Generator buatan cina (kuasa 600 w ) yang berharga RM300 ini mampu untuk memberi tenaga kepada 2 lampu kilat -600w - 2 unit.
Posisi lampu kilat.
Gelanggang Foto adalah blog berkumpulan yang memberi ruang untuk ahli pamerkan karya senifoto, kritik hasil kerja senifoto yang diposkan, serta bincang-bincang. Pertemuan bukan sekadar maya, kami bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengambil gambar dan bertukar-tukar fikiran (sambil minum).
Gambar 2- Tanpa menggunakan lampu kilat. Kelajuan 1/30s f/8.
Che Mat sedang memasang lampu kilat 200w dan payung pelantun cahaya.Bagi saya, ada suatu perbezaan yang amat ketara. Orang lain mengambil gambar, imagan hanya tersimpan dalam harddisk komputer, CD, thumbdrive atau kad memory. Jurugambar yang membuat duit, imagan tercetak pada kertas. Lebih banyak duit dihasilkan, lebih besar gambar dicetak. Tidak kiralah gambar digital atau analog.
Sepanjang 28 tahun saya mengambil gambar, satu perkara yang saya pelajari. Membuat duit dengan mengambil gambar tidak hanya bergantung kepada kemahiran menghasilkan gambar sahaja. Itu hanya 10 peratus dari kemahiran sepenuhnya. Yang lainnya adalah kemahiran berniaga, menjelaskan tentang gambar yang diambil, memujuk, menulis, mencari peluang, networking, serta kemahiran sosial yang lain, errr... dan sesetengah jurugambar pula, mengalih, menolak, meyusun semula perabut, dan banyak lagi kemahiran. Kalau nak dikongsi pengalaman, sara rasa secawan kopi tidak cukup. Tanyalah Sdr. Shukor, barangkali 1001 malam pun belum khatam cerita yang akan dipersembahkan.
Yang pasti, beleklah majalah, belek buku teks, selak halaman surat khabar, lihat album kahwin, lihat bingkai yang tergantung di ruang tamu, di bilik hotel, di bilik tidur, belek dompet, perhatikan setem, lihat kad kerja, semuanya ada gambar. Dari anda tamat kelas tadika, hinggalah mendapat ijazah, sebahagian dari wang dibelanjakan untuk gambar. Poster, bunting, sepanduk, menu kedai mamak, menu hotel, menu rangkaian fastfood, semua ada gambar. Katalog jualan murah, katalog jualan langsung, semuanya penuh dengan gambar. Semuanya peluang untuk buat duit. Semuanya sumber rezeki jurugambar.
Oh ya, dan berapa banyak wang yang boleh dihasilkan dengan mengambil gambar? Ada yang jual gambar mahal sedikit dari kacang putih, ada yang jual mahal. Ada yang habis duit gaji beli kamera, ada yang poket tebal jual gambar dan beli kamera lagi mahal guna duit gambar. Ada yang beli rumah, ada yang sewa studio, ada yang mengembara guna duit hasil dari mengambil gambar.
Ada yang menjual gambar kanak-kanak, hingga dua juta setahun pendapatannya, ada yang mati dulu baru gambarnya naik harga (Sebab warisnya lagi pandai meniaga). Untuk yang minat untuk hasilkan gambar seni halus, ini maklumat yang saya boleh berikan; Oktober 2008, Sotheby New York ada lelong gambarfoto senihalus. Ini antara gambar yang terlelong.
Silverprint milik Hiroshi Sugimoto bertajuk Seascapes, USD110,500
Adam Fuss (Untitled/Snake Powder), USD50,000
Lynn Davis (Evening), USD8,125
Claude Cahun (potret sendiri) USD110,000
Irving Penn (Gambar utk kulit majalah Vogue) USD266,500
Helmut Newton (potret Elsa Peretti) USD50,000
Robert Mapplethorpe (Coral Sea) USD80,500
Henry Cartier-Bressan (Potret Man Ray) USD7,500
Henry Cartier-Bressan (Potret Henry Matisse) USD5,250
dan senarai ni kalau diteruskan sampai besok saya terpaksa taip.
Itu di luar sana. Bagimana pula di Malaysia?
Tepuk dada tanya selera.
| Reactions: |

Rumah Mak Saudara, Bukit Kuang. 2001
Maisarah, 2001.

| Reactions: |
Rohayu 22 tahun- Membuat portfolio dengan bayaran RM800.00. Saya sediakan stylist seorang dan beri perhidmatan lima jam fotografi distudio. Imagan lebih kurang 100 dan saya cetak 8R-5 kpg, 35 kpg 4R. 1 album kecil untuk 4R.
Grik 22/3/09-Saya balik kampung lagi. Pagi pagi minggu pergi ke bandar untuk beli sarapan bagi keluarga.Sementara menunggu roti canai, saya minum teh tarik .
Putrajaya 20hb March 09 - Ada dua hari lagi upacara belon panas akan dipertuntunkan.Ia diadakan disebelah pagi pada pukul 10am dan disebelah petang pada pukul 5pm. saya tidak berpeluang untuk memperbaiki gambar pada hari tersebut kerana ada tugas lain.
Persoalan timbul daripada rakan wartawan pelatih perempuan : kamera apa yang saya harus beli dengan peruntukan kewangan RM 2,000.00.Namanya Nani dan saya Ekot.| Reactions: |