
Di Kg Potugis, kami merancang untuk
shoot sunset. Bila tiba di sana, awan mendung. Hari ini tak sesuai, kata Uncle George, kawan baru di Kg Potugis. Patut datang semalam, katanya. Semalam tiada awan, terang. Hari ini pasti kurang menarik. Bila tiba waktu nya (sekitar 6.55), memang benar, suasana murung aja. Saya pun dah tak bersemangat untuk setkan kaki tiga.
Tapi masa yang paling kritikal belum lagi tiba, jadi sepatutnya saya belum bungkus peralatan. Biasanya, waktu cahaya keemasan adalah dari 6.55 hingga ke 7.05
Tiba pukul 7.00 tiba-tiba matahari muncul semula. Jauh di ufuk barat. Saya cuma ada lima minit untuk setkan kaki tiga dan rakam imej. Kalau guna kelajuan shutter rendah, pasti tak dapat shoot banyak. Itu yang saya terfikir. "Tamok... nok banyok..." kata org Ganu. Jadi saya set EI pada ISO tinggi.
Betullah saya dapat shoot banyak, sekitar 20 imej dalam masa 5 minit. Tapi, apalah gunanya kalau kualiti imej rendah. Ini salah satu imej yang saya dapat, OK kalau saiz imej kecil. Untuk cetakan besar, kurang sesuai.
Dalam hati, saya berkata, lain kali tak apa shoot sedikit, asal kualiti imej memuaskan. Jadi, kalau panjang umur, mungkin berkunjung lagi. Tak apalah masa singkat, saya akan jaga setting dan gubahan suaya imej yang dirakam 1st class.

Imej di atas adalah contoh imej yang rosak kerana elemen dalam bingkai tidak diperhati ketika merakam imej. Pokok bakau seolah-olah keluar dari hujung perahu.