Selasa, Jun 30, 2009
Glosari Gelanggangfoto: Dodging
1. mengurangkan nada bahagian tertentu dalam imej ketika mencetak gambar menggunakan pembesar (enlarger) dalam bilik gelap dengan menyekat cahaya.
2. menambah nada bahagian tertentu dalam imej mengggunakan perisian penyunting gambar.
Isnin, Jun 29, 2009
Fotografi Panorama, Bahagian 15
Imej Panorama Jalan Tun HS Lee ini dihasilkan dari 4 imej yang sepadan. Terdapat lebih dari 20 imej yang diambil untuk panorama ini tetapi tidak digunakan kerana tidak sepadan.

| Reactions: |
Fotografi Panorama, Bahagian 14
Imej panorama ini dihasilkan dari kumpulan 12 imej yang diambil menggunakan kamera dalam kedudukan potret. Pintu gerbang subjek utama dari pandangan saya ketika mengambil gambar adalah simetri. Keduduan kamera serta erotan imej menyebabkan ia kelihatan senget sedikit. Begitu juga garis bata pada laluan pejalan kaki kelihatan bengkok di bahagian bawah pintu gerbang.

Imej ini lebih mudah diambil kerana tiada banyak kenderaan. Pejalan kaki tersebut menambah impak imej panorama.
Perhatikan jalanraya di sebelah kiri dan kanan imej. Ia sebenarnya adalah jalanraya yang sama. Imej utama dituju ke arah laluan pejalan kaki di sepanjang sungai. Kalau saya berada di seberang jalan, ia tidak akan kelihatan seperti dua jalan yang berlainan. Ini menunjukkan kedudukan kamera amat penting ketika mengambil gambar untuk panorama.
| Reactions: |
Fotografi Panorama, Bahagian 13
| Reactions: |
Smile!


Laaa... kenapa ni masam aje, senyum la sikit macam 'makwo' tu...!
Risau bila tengok anak-anak yang biasanya tak pernah diam dududuknya..tiba-tiba muram dan silu je! Sakitkah dia atau demamkah dia? Maklumlah cuaca dan fenomena sekarang berubah-ubah. Hari ini o.k besoknya dah k.o. Kalau anak-anak kena sindrom begini kena cepat buat tindakan, kalau perlu bawa ke klinik, ayuhlah! Bukan rugi apapun 'prevention is better than cure' kata-kata bestari dari sepupu aku yang dok kat Kedah nu!
Tapi kalau dah macam ni....haaaa aktifnya sampai tak menang tangan. Seminitpun belum pasti dia duduk diam. Menghiburkan kalau dapat tengok 'lesung pipit' dia. Ah! Puas rasa hati...
C. Is, bro. Syukur dan sifu-sifu foto semua saya ada sedikit kemuskilan, kenapa warna gambar ini berbeza warnanya padahal masa shoot tu tak jauh jarak masa dia. Exif dia pun lebih kurang je?
Untuk makluman, gambar senyum tu saya snap, ketika ada sedikit pergerakan dan gambar yang awal tu dia cool tak ada pergerakan . Mungkinkah pergerakan itu yang mempengaruhi WARNANYA?
Fotografi Kanak-kanak, Bahagian 26
Pamerkan elemen yang menjadi bahan cerita dalam gambarfoto tersebut. Yang lain-lain, keluarkan dari gambar.
Jika anda rasa susah untuk ringkaskan gambar, cara yang terbaik ialah bergerak dekat pada subjek utama. Zum pada wajah, tangan atau kaki.
| Reactions: |
Glosari Gelanggangfoto: Burning
Membakar,
1. menambah nada (menggelapkan) bahagian tertentu dalam imej ketika mencetak gambar menggunakan pembesar (enlarger) dalam bilik gelap.
2. menambah nada (menggelapkan) bahagian tertentu dalam imej mengggunakan perisian penyunting gambar.
| Reactions: |
KL Marathon, 2

| Reactions: |
Ahad, Jun 28, 2009
Anak-anak - How do you feel when you observe these photographs?
| Reactions: |
KL Marathon
| Reactions: |
Sabtu, Jun 27, 2009
Fotografi Kanak-Kanak, Bahagian 25
"How do you feel when you observe these photographs?"
Perkataan "feel" ditekankan.
Cara terbaik untuk belajar tentang gubahan gambar adalah dengan memfokuskan pada perasaan apabila merakam imej. Apakah yang anda kanak-kanak yang menjadi subjek utama merasa ketika imej dirakam? Perasaan yang bagaimanakah yang anda ingin tonjolkan dari kanak-kanak tersebut?

Kata kunci yang anda gunakan mungkin seperti berikut.
gembira
bebas
bersyukur
sedih
marah
bosan
malu
tegas
kecewa
rimas
...
| Reactions: |
KL Marathon
Glosari Gelanggangfoto: Buffer
Penimbal, Memori dalam kamera yang menyimpan imej digital sebelum ditulis ke kad memori.
Jumaat, Jun 26, 2009
Senjakala
Fantasi- Kadang kadang terfikir, jika saya boleh terbang dalam satu hari satu jam, saya akan terbang pada waktu matahari terbenam. Besoknya diwaktu matahari terbit.Saya akan bawa video h/p dan rakamkan - Di sebelah malam, tayangkan pada rakan rakan dengan menggunakan big screen sambil minum minum dan makan kacang.
Khamis, Jun 25, 2009
4W Cart
Saya ambil gambar ini di Port Dickson. Saya terbaca dekat Mingguan Malaysia, Cart ini ada disewa di hutan Kemensah. Bagus juga kalau kita outing kesana satu hari nanti. Boleh sewa dan pandu sendiri ke dalam hutan Kemensah.
Taman Botani-peranan warna baju
Sumbangan Pelajar
1) Gambar oleh Ezza.| Reactions: |
Fotografi Kanak-Kanak, Bahagian 24
Imej yang mempunyai gubahan gambar yang elok akan terserlah jika diletakkan dalam satu kumpulan gambar snapshot.
Apakah perbezaan antara gambarfoto yang berjaya dengan snapshot biasa?

Ada banyak faktor yang menyebabkan sesebuah gambarfoto kelihatan terserlah; objek, latar belakang, pencahayaan, ...
Faktor yang paling utama ialah gubahan gambar atau composition. Mengapakah gubahan gambar paling penting dalam fotografi kanak-kanak?
Gambar yang dapat menarik perhatian terus kepada subjek utama (kanak-kanak) adalah gambar yang berjaya.
Gambar snapshot lazimnya bercelaru. Terlalu banyak elemen disumbat ke dalam imej. Jadi, sebelum mengambil gambar, perhatikan latar belakang. Jangan fikir untuk ubahsuai kemudian dengan menggunakan komputer. Pastikan gambar elok ketika diambil.
| Reactions: |
Rabu, Jun 24, 2009
Bermain-main dengan cahaya semulajadi di waktu pagi

Selepas membaca artikel Cg Is pada minggu yang lepas berkenaan dengan cahaya semulajadi diwaktu pagi dan kebetulan saya berada di perpustakaan yang disinari cahaya suria sore.saya pun mencuba-cuba...sepatutnya untuk gambar anak-anak...olehkerana anak tidak ada pada masa itu, saya pun mengambil gambar sendiri...Jangan ketawakan...saya ni memang suka ambil gambar sendiri tapi bukan syok sendiri...betul kata Cg Is dengan sinaran cahaya pagi mood kita dalam gambar nampak lain....
Siapa boleh "explain"?
Galeri rakan Gelanggangfoto
Glosari Gelanggangfoto: Tonal Range
Julat nada. Julat nada adalah jarak antara nada cerah dan nada gelap dalam imej (digital) yang lazimnya digunakan untuk menjelaskan nada dalam julat dinamik ketika menggunakan perisian penyunting gambar.
| Reactions: |
Produktiviti Photografi Contest 2009
Tema: Persekitaran Kita, Masa Depan Kita
Untuk maklumat lanjut sila ke laman berikut:
http://www.fujifilm.com.my/eprint/v3/LatestNews/photography_contest/index.asp
http://www.mpc.gov.my/
Selasa, Jun 23, 2009
Gallery Pentax
http://www.pentaxphotogallery.com/
| Reactions: |
Sehari di Sg Congkak
Susahnya nak nyalakan api....camni lah orang dulu masak..,,,,
Ini adalah masa berkualiti saya dengan anak-anak semasa cuti sekolah yang lepas..kami pergi ke Sungai Congkak pada wak tu pagi dan balik waktu petang...pondok/dangau/chalet di sediakan untuk disewa sekiranya pengunjung-pengunjung ingin lebih selesa..sewanya rm20 sahaja.....Saya amat seronok kerana dapat mengajar anak-anak menyalakan api dan membuat BBQ...
Kami Berempat
Photo shoot model
Dah lama saya tak masuk ke gelanggang ni. Ini adalah gambar yang saya ambil ketika menyertai satu photoshoot bersama model anjuran salah sebuah jenama kamera yang terkenal. Sila berikan komentar anda. Tema photoshoot ini ialah "Sexy Girls, Fast Cars". Jangan la anggap saya ni gatal pulak....ini adalah salah satu cara kita meningkatkan skill fotografi kita. Banyak yang saya dapat belajar daripada sifu di sana.















