Untuk maklumat Gelanggangfoto sertai senarai e-mel
Masukkan nama dan e-mel di bawah:
Nama:
E-mel:
Langgan Batal Langganan
Selepas isi borang ini perlu klik pada pautan (link) dalam e-mel yang diterima untuk pengesahan. Selagi anda belum sahkan, e-mel anda tidak tersenarai dalam mail list. Kalau tiada e-mel dalam inbox cuba cari dalam Spam box, mungkin e-mel termasuk ke situ kerana e-mel dihasilkan secara automatik.

Pengikut (ada kelebihannya)

Menunjukkan yang terbaru 46 daripada 64 catatan dari 09/01/2009 - 10/01/2009. Tunjukkan catatan yang lebih lama
Menunjukkan yang terbaru 46 daripada 64 catatan dari 09/01/2009 - 10/01/2009. Tunjukkan catatan yang lebih lama

Rabu, September 30, 2009

Sunset - Raya Ke 4 (2)




Sunset - Raya Ke 4 (1)




Fotografi Panorama, Bahagian 17

Fotografi Panorama Tanpa Tripod



Untuk merakam imej panorama, rakan perlu lebih teliti ketika menggubah imej kerana imej tersebut akan digabungkan dengan imej lain. Untuk memudahkan kerja, elok rakan pasangkan kamera ke kaki tiga atau penstabil yang lain. Memegang kamera dengan tangan bukanlah suatu perkara yang mustahil tetapi ia memakan masa ketika menggabungkan imej nanti. Sekiranya rakan terpaksa merakam imej tanpa tripod, elok rakam imej lebih dari biasa supaya dapat memilih imej terbaik untuk digabungkan. Imej panorama berikut dihasilkan dengan menggabungkan 5 imej. Walaupun sisi imej tempat digabungkan agak jelas kelihatan, inilah yang terbaik yang saya dapat hasilkan.



Selasa, September 29, 2009

Beri Senduduk dan Lalat Buah


Isnin, September 28, 2009

Ultraman Singgah di Ganu

"Bukti" Ultraman pernah singgah di Kuala Terengganu untuk melawan raksasa. Runtuhan ni nampak kecil tetapi sebenarnya amat besar. Lihat saiz kereta sebagai rujukan skala. Mujurlah tiada orang.

Saya rakam imej-imej ini tanpa tripod. Cabarannya ialah saya ingin gabungkan imej tersebut menjadi imej panorama. Telah mencuba menggunakan beberapa perisian panorama tetapi gagal. Ternyata membina imej panorama tanpa tripod suatu kerja yang membazir masa.

Setting Dedahan Imej Bulan

Ada rakan bertanya, kalau ada lensa zum seperti milik Nazir tu memang senang untuk rakam imej bulan dengan dedahan yang sempurna kerana saiz bulan besar dan mudah untuk membaca meter spot. Bagaimana kalau saiz bulan kecil kecil dan gunakan kamera manual atau kurang ciri meter.

Rakan tidak perlu risau. Merakam imej bulan dengan dedahan yang sempurna amat mudah dan tidak perlukan peralatan yang canggih. Cahaya bulan adalah cahaya matahari juga. Cahaya yang anda nampak adalah hasil cahaya matahari yang dipantulkan oleh bulan. Anda boleh gunakan dedahan biasa di siang hari (dedahan di luar dalam cahaya matahari) sebagai asas. Jadi, kalau langit tidak berawan, rakan boleh gunakan petua berikut sebagai panduan.

Pada ISO 50, gunakan bukaan f16 pada kelajuan pengatup 1/60s. Bulan akan kelihatan jelas dan subjek lain akan kelihatan gelap. Kalau kurang pasti, rakam beberapa imej. Tambahkan dedahan, misalnya f/11 dan f/8 pada 1/60s atau kurangkan dedahan, misalnya f/22 pada 1/60s.

Kalau gunakan ISO100, gunakan kelajuan pengatup 1/125s. Kalau gunakan ISO200, gunakan kelajuan pengatup 1/500s.
Itu kalau bulan penuh. Kalau bulan 3/4, tambah 1 stop. Maksudnya, kalau kelajuan pengatup asal 1/60s, gunakan 1/30s. Kalau bulan separuh, tambah 2 stop atau kelajuan pengatup 1/15s. Kalau bulan sabit, tambah 3 stop atau 1/8s. Atau gunakan setting sama, cuma gamndakan ISO, dari 50 ke 100 (1 stop), ke 200 (2 stop) dan 400 (3 stop).
Anda boleh gunakan lensa sudut lebar, tidak menjadi masalah.

Di Bulan Syawal


Buat rakan-rakan 'GelanggangFoto' rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin untuk semua.

Gadis Cilik di Ampaian

Teluk Rimba Selepas Subuh

Bangau Kecil (Little Egret)

Ruak-ruak(White-breasted Waterhen)

Sualo Batu(Pacific Swallow)

Itik Belibis(Lesser Tree-Duck)

Pekaka Belukar(White-throated Kingfisher)

Sepasang Burung Tiong

Teratai 1

Teratai

Sawah di Teluk Rimba

Ahad, September 27, 2009

Pokok Tapak Kuda, Pantai Batu Rakit




Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO):
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa:
Kelajuan Pengatup:
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu:
Tarikh:
Penyunting: Google Picasa

Bot Biru di Tanjung


Bot di belakang rumah Datok mertua. Baru lepas hujan, jadi langit betul-betul biru.


Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO):
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus):
Bukaan Lensa:
Kelajuan Pengatup:
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu:
Tarikh:
Penyunting: Google Picasa

Bot di Tanjung


Bot di belakang rumah Datok mertua. Baru lepas hujan, jadi langit betul-betul biru.


Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO):
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): Bukaan Lensa:
Kelajuan Pengatup:
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu:
Tarikh:
Penyunting: Google Picasa

Pantai Tanjung, Kuala Terengganu


Bot di belakang rumah Datok mertua. Baru lepas hujan, jadi langit betul-betul biru. Bila tembak hitam putih dinamik, beza-cahaya (contrast) di tinggikan oleh kamera secara automatik. Kesan seperti menggunakan penyaring oren.


Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO):
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus):
Bukaan Lensa:
Kelajuan Pengatup:
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu:
Tarikh:
Penyunting: Google Picasa

Batu Rakit


Pantai di depan rumah mertua. Masih belum tercemar.

Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 21mm, setara 42mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/20
Kelajuan Pengatup: 1/50s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 9:00am
Tarikh: 22 Sepetember, 2009
Penyunting: Google Picasa

Tanjung, Kuala Terengganu




Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100, kecenderungan dedahan +0.7
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 14mm, setara 28mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/20
Kelajuan Pengatup: 1/25s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 4:06pm
Tarikh: 21 September, 09
Penyunting: Google Picasa, filtered BW

Pantai Tanjung, Kuala Terengganu




Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100 dengan kecenderungan dedahan +0.7 stop
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 14mm, setara 28mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/3.5
Kelajuan Pengatup: 1/1000s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 3:55pm
Tarikh: 21 Sept 09
Penyunting: Google Picasa, kesan Soft Focus

Pantai Batu Rakit




Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO):
Filem: BW, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa:
Kelajuan Pengatup:
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu:
Tarikh:
Penyunting: Google Picasa

Perahu, di Pantai Batu Rakit




Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO):
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa:
Kelajuan Pengatup:
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu:
Tarikh:
Penyunting: Google Picasa

Di Belakang Rumah Ibu Mertua



Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/8
Kelajuan Pengatup: 1/200s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 8:26am
Tarikh: 23 September 09
Penyunting: Google Picasa

Di Belakang Rumah Datok Mertua

Ini salah satu dari kekuatan lensa Leica. Cahaya seolah-olah disaring walaupun tanpa menggunakan penyaring pempola. Awan kelihatan timbul dan langit kelihatan lebih gelap.

Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100, kecenderungan dedahan +0.7 stop
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 14mm, setara 28mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/3.5
Kelajuan Pengatup: 1/4000s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 3:57pm
Tarikh: 21 September, 09
Penyunting: Google Picasa

SALAM 1SYAWAL 1430H/2009







MAAF ZAHIR BATIN.



Terkesima dengan keindahan dan kesenian Masjid baru PANCHOR JAYA di Negeri Sembilan. Hanya berbekal kudrat yang sikit tanpa tripod, dan dengan pengatup yang tinggi (iso:1600) saya memberanikan diri mengagah mana yang sempat untuk satu pengalaman bermakna di pagi Aidilfitri bersama dSLR.

Sabtu, September 26, 2009

Puteri, Kali Pertama di Pantai



Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/8.0
Kelajuan Pengatup: 1/160s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 8.33am
Tarikh: 23 September 09
Penyunting: Google Picasa

Di Tepi Pantai




Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/11
Kelajuan Pengatup: 1/400s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 8.34am
Tarikh: 23 September 09
Penyunting: Google Picasa, filtered BW

Beri, Di Kawasan Pantai

Buah Bebusuk


Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/7.1
Kelajuan Pengatup: 1/125s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 12.27pm
Tarikh: 23 September 09
Penyunting: Google Picasa

Biji Herbal




Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/8
Kelajuan Pengatup: 1/160s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 12.33pm
Tarikh: 23 September 09
Penyunting: Google Picasa

Muhammad, Bermain Pasir Pantai

Muhammad



Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: BW dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/7.1
Kelajuan Pengatup: 1/125s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 8.34am
Tarikh: 23 Sept 09
Penyunting: Google Picasa, soft focus effect

Senduduk

Senduduk

Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/4.5
Kelajuan Pengatup: 1/50s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 12.50pm
Tarikh: 23 Sept 09
Penyunting: Google Picasa

Herbal di Tepi Pantai


Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100, tiada kecenderungan dedahan
Filem: coour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/8
Kelajuan Pengatup: 1/160s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 12.37pm
Tarikh: 23 Sep 09
Penyunting: Google Picasa, ketepuan dan ketajaman dilaraskan

Aidil Fitri, Permulaan untuk Perdamaian

Ikan Pelaga di Aidil Fitri
Betul juga kata Sdr Shukor, Hari Raya bukannya hari untuk bertelagah. Jangan jadi seperti kucing di tepi rel keretapi di sungai petani. Jadilah seperti ikan pelaga. Walaupun resam pelaga bergaduh sesama sendiri, imej ini menjadi bukti, ikan pelaga pun boleh berdamai. Walaupun sisek berlainan warna, satu kolam boleh juga berkongsi makan. Inikan pula kita manusia.
Imej dirakam di kolam pembiakan ikan pelaga milik adik saya di Kemaman. Kepada rakan yang inginkan ikan pelaga bermutu tinggi yang tahu berdamai, silalah ke Kemaman. Cari adik saya, saudara Ahmad Fuad di Gong Limau. Ikan pelaga hasil ternakannya sudah tersohor.


Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100, kecenderungan dedahan -0.7 stop
Filem: Colour, normal
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/3.5
Kelajuan Pengatup: 1/50s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi, diisi dengan lampu kilat dalaman
Waktu: 10:47am
Tarikh: 24 September 09
Penyunting: Google Picasa



Cendawan

Cendawan, Pantai Batu Rakit
Untuk merakam imej makro ketika pulang berhari raya, saya tidak membawa peralatan khas kerana tidak merancang untuk merakam imej makro. Walaupun saya hanya cover kawasan dengan berjalan selama 5 minit, alangkah banyak tumbuhan dan cendawan yang berguna yang ditemui. Kalau coral mushroom yang sememangnya enak dan dijual dengan harga tinggi di pasaraya, di sini ia tumbuh melata. Tiada yang mengutip. Ilmu itu penting. Anak saudara ada yang bertanya, macamana nak kenal mushroom yang boleh dimakan. Saya pesan, "Gi sekoloh dulu, belajor pasal kulak, pastu makang ah biar kenyang. Sementara tu, Ayoh Long jer bulih makang, sebab Ayoh Long jer gi skoloh belajor pasal kulak".

Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100, tiada kecenderungan dedahan
Filem: colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/9.0
Kelajuan Pengatup: 1/250s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 12:40pm
Tarikh: 23 Sept 09
Penyunting: Google Picasa, ketepuan dan ketajaman dilaras.

Tebar Mek, Tebar

Di Kemaman, gadis tempatan menebar roti canai adalah suatu yang lumrah. Roti yang dihasilkan juga enak. Tiada waswas.


Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: BW Dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm, setara 70mm dalam kamera filem 35mm
Bukaan Lensa: f/5.6
Kelajuan Pengatup: 1/80s
Penstabil/kaki tiga: Tiada, dipegang
Pencahayaan: Semulajadi, tiada lampu kilat
Waktu: 9.16am
Tarikh: 24 sept 09
Penyunting: Google Picasa

Pelangi

Fotografi: Maisarah Ainul Diana, 13 tahun.
Ketika pulang ke Kemaman dari Kuala Terengganu pada 24 September, kami dihadiahkan dengan pelangi yang amat indah ketika merentasi Daerah Marang. Ramai yang berhenti untuk merakam imej. Saya dah simpan kamera dalam but. Imej dirakam oleh anak (Maisarah) menggunakan kamera kompak melalui tingkap kereta yang sedang bergerak. Itu pun masih amat menakjubkan. Memang perjalanan kami kali ini amat dirahmatiNya.


Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 80
Filem: colour, normal
Lensa (Panjang fokus): 7mm
Bukaan Lensa: f/4.5
Kelajuan Pengatup: 1/400s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi, tiada kecenderungan dedahan
Waktu: 5:36 pm
Tarikh: 23 Sept 09
Penyunting: Google Picasa

Puteri, Kali Pertama Berhari Raya




Untuk seorang bayi, Hari Raya adalah penuh dengan maklumat. Terlalu banyak maklumat baru disuap sekaligus. Tempat yang baru, saudara yang pertama kali ditemui, perjalanan yang jauh, persekitaran yang baru. Suatu pengalaman baru, kalau tidak sabar pasti akan merenget sepanjang hari kerana "information overload"... Tapi untuk Puteri, cool aja. Maklumlah, Raya ni dia menjadi tumpuan sepupu-sepupu yang baru ditemuinya.


Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/3.5
Kelajuan Pengatup: 1/30s
Penstabil/kaki tiga: tiada, kamera dipegang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 12.09 pm
Tarikh: 23 Sept 09
Penyunting: Google Picasa, ketepuan dan beza-cahaya dilaraskan.

Kulit Siput, di Pantai Batu Rakit

Kulit Siput, Pantai Batu Rakit

Untuk meringkaskan latarbelakang, saya telah meletakkan subjek pada kedudukan yang tinggi sedikit dan tuju kamera ke arah langit. Ini menyebabkan langit berada di luar fokus dan kelihatan seperti kanvas. Bacaan diambil menggukan mod meter pattern pada kulit siput.




Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: Colour, dynamic
Lensa (Panjang fokus): 35mm setara 70mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/11
Kelajuan Pengatup: 1/400s
Penstabil/kaki tiga: tiada, dipegang dengan tangan
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 8.48am
Tarikh: 23 Sept 09
Penyunting: Google Picasa, ketepuan dan ketajaman dilaraskan

Batu Rakit, Seascape

Inilah keistimewaan pantai di kampung-kampung di Terengganu. Pasirnya keemasan, airnya jernih.



Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 100
Filem: Colour Dynamic
Lensa (Panjang fokus):35mm setara 70 dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/9.0
Kelajuan Pengatup: 1/250s
Penstabil/kaki tiga: tiada/hand-held
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 8.36am
Tarikh: 23 Sept 09
Penyunting: Google Picasa

Bergambar di Hari Raya

Bergambar di Hari Raya memang menjadi suatu kemestian. Maklum sajalah, hanya di Hari Raya, semua dapat berkumpul dengan pakaian yang serba baru. Kalau di area rumah saya, studio gambar paling sibuk. Sessi foto hingga ke malam.



3 Generasi
Imej di rakam di rumah ayahanda dan bonda di Kemaman. Tidak semua dapat berkumpul kerana ada yang beraya di rumah mertua.

Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 400
Filem: Color, soft contrast
Lensa: 17mm, setara 34mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/2.8
Kelajuan Pengatup: 1/15s
Penstabil/kaki tiga: ya, pada aras bawah
Pencahayaan: semulajadi, biased +1
Waktu: 10.40am
Tarikh: 20 Sept, 09
Penyunting: Google Picasa




4 Generasi
Bergambar di rumah datuk isteri saya (Zaitun Ismail) di Kuala Terengganu. Hanya sebahagian dari anak buah yang masuk bergaya kerana ada yang malu sekejap, tapi akan menyesal sepanjang tahun. Saya juga tak dapat masuk kerana tertinggal kaki tiga. Jadi terpaksalah pegang kamera.



Maklumat teknik
Pemarkatan Sensor (ISO): 400
Filem: Colour/Dynamic
Lensa (Panjang fokus): 14mm, setara 28mm dalam kamera 35mm
Bukaan Lensa: f/3.2
Kelajuan Pengatup: 1/8s
Penstabil/kaki tiga: tiada, penstabil dalaman dipasang
Pencahayaan: semulajadi
Waktu: 3.43 ptg
Tarikh: 21 Sept, 09
Penyunting: Google Picasa, ketepuan, ketajaman, dan beza-cahaya dilaras

Aidilfitri hari bahagia.

Sungei Petani -25 Sept 2009

Elakkan persengkataan, bermaaf maafan diAidilfitri.