Hill

Oleh kerana tiada lens yg lebih drpd 400mm utk mengambil gambar burung memaksa diri berusaha mendapatknnya.Dapat berkenalan dgn seorang 'bird watcher' malaysia yg terkenal diseluruh dunia.Beliau ialah Mr. K.S Durai.Pakar mengenai burung2 dan menguasai 22 jenis bunyi burung.Kalau sesiapa sukakan nature memang patut pegi sini(Fraser Hill).Banyak benda masih fresh dan belum terusik.Banyak flora dan fauna disini.kalau nak pegi 4 orang budget dlm lingkungan RM200 seorang utk minyak dan penginapan 3 hari 2 mlm.Ada ranting melintang pada paruh burung, bagi saya menjejaskan gambar ini.Burung ni hinggap diranting pokok pada waktu yg amat singkat.Dlm jarak 10m.Hanya ini yg sempat saya gambarkan.

Remang-remang cahaya bulan sabit

Malam 23 Januari agak bertuah untuk saya. Di Pantai Batu burok, langit kelihatan biru sedikit hasil pantulan dari bulan sabit. Sebelum pekena ais krim goreng berbentuk hati, sempat saya ambil beberapa shot menggunakan tripod dan setting B. Inilah hasilnya.



Khamis, Januari 22, 2009

Di Bawah Cahaya Bulan







Di bawah cahaya bulan 1, Bandar Baru bangi. Disember 2008




Di bawah cahaya bulan 2, Bandar Baru bangi. Disember 2008





Di bawah cahaya bulan 3, Bandar Baru bangi. Disember 2008

Tujuan gambar ini diposkan bukan untuk membincangkan tentang composition. Saya ingin menunjukkan pencahayaan di waktu malam di bawah cahaya bulan. Dengan menggunakan kamera dan kaki tiga (tripod) untuk mendapatkan imej yang stabil, saya dedahkan sensor selama 60s menggunakan setting B. Bukaan (aperture) disetkan ke f/11 hingga f/5.6 bergantung pada cahaya persekitaran. ISO disetkan ke 100. Oleh kerana pada malam itu (2 pagi) terdapat cahaya bulan, cahaya dapat dikumpulkan mencukupi untuk menghasilkan gambar yang kelihatan seakan-akan di siang hari.
Anda dapat lihat garis-garis laluan bintang di langit. Walaupun langit masih kelihatan biru, warna-warna daun kelihatan agak unik. Daun-daun hijau di waktu ini memantulkan warna merah dan oren menghasilkan kesan seperti di musim luruh di negara empat musim. Oleh kerana lampu jalan menyala dan sensor didedahkan lama, nyalaan mentol lampu jalan kelihatan burnt.
Masalah yang saya hadapi ketika mengambil gambar di waktu malam ialah ialah kamera tidak memfokus dengan sempurna, jadi agak sukar untuk memfokus serta membuat komposisi yang sempurna. Jadi, saya fokus secara manual dengan preset ke infiniti.
Itulah saya nyatakan sebelum ini, iaitu kita akan cari lokasi yang cantik ketika bulan mengambang.
Kalau rakan ingin ambil gambar waktu malam, saya syorkan rakan bawa lampu suluh (penlight) untuk digunakan ketika memfokus secara manual.

Paka 4

AIEOU, Paka, Januari 2009
Shot ni adalah sebahagian dari dinding bangunan UMNO pekan Paka. Mungkin bangunan ni pernah digunakan sebagai Tadika. Dinding ni sebenarnya mempunyai warna yang terang. Bagaimanapun, untuk mempamerkan dinding yang lusoh sesuai dengan kehadiran lampu lama di sebelah kanan bawah gambar, saya gunakan setting film hitam putih.

Paka 3

Wakaf, Paka, Januari 2009



Sebuah Warong di Paka, Januari 2009

Kampung Nelayan 1, Paka, januari 2009


Kampung Nelayan 2, Paka, Januari 2009




Potret Seorang Wanita

Paka, Januari 2009

Paka 2

Sebuah rumah di tepi pantai, Paka, Januari 2009


Pohon kelapa, Paka, Januari 2009

Paka 1




Sungai Paka, Januari 2009



Di Bawah Jambatan Paka, Januari 2009




Rabu, Januari 21, 2009

Kuala Terengganu 1

Trip ke Kuala Terengganu kali ni bukannya untuk outing mengambil gambar tapi jari gatal-gatal juga... tergerak-gerak meminta klik butang shutter. Jadi saya celah-celahkan masa, mencuri-curi peluang untuk ambil gambar.



Istana Maziah, Januari 2009





Padang Maziah, Januari 2009
Trip kali ni saya juga rasa bertuah kerana team members (bukannya model fotografi) sanggup join sama untuk memberikan pose yang istimewa. Dalam gambar ni mereka terpaksa pose tanpa bergerak selama 10 saat untuk menghasilkan imej yang tajam dan jelas.


Qong xi Fa Cai

Kepada rakan rakan Cina, kami mengucapkan selamat menyambut tahun baru.Jalan jalan diKuala Lumpur akan sunyi dari kenderaan. Hanya kedengaran bunyi mercun dari kuil kuil dan gendangan tarian singa.

Dum dum cheh.. Dum dum ceh..

Sesiapa yang berhajat nak ambil gambar K.L skyline dan bangunan ; inilah masanya sebab tiada pencemaran asap kereta. Tengok nasiblah kalau cuaca terang dan hujan disebelah malamnya. Nampaknya macam bagus saja minggu ni.

Gambarkan.....

(Iskandar)
Gambar ini amat menarik terutamanya cara Sdr Shukor meletakkan sederet tanglung merentasi garis pepenjuru gambar. Ada tiga garis utama disini iaiatu garis tanglung dan garis perspektif bagunan yang merentas hampir selari dengan garia utama iaitu garis tanglung. Dari tadi saya memerhati gambar ini, mencuba untuk meneka kedudukan kamera ketika gambar diambil, kerana pada waktu malam pasti kelajuan pengatup amat perlahan dan saya kira kamera dilekatkan pada kaki tiga atau alat menyokong yang lain.

Jumaat, Januari 16, 2009

Dari dalam kereta - Part 2

Dalam perjalanan ke Alamanda Putrajaya

Sebelum, Semasa & Selepas

05:24:51 - Minum teh tarik kat kedai mamak. Inilah dia supervisor restoran ini di import dari India.

06:14:28 - Ambil gambar apa-apa yang ada disekeliling padang sebelum mula main bola.

06:50:33 - Sempat jugak ambil gambar semasa permainan sedang berjalan.

07:05:46 - Dan ini pula ialah gambar yang diambil selepas tamat permainan.

Rabu, Januari 14, 2009

Senja Dan Jejantas


Dari atas jejantas Kajang Utama,lebuhraya SILK.Agak terlewat mengejar mentari petang.Yg ditunggu tak kunjung tiba.Tiada matahari terbenam.Lewat kelmarin pernah melihat matahari terbenam di sini.Tapi takde kamera pula.Sepatutnya pukul 5.30 petang dah ready dlokasi.Pengajarannya,timing kena betul.

Selasa, Januari 13, 2009

Perbezaan Siang & Malam (cahaya)


MAK YONG - ENDENG TEJELI - D ISTANA PURBA

Pelakun utama - Kiri ( Putra Raja -Endeng Tejeli ) -ASA 200 -Lampu kilat berbalik ( bounce )

Jika ada peluang, cuba gunakan ASA 200 (rendah) untuk kualiti /warna yang lebih baik daripada ASA 800 /1600 dan seterusnya.

Pentas diRaja. ( ASA 1600 ) 1/60 f/8 -Tiada lampu kilat. Lihat warna pudar dan 'noise' yang tinggi. Hitam sudah jadi kurang pekat.

Beraksi dipentas diraja - Istana purba (ASA 800 klj 1/60s f/5.6 + Simbahan Lampu kilat + Lampu spot sediada.

YM Tengku Ismail ( berdiri baju T ) bergambar sama pelakun.

ISTANA PURBA - BAB 2

Gambar 1)

DIANTARA KOLEKSI TERSIMPAN RAPI
KAZANAH BANGSA TAK TERNLAI HARGANYA

Gambar 2)



Gambar 3)



Gmbar 4)
Gambar 5)

KOLEKSI DISIMPAN KERANA SENI
WANG RINGGIT BUKAN UKURAN.

ISTANA PURBA

Gambar 1) Pagi. Pintu gerbang Istana lama.

Koleksi istana purba milik YM Tengku Ismail Tengku Su. Ada empat buah istana bertempat diPura Tanjung Sabtu.



Gambar 2) Petang.

Kami dijemput untuk menyaksikan persembahan Mak Yong disebelah malam diIstana ini. Memang sesuai sekali ia dipersembahkab disini yang mempunyai suasana zaman dahulu kala.

Merasa tidur beramai ramai disalah sebuah istana beliau. Nasib baik tiada peristiwa misteri berlaku.

Gambar 3) Waktu senja.

Persembahan Mak Yong disaksi oleh penduduk kampung, para pelancung dan kenalan kenalan Tengku.

YM Tengku ada memberi perhidmatan homestay kepada pelancung pelancung asing yang berminat untuk merasai bermalam disini. Lazimnya beliau mendapat tempahan melalui lamanweb .

PORA TANJUNG SABTU
MANIR,KUALA TERENGGANU.


Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Link:

Mari kita cari model (Model scouting) -ash

ULANGAN SEBAB HILANG DARI LAMANWEB : MODEL- BAB 1.


GAMBAR 1.


Semasa saya menaip ni hujan renyai renyai jadi seronok cerita pasal model. Selalunya model digunakan untuk pengiklanan.Model maknanya contoh. Fotografi memainkan peranan dengan teknik gaya manja, penataan cahaya dan pelbagai 'idea' dan teknik untuk mempengaruhi orang ramai dan berhayal kealam gambar tersebut. Jika gambar itu berjaya, maka terjualah produk tersebut.

Gambar diatas,model myanmar ini menggayakan baju pengantin untuk seorang jurusolek. Nama model ni Semenise dan masih belum kahwin. Umur baru 17 tahun.Semasa dia datang dia pakai jean dan baju nipis putih.Amboi pinggangnya ramping 26' saja.Tinggi 5'kaki 9 in. Berat badan 55KG.Saya ambil butiran peribadinya ; lebih sesuai iklan baju tidur.Bayangkan....ooh.



GAMBAR 2.

Ini gambar nenek saya Zainab. Dia bukan model komersil. Potret ini untuk tatapan anak cucu nya sahaja. Jika ada orang ingin hidmatnya untuk tujuan berdakwah,apa salahnya. Katanya, memberi kebenaran. 'Gambar nek ni kalau nak tunjuk pada kawan kawan untuk tujuan kebaikan, tidak menjadi halangan, nek benarkan'.

Nenek saya ni,umurnya baru seratus tahun. Alhamdulillah , tidak nyanyuk dan penglihatannya baik.Amalanya hari hari baca Qu ran.Dia gembira, Allah memberinya keseronokan untuk beramal.

GAMBAR 3.


Ini Amir, berumur 14 tahun, berminat dalam bidang fotografi dan modelling.Tinggi 5'9' dan berat badan 55kg.

GAMBAR 4.



GAMBAR 5.

Dia amat berminat dalam sukan lasak dan bercita cita menyertai peserta rally F1 antarabangsa atau motorcross atau drift yang dibenarkan. Anak ini perlu dididik supaya jangan terjebak dalam rempit 3.

Kesimpulan : Mencari model untuk promosi tertentu ada disekeliling kita. Ambil gambar depan, kiri, kanan, medium shot dan long shot. Dari situ permulaan dan kita akan tahu sama ada dia 'photogenic' atau tidak.