Pengikut (ada kelebihannya)

Ahad, Ogos 30, 2009

Merdeka 2


salam bahagia. Pertamanya mohon kemaafan kerana jarang singgah dan jarang postkan apa-apa gambar terbaru di sini. Kedua, saya sudah kehilangan semua link di blog saya menyebabkan saya tidak mendapat apa-apa maklumat tentang berita terkini.

Alhamdulillah, saya masih lagi teringat gelanggangfoto.com yang merupakan tempat rujukan saya mengenai fotografi. Sekilas membelek gelanggangfoto, saya mendapati gambar sifu shukor telah mengibarkan Jalur Gemilang sebagai menyahut cabaran bulan Merdeka.

Gambar di atas adalah gambar yang diambil tadi pukul 2.30 petang di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Dengan matahari yang rembang di atas kepala, saya mengandaikan gambar pasti terang dan cantik. Apa yang saya tambah hanyalah border hitam di atas dan bawah. Bagi sesiapa yang berminat untuk datang ke Kuala Terengganu untuk sesi 'outing' dan 'shooting', silalah berbuat demikian dan jangan lupa hubungi saya. Semoga dengan fotografi kita akan dapat menjalin hubungan yang baik sesama kita. Salam hormat dari saya. -Lutfi Lokman.

Sabtu, Ogos 29, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apa itu Merdeka.Besok 31 Ogos 2009 ialah hari sambutan kemerdekaan bagi negara Malaysia yang ke 52 tahun dari penjajahan. Malaysia terus makmur.

Menyusur Sungei

Bunga liar
Mata air yang jernih

Batang pokok dan ranting yang hanyut.


Tapak tapak manusia.

Inilah koleksi terbaru saya diambil di hutan Ulu Temenggor bulan lepas.

Khamis, Ogos 27, 2009

Hujan...

Ubahsuai jika perlu (Digital touch-up)

Sebelum diubahsuai
Selepas ubahsuai.
Buah buahan memang susah hendak cari yang cantik bersih tanpa bintik bintik hitam dan calar balar. Jadi terpaksalah diubah suai (digital touch up ). Hendak 'touch up' gambar ini pun memakan masa lebih empat jam. Sakit jejari dan urat mata.
Dikolej dulu, tambahan pula pada era filem kami dilatih : buat yang terbaik disudut lensa dan jangan sekali kali berfikir untuk mengubah (retouch).Setelah selesai jika ada kekurangan dan ada benda yang boleh diperbaiki mutu gambar maka barulah bermula langkah pengubahsuaian.

B&W

SALAM PERKENALAN

ASSALAMUALAIKUM.
SALAM RAMADAN.
NAMA SAYA : YUSMAN
PEKERJAAN : EDUCATION
ASAL : SEREMBAN
UMUR : 36THN
KAMERA : SEDIH.... BELUM ADA DSLR LAGI... CONFUSE NAK BELI JENIS YANG MANA. NIKKON, CANON ATAU SONY...(MAHAL tu). GUNA KAMERA DIGITAL COMPACT JE...BRAND PANASONIC.
MINAT AMBIK GAMBAR CANTIK2 NIE...TP MODAL LUM CUKUP LA... SEBAB TU DOK STUDY KAT INTERNET NIE...
KAT LAMAN NIE SY RASA SESUAI SGT KERANA ADA PRO, ADA AMATUR, ADA JUGA ORG BARU AMBIK GAMBAR MCM SAYA NIE. KOMEN MEMBINA. BANYAK ILMU.
TERIMAKASIH KERANA BAGI SAYA JOIN BLOG NI.
TP CANON CAM BEST JE. ADVISE PLEASE. THANKS.

*p/s.. nak tahu lebih pasal composition (komposisi) ketika mengambil gambar.

Durian HDR

Gambar yang diambil di dusun rumah mertua saya yang dimana ianya telah di edit dengan teknik HDR. Secara ringkasnya teknik ini dilakukan dengan mengabungkan 3 situasai gambar berlainan pencahayaan dari terang, serdahana terang dan agak gelap. Ini pun baru belajar teknik ini nampak mcm ok jugak hehehe. By the way untuk rakan-rakan silalah komen.

Sekawan siput

Lokasi pantai Teluk Sari Endau Mersing

Butiran pasir pantai

Lokasi pantai Teluk Gorek Mersing

Macam cerita PRamlee daa

Menunggu untuk membasah tekak.

Alam harmoni 2

Lokasi Hutan Lipur Gunung Arong Mersing

Rabu, Ogos 26, 2009

Selera Ramadhan

Artikel ini di alih ke http://iskandar63.blogspot.com kerana ia tiada kaitan dengan fotografi.

Bunga Larangan

Bunga di lokasi lapang sasar berhampiran kem tentera di Kluang Johor

Lost World

Lokasi pulau di hadapan tempat saya bertugas.

Bunga-bunga cinta

Bunga di lokasi taman tempat saya bertugas.

Salam Perkenalan Buat Semua

Salam buat semua rakan blog, terima kasih kepada tuan moderator yang sudi terima saya ke dalam blog ini untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam dunia fotografi.

Nama : Mohd Nasir B. Mat Noor
Asal : Kedah D.A
Umur: 32 tahun
Perkerjaan : Pembantu Kesatria S17 (jurulatih PLKN)
Kediaman : Endau Mersing JOHOR
Lama dalam fotografi: Baru 1 tahun (Betul-betul terlibat)
Camera : Masih menggunakan digital kamera sebelum beralih ke DSLR
Harapan : Moga mendapat komen berguna dan membangun untuk saya dalam dunia seni fotografi.

Begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsi dengan rakan-rakan tentang diri saya.

Selasa, Ogos 25, 2009

Foto Buahan Tempatan.

Buah Mangga Cukannan

Buah Belimbing.

Mengambil gambar buahan tempatan bagi saya rumit. Jika diberi pilihan diantara kayu atau produk plastik dan besi sudah tentu saya tidak memilih buah. Ia kelihatan mudah tetapi anda patut cuba.

Rumit :

1) Memilih buah yang tiada cacat kulit dan bentuk serta warna yang semulajadi.

2) Tidak boleh tunggu lama setelah membelinya. ( Diantara 24 jam jika disimpan ditempat dingin )

3) Setelah disusun, buah yang hendak dipotong mesti guna pisau yang tajam dan diambil
gambar dengan segera supaya ia tidak kelihatan lebam.

Rakan Baru

Salam untuk rakan-rakan semua. Sebagaimana yang rakan semua lihat, kita ada beberapa orang rakan baru isitu Sdr Yuss dan Sdr Nasir. Saya harap Sdr Yuss dan Nasir dapat perkenalkan diri supaya rakan-rakan lain. Cerita sedikit tentang bagaimana tersangkut dengan fotografi.
Oh ya, sila teliti juga cara posting. Untuk label posting, selain dari keyword yang berkaitan dengan gambar, masukkan juga antara keyword berikut; artikel jika poskan artikel, galeri jika ingin pamerkan hasil kerja, dan komentar jika minta rakan lain komen gambar.
Untuk komen, berikan komentar yang membina sahaja. Komen-komen bergurau pun boleh sebab rakan Gelanggangfoto ramah belaka. Komen politik dan isu sensitif adalah "no no" di blog ini.

Periuk kera

Satu Malaysia

Alam yang harmoni

Isnin, Ogos 24, 2009

Panas sikit hari ini.

Selain kurma, banyakkan makan buah buahan tempatan.

Warnanya sengaja saya lebihkan kuning, supaya anda semua yang melihat dibulan puasa ini jadi pening lalat.

KAKTUS DAN KEMBOJA



Gambar yang baru diambil dari laman rumahku. Adakah bersesuaian dengan teknik makro?

Ahad, Ogos 23, 2009

Halwa mata tambah pahala

Nasi bungkus ikan pekasam.
Kari daging kawah.

Ha ha..sesiapa yag buka gelanggang foto tengah tengahari ini, rasakan perasaan menggoda anda. Jika iman anda kuat, maka pahala bertambah. Selamat berpuasa.


Jumaat, Ogos 21, 2009

Salam Ramadhan

Konsep Gubahan Imej (Bahagian 6)

Ketika merakam imej, anda mungkin terfikir,
"Mengapa aku nak rakam imej ini? Apakah tujuan aku merakam imej?"
Kemungkinan besar anda merakam imej kerana diupah untuk berbuat demikian. Mungkin juga kerana anda ingin berkongsi pengalaman.
Anda mungkin ingin tunjukkan pada semua orang apakah sebenarnya yang telah berlaku. Dan mungkin kerana amat sukar untuk dijelaskan hanya dengan kata-kata.
Gubahan adalah proses mengenalpasti serta menyusun elemen untuk menghasilkan imej yang jelekit, atau berkesan. Setiap perkara yang ada dalam imej membentuk gubahan.
Mengggubah imej adalah seperti belajar mengayuh basikal. Pada mulanya anda akan terhoyong-hayang kerana cuba mengimbang basikal, memegang handle dan menggatih. Selepas mahir, basikal tidak lagi terhoyong hayang. Proses menggatih dan memandu menggunakan handle semuanya berlaku secara tidak sedar.
Orang bertindakbalas terhadap imej sama seperti melihat perkara sebenar. Ia suatu yang amat berkuasa. Lihatlah sendiri betapa pandangan manusia terhadap sesuatu perkara berubah kerana sekeping gambar. Misalnya, gambar orang melapah ikan paus menimbulkan kemarahan sehingga pemburuan ikan paus diharamkan di seluruh dunia. Imej anak Palestin mati dibom menyebabkan seluruh dunia mengecam kekejaman zionis, imej orang hitam ditindas rejim apartheid menyebabkan seluruh dunia meminta orang berkulit hitam dilayan sama rata.
Jika anda ingin belajar dan faham tentang gubahan dengan lebih mendalam, anda perlu kaji imej yang berjaya dengan lebih terperinci. Setiap bahagian dalam imej tersebut perlu dipecahkan kepada elemen asas iaitu garisan, bentuk, form (bentuk tiga dimensi), tekstur, pola dan warna.
Ini saya kira kita belajar dengan bermula dari belakang kerana gubahan adalah hasil gabungan elemen tersebut, bukannya pecahan.
Masalahnya, ketika menggubah gambar, elemen tersebut tidak terasing secara semulajadi. Anda perlu membuat keputusan, mengasingkan elemen tersebut secara mental dan menggabungkannya semula. Di sinilah proses menggubah bermula.

Khamis, Ogos 20, 2009

Bunga rumpai depan rumah 2 (makro)

Bunga Lalang

Bunga rumpai depan rumah (makro)


Zzzzz...





Zzzzz... zzzz... zzz... tidur dah...

Zoo II




Zoo

Focal Length : 200mm
F/Number : F/11
Exposure Time : 1/1000sec

Rabu, Ogos 19, 2009

Kedalaman Medan (Depth of Field)

Masalah apabila memfokus secara manual adalah menentukan kedalaman medan. Ini kerana ketika memfokus, lensa dibuka secara maksima, jadi ketika itu kedalaman medan adalah minima. Apabila dirakam imej, barulah diafram lensa ditutup mengikut setting bukaan lensa. Masalahnya, lensa baru tidak mempunyai skala kedalaman medan. Sukar untuk menentukannya kecuali dengan menekan butang previu kedalaman medan (depth of field preview button).

Jadual berikut boleh dijadikan panduan untuk menentukan kedalaman medan. Klik pada imej untuk lihat nilai dengan jelas.


Komposisi 1...

Komposisi 2...

Komposisi 3...

Selasa, Ogos 18, 2009

Latihan senyum

Masing masing mesti nampakkan gigi walaupun diri sendiri terasa kurang selesa. Ini adalah satu latihan jika mahu menjadi model. Menampakkan gigi tanda keceriaan.Image kejayaan seterusnya keriangan adalah senjata untuk menjual sesuatu produk.

Shooting di zoo





Salam semua. Ini adalah sebahagian daripada hasil shooting bersama sebahagian daripada rakan GF. Sila beri komen anda. Banyak gambar action yang saya cuba ambil tetapi out of fokus