Jumaat, Februari 27, 2009
Khamis, Februari 26, 2009
Rabu, Februari 25, 2009
Dalam Bas (Outing ke tempat awam)
Biasanya sebelum mengambil gambar orang dalam bas atau di khalayak ramai, saya akan cuba tarik perhatian mereka dengan memberi isyarat memohon untuk mengambil gambar. Kalau mereka membalas OK (melalui isyarat atau gesture) saya akan mula mengambil gambar.
Soalan yang anak saya ajukan tempoh hari, ketika outing ialah, "Bagaimana nak kenal orang yang akan izinkan ambil gambar mereka?"
Cara yang paling berkesan adalah mulakan perbualan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan apa tujuan outing dan dimanakah gambar tersebut akan digunakan. Kalau orang itu menolak atau mula menunjukkan rasa kurang selesa, berhenti mengambil gambarnya.
Ahad, Februari 22, 2009
Pornnnnnnnnnnn, Mula pancing.
Gbr oleh : Nazir. Tanda permulaan pertandingan memancing Putrajaya. Perasmian oleh presiden Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.Bermula pendaftaran pada pukul 6.oo pagi. Tidak sangka peserta bertambah dari seribu pada tahun lepas kepada seribu dua ratus pada tahun ini. cuaca mendung dan sesekali panas panas suam.
Gambar oleh: Halim .Mula saja pertandingan seorang peserta mula berasap kepala otak sedang mengatur ' strategi '.Gambar ini boleh dapat 'Best candid of the year 09'.Sdr Halim ni memang cekap.OK teruskan.Kawan kawan mesti lawan Halim.Masih ada banyak masa lagi. Jgn bagi dia dapat award tu.
Gambar oleh:A.Shukor.Wow..bergembira dengan tangkapan.
Gambar oleh:Syazmir. Junior ni punya idea pun ok juga.Fokus tidak tepat: Tidak pada objek.Inilah masaalah guna mode 'auto' apabila pembukaan besar dan fokusnya tidak terkawal.Jika pembukaan kecil ia boleh diselamatkan lagi oleh kedalaman medan.Kena latih lagi dengan autofokus dan cara pengawalan yang cekap.
Gambar oleh: Sdr Shazmir - fokus nya tepat.
Gambar oleh:A.Shukor.Membawa keluarga beriadah diTaman dan menambah ilmu tentang ikan.Gambar ini fokusnya tidak tepat pada subjek yang saya kehendaki ia itu pada poster ikan dan bukan pada belakang model.Jika guna autofokus mesti perihatin tentang ini.Lain kali saya pastikan mood 'auto' set pada 'a' f/11.Jika fokus tidak tepat kedalaman medan dapat menyelamatkan keaadaan.Ini lah sedikit gambar yang dapat disiarkan. Nampak nya menarik juga outing kali ini.Semuga berjumpa di outing yang akan datang.
[Iskandar]
Ini gambar yang saya sempat ambil pada hari itu. Intan pun ada banyak shot yang bagus. Kita tunggu posting dari Intan.
Gambar oleh: Iskandar.
Gambar oleh: Iskandar. Tidur kejap.
| Reaksi: |
Khamis, Februari 19, 2009
TERBARU ;]
Untuk gambar terbaru ni saya notis Fyza masukkan elemen grafik. Untuk sessi komentar seeloknya Fyza kurangkan pengubahsuaian supaya kita boleh bincangkan tentang teknik fotografi dan composition.
Kalau boleh, kita dengar apa kata Fyza dulu tentang bagaimana Fyza ambil gambar ni (perkara teknikal). Kalau lihat respons pakcik dalam potret dua gambar teratas, pasti dia orang yang rapat dengan Fyza.
[Iskandar]
Saya pasti Pakcik ni seorang yang amat rapat dengan Fyza. Cara dia merenung Fyza menunjukkan penuh rasa kasih. Dari raut wajahnya juga terdapat penuh dengan pengalaman. Biasanya warga emas dan kanak-kanak menjadi subjek yang menarik untuk potret kerana mereka bebas menunjukkan emosi.
Saya suka kedua-dua potret ni. Potret di atas dikenali sebagai "dead and sholder shot". Ia popular kerana potret sebegini biasanya penuh dah dapat membuang elemen lain yang boleh mengganggu tumpuan gambar.
Cuma, hati-hati dengan kawasan yang Fyza crop. Masa compose jangan terpotong berdekan dengan sendi kerana ia akan menyebabkan subjek kelihatan seperti kudung.
Gambar "head shot' yang Fyza ambil juga menarik. Apa lagi apabila Fyza berjaya gunakan kedalaman medan yang tohor. Subjek nampak jelas dan latar belakang di luar fokus.
Cuma hati-hati masa compose. Gambar yg bawah tu terpototong dagu sedikit.
Saya cuma merasakan Fyza dapat improvekan lagi gambar jika tidak edit menggunakan beza-cahaya yang tinggi. Ini kerana, wajah Pakcik tu lembut. Kalu boleh, lembutkan gambar. Beza-cahaya yang tinggi sesuai untuk orang yang mempunyai wajah yang keras.
[Iskandar]
Hmm... memang rumah ni nampak familiar. Mungkin kawasan Hulu Langat. Pada pendapat saya, editing untuk rumah ni sesuai. Warnanya yang kurang tepu menimbulkan perasaan retro pada orang yang menatapnya. Sesuai dengan subjek. Gambar ini amat sesuai untuk dibingkaikan atau dibuat kad raya. Cara Fyza gunakan pokok di depan untuk bingkaikan rumah tersebut benar-benar menunjukkan kedamaian kampung.
Gelanggangfoto.com
Untuk poskan gambar atau artikel, harap rakan-rakan dapat gunakan label berikut:
komentar -- untuk gambar yang ingin di beri komentar.
galeri -- untuk berkongsi gambar berunsurkan seni.
artikel -- untuk artikel berkaitan fotografi.
Selain dari itu, rakan-rakan juga boleh masukkan label yang lain, misalnya hitam putih, famili, memancing, sabah, dan sebagaimnya. Asingkan label menggunakan tanda koma.
Label dimasukkan ke dalam medan Labels for this post yang terletak dibahagian bawah sebelah kanan borang posting.
Saya juga meminta Sdr Halim dan Nazir merekacipta (design) logo dan banner untuk blog ini.
Salam.
Pertandingan memancing
Mana ikannn?. Gbr ini diambil 1/250s f/16. Menggunakan lampu kilat tambahan 750w (1 unit) Guna payung penpis .ASA200. Tengahari 1.30pm cahaya matahari dari belakang.(Tengok bayang).
Outing pesta pertandingan memancing Putrajaya akan diadakan dipersisiran tasik Presint 1, sebelah masjid Putra pada hari ahad pukul 7pagi hingga 6petang 22hb Feb 09.
Chef chef sedang menunggu hasil tangkapan untuk masakan mereka. Kita jurugambar tangkap gambar sudah lah.Tak busuk.
Saya pun tak pernah ambil gambar pertandingan ni. Sekarang saya cari buku panduan dan layari internet untuk cari ilham:
Saya bayangkan...
1. Perkemahan kaki pancing ditepi tasik. -6 pagi -matahari terbit dan suasana subuh. kemah kemah dan pemancing baru bangun tidur.Sarapan ringkas dan bersedia untuk mendaftar.
2. Mengambil kedudukan / umpan / pancing / Gbr dekat pemancing -penuh harapan dan masih segar.
3) selhoute pemancing /matahari terik. /hasil tangkapan ikan kecil. Muka menunggu.Anak anak bersama memancing.
4) Ada tak pemancing vvip/ awam .saya akan bawa tangga -abl gbr dari atas pemancing menghala ke tasik.
5) Candid - menarik ikan / close-up muka /kekecewaan .close-up muka / kepuasan.
6)Petang - Menunjukan hasil tangkapan ikan besar. Pemenang /Dpt hadiah.Gambar pemenang 1,2,3 dan hasil tangkakan. No 1 mencium ikan tanda kegembiraan.
Itu sahaja yang dapat saya bayangkan. Kita tengok hasilnya nanti.
Persedian:Baju-T putih lengan panjang/topi/Tangga ringan /Kamera /kanta 12mm-24mm /mirror lens/zoom 70mm-300mm/ ooohhh seronoknya kena panas umpama salji...
Isnin, Februari 16, 2009
Pesta Air Putrajaya.15feb09
Inilah kanta cermin 500mm saya. Junior (Shazmir) sedang menggayakannya.Seeloknya ia diletak diatas tripod atau monopod semasa pengambaran. Saya bawa ballhead base.Kanta ini jauh lebih ringan, kecil dari kanta 500mm konvesional.Harganya yang baru lingkungan RM1,800.00 .Sudah tentu penggunaannya pada masa cahaya terang sahaja.Teringin pula nak beli yang baru dan yang ini hendak jual dengan harga RM500.00 sahaja.
Foto oleh Che' Mat :Pasukan kebersihan :Putrajaya bandaraya contoh mengutamakan kebersihan.Disiplinkan pengunjung dan penduduk dengan penguatkuasaan yang mesra.
Tajuk:(Kayuh didarat)Gelagat bakal juara ....Panaskan badan,kendurkan urat. Pasukan dari Terengganu, juara perahu panjang kategori terbuka.
Tajuk : Bye bye. Saya suka gambar ni sebab warna dan objek yang kaku.Latar belakangg gelap menimbulkan objek.Saya dengar dari C.Is , Intan akan muatkan gambar pesta. Sementara menunggu, saya muatkan satu gambar lagi untuk memantapkan kedudukan.Orang orang muda ni hebat hebat.Halim dan Agil dah mula guna ilmu batin.Dah nampak belang tu.
Ilmu batin hanya dibenarkan dihujung tahun ok.
[Iskandar]
Memang mereka hebat hebat belaka. Saya pun dah mula promotekan mereka untuk fine art job. Tunggu respons dari client. Untuk kategori bertemakan action ada beberapa contest sedang berjalan. Kalau berminat, ada antara gambar ni boleh menang. Detail nanti saya bawa kat mesyuarat besok (Feb 18, 09).
Tajuk : Bermuda Triangle of Putrajaya---. Nikon D80-kanta 500mm/mirror f/8-waktu 10.00 pagi 1/1600s f/8.ASA 200.Tengok gambar ni banyak kali dah rasa seram pula.Jadi saya ubah tajuk.Memang kawasan ni selalu berlaku perlanggaran perahu semasa pesta sukan air.
Dah lama benar tak guna mirror lens ni. Ada sedikit kulat pada kanta.Kanta ini sesuai digunakan semasa panas terik.Pembukaannya f/8 sahaja.Sunset dan sukan air laut amat amat sesuai dan effect latar belangnya 'digroig (kalau tak silap ejaannya) jika ada highlight backlight amat menarik.
Perjuangan : Nikon D-50- kanta zoom 70-200mm. 1/3500 f 8 ASA 400.Shadow & sunshine of my sweetheart
Ahad, Februari 15, 2009
Bagaimana ?
[Iskandar]
Saya klik gambar ni untuk view yang lebih jelas, tapi saya dapati gambar asalnyapun agak kecil. Kalau boleh Fyza masukkan gambar asal yang lebih besar. Tak perlu dikecilkan untuk kita view untuk komentar.
Ini pasti akan menimbulkan masalah kerana tangan Fyza tidak akan mampu memegang dengan stabil untuk menghasilkan gambar yang tajam apabila mengambil gambar pada kelajuan pengatu (shutter) yang rendah. Aperture yang rendah memerlukan bukaan shutter yang lama untuk mendapatkan gambar yang jelas.
Untuk selesaikan masalah ini, Fyza perlukan alat pemegang kamera yang stabil. saya syorkan Fyza gunakan kaki tiga (tripod). Kalau gunakan tripod, jangan lupa offkan stabilizer dalam kamera untuk mengelakkan gegaran kerana stabilizer.
Lagipun, jika Fyza gunakan tripod, Fyza boleh tumpukan perhatian pada composition. Gambar ini boleh dibaiki lagi kualitinya kalau Fyza tumpukan pada composition.
[Hafizah] Ape yang boleh diberi komen mengenai gambar diatas? Silalah :] **Model =Zakiah Hamid :]
[Iskandar]
Wah, nampaknya Fyza ada model tersendiri yang menwan dan pandai posing. Oleh kerana Fyza mengambil gambar di waktu malam, saya perhatikan masalah yang sama dengan gambar pertama. Fokus kurang tepat. Mula-mula saya ingatkan disebabkan model bergerak kerana bukaan pengatup yang perlahan, tetapi bila diperhatikan pada tiang, Fyza akan nampak ada double line, menunjukkan kamera bergoyang ketika pengatup dibuka. Elok gunakan tripod.
Kalau Fyza gunakan tripod, gambar akan tetap bergoyang kerana getaran dalaman jika penstabil (stabilizer) dipasang. Jadi, ingat, kalau pasang kamera pada tripod, pastikan stabilizer dipadamkan (off).
Secara keseluruhan kedua-dua gambar ini cantik. Walaubagaimana pun ia boleh diperbaiki mutunya sekiranya Fyza lebih tumpukan pada fokus dan composition. Untuk tujuan tersebut, saya syorkan Fyza gunakan tripod.
Ini contoh gambar yang saya ambil di waktu malam. Kamera dilekatkan pada tripod.
Sabtu, Februari 14, 2009
Komentar Gambar 2
Untuk komentar gambar dari Nidzam, kita pilih gambar pertama terlebih dahulu. Kalau boleh, Nidzam ceritakan bagaimanakah gambar ini diambil. Dan sila masukkan kapsyen untuk gambar tersebut.
[Nidzam]
Salam saudara iskandar. Saya menggunakan iso = 400 shutterspeed = 1/3 s
apperture = /22
lens = 70-200 :f/2.8
gunakan CPL mungkin keadaan berkabus di lens yg menyebabkan gambar blur
harap boleh bg tunjuk ajar
nak gunakan lens yg pendek sikit....kacau dgn pokok2 dan semak yg berhampiran dr tempat saya ambil tu
[Iskandar]
Adakah Sdr Nidzam gunakan tripod atau handheld (dengan antishake), sebab shutter speed amat slow tu tapi gambar sharp? Maklumat tentang tripod tu penting supaya kita boleh bincangkan tentang composition.
[Iskandar]
Ok, ini pendapat saya.
Lokasi ini memang lokasi istimewa. Saudara Nidzam sememangnya amat beruntung kerana dapat menziarahi tempat ni (saya rasa ini ladang teh) kerana gunung yang dipamerkan dalam gambar ni amat besar (massive).
Suasana waktu pagi juga menyebelahi saudara kerana ia menghasilkan bayang yang jelas dan permainan bayang-bayang itu sendiri amat menarik.
Kalau diperhatikan kedudukan awan, ia kelihatan senget, dan tidak benar-benar mengufuk. Ini menyebabkan pandangan pemerhati tidak menterjemah cerun gungng sebagai cerun, hanya sebagai garis mengufuk yang disengetkan kerana point of view yang senget.
Memang agak sukar untuk compose dengan teliti jika mengambil gambar secara handheld. Jika ambil gambar permandangan yang perlu kestabilan dari segi composition, saya syorkan saudara gunakan tripod, kerana apabila kita memasang tripod, kita akan tumpukan perhatian terhadap composition.
Walaupun menggalas tripod ni nampaknya rumit, ia ada banyak kelebihannya. Ia menjadikan kita jurugambar yang lebih teliti.
Begitu juga dengan beza-cahaya (contrast). Lensa yang berkabut telah merosakkan gambar ini. Beza-cahaya gambar ini dapat ditingkatkan dan kesan bayang-bayang yang cantik merentasi ladang teh ini akan dapat dilihat dengan jelas, sekaligus menambah impact gambar ini jika filter berkabut dilapkan terlebih dahulu.
Oleh kerana gambar ini tidak memuatkan langit biru, saya rasakan penggunaan filter circular polarizer hanya merugikan resourse. Ini kerana ia menapis sebhagian dari cahaya menyebabkan saudara terpaksa gunakan iso yang tinggi iaitu dua stop lebih tinggi dari biasa (ISO 400, ISO yang lazim digunakan ialah 100 untuk mendapatkan resolusi meaksima). Ini merosakkan kualiti gambar sedangkan gambar lanskap sebegini elok dicetak besar, dan saudara perlukan resolusi yang terbaik untuk mencetak imej besar berkualiti tinggi. Filter yang lebih sesuai ialah UV atau skylight 1B.
Bagaimanapun, gambar ini masih boleh diselamatkan. Saudara boleh sunting gambar ini untuk membaiki perspektif, dan tambahkan sedikit beza-cahaya.
Kalau inginkan kesan dinamik, naikkan ketepuan warna. Kalau inginkan kesan romantik, kurangkan ketepuan warna.
Walau apapun, Sdr Nidzam adalah antara rakan Gelanggangfoto yang bertuah kerana berada di salah satu negeri yang terindah di Malaysia. Tiada langit yg lebih biru dari langit Banjaran Crocker dan tiada hutan yang lebih hijau dari hutan di sepanjang sungai di lembah tersebut. Keep on shooting.
[Shukor]
Saya nak tanya satu: Ada kah penglihatan pada waktu itu berjerubu seperti dalam gambar sekarang atau lebih menghijau.Jika penglihatan berjerubu, faktor cuaca lah.Jika tidak faktor teknikal seperti cik Is bentangkan.
[Nidzam]
Saya amat menghargai apa yg saudara berdua beritahu.saya mmg menggunakan tripod semasa ambil gambar itu tp semasa itu saya di lereng bukit. Mungkin tripod itu tidak lurus. Saya perlukan tunjuk ajar utk edit gambar itu dlm penyunting gambar kerana kemahiran menyunting gambar saya hanyalah beginner.
[Shukor]
Minimise technical mistake from the beginning (camera work) will safe time on computer. Learning is ok.
[Iskandar]
Gambar yang senget boleh diperbaiki dengan menggunakan arahan rotate. Masalahnya, apabila kita rotate, sebahagian dari bahagian tepi gambar akan terpangkas. Ini amat merugikan kerana ketika mengambil gambar, elemen di bahagian tepi gambar juga amat penting dalam menentukan kejayaan composition tersebut. Apabila terpangkas, mungkin composition asal yang kita inginkan telah rosak.
Gambar yang mempunyai beza-cahaya (contrast) yang rendah boleh diperbaiki dengan menambah sedikit beza-cahaya warna boleh ditepukan menggunakan arahan Saturation. Untuk peringkat awalnya kita akan tumpukan perhatian terhadap teknik ketika mengambil gambar. Dengan kemahiran tersebut kita boleh minimakan masa mengadap komputer untuk memperbaiki gambar.
Untuk kemahiran memperbaiki gambar menggunakan penyunting gambar, mungkin Sdr Halim boleh tolong bincangkan. Ketika membincangkannya, kalau boleh gunakan arahan yang general. Jangan nyatakan jenama kerana kumpulan ini ditujukan pada semua, bukan pada pengguna jenama tertentu sahaja. Elakkan pengiklanan percuma (free advertising).
Komentar Gambar
Untuk komentar, kita ambil gambar pertama dari Intan dulu. Boleh Intan ceritakan bagaimana gambar ini diambil? Dan kalau ingin dimasukkan kapsyen, apakah kapsyen yang akan Intan gunakan? Adakah gambar ini diambil melaui tingkap kereta juga?
Saya menunggu respons Intan, tapi mungkin Intan sibuk ni. Gambar ni sukar sikit untuk diperbaiki ketika on location. Tak kan Intan nak suruh pak belang rapat sikit ke kereta supaya latar belakang dapat di kaburkan.
Cuma yang bugs saya ialah dawai pagar dalam latar belakang. Untuk perbaiki gambar ini, Intan boleh gunakan teknik cloning ketika menyunting gambar untuk buang dawai pagar. Saya harap Saudara Halim dapat jelaskan teknik ini nanti kepada rakan Gelanggangfoto.
Dari pengalaman saya, gambar haiwan really can sell. Saya pasti gambar ini juga saleable. Intan perlu edit sikit untuk improvekan kualitinya, print dan bingkaikan. Untuk permulaan ni, beli sendiri :).
EFFECT_01



'Dragan Effect' teknik ini selalunya digunakan dalam potret untuk menimbulkan tektur dan tone terang/gelap yang ketara. Kemahiran dalam membezakan tone terang, sederhana dan gelap adalah keutamaannya.Tapi seperti kata C. Is "Elok kita fahami setting pada sensor. Pastikan kita tahu apa yang kita mahu. Kalau terpaksa mengadap komputer lama-lama untuk mendapatkan gambar yang kita kehendaki, fotografi tidak lagi menjadi seronok." - harap maklum.







