Pengikut (ada kelebihannya)

Ahad, November 29, 2009

Haji 2009

seorang jemaah haji berjalan kaki menuju ke Arafah dari Muzdalifah. Jarak perjalanan kira-kira 6km.
Keadaan di tepi Masjid Namerah, Arafah. Waktu selepas zuhur. Dianggarkan 3 juta umat manusia datang untuk wukuf di Arafah.


salam haji kepada semua pembaca gelanggangfoto.com. Maaf kerana saya jarang kirimkan berita di sini. Mahupun foto jarang-jarang sekali terdapat posting daripada saya. Setelah menjenguk gelanggangfoto, saya rasakan saya perlu berkongsi bersama anda beberapa keping gambar dari Makkah alMukarramah untuk tatapan bersama.

Betapa indahnya pemandangan di sini dengan jutaan manusia dan pelbagai rupa. Anda memerlukan tele zoom untuk mengambil gambar seperti di atas. Jika tanpa lensa tele tersebut, mereka yang dirakamkan gambarnya akan perasan dan anda akan dimarahi. Selain daripada itu, anda juga memerlukan kad kuasa dari mana-mana badan yang berhak untuk mengeluarkannya. Saya bernasib baik kerana saya telah bekerja dengan Hajj Research Institute sebagai fotografer. Jika tidak, anda juga akan ditahan oleh askar, polis mahupun orang awam dari merakamkan detik2 emas ini.

sekian dahulu laporan dari saya di Makkah. Wassalam.

Sabtu, November 28, 2009

Hujan Lagi

Hujan Lagi....

Khamis, November 26, 2009

Galeri atas talian

Pada rakan-rakan yang suka browse gambar yang gunakan lensa normal dengan teknik yang agak "old school", terdapat banyak gambar baru telah diposkan di The F blog.

Rabu, November 25, 2009

Kamera Olympus OM 2000 spot metering untuk dijual

Kamera ni saya beli Tahun 1997 dulu untuk digunakan dalam satu event. Leaps tu ia disimpan dalam "shrink wrap" dan tersimpan dalam kotak dan dilupakan. Baru-baru ni anak buka kotak simpanan kamera dan menjelmalah semula kamera tersebut.

Tip top condition dengan 2 lensa zum Olympus Zuiko. Peluang untuk mencuba dan hooked terus dengan kamera filem. Emel atau SMS dan beri best offer.

Selasa, November 24, 2009

Menara Berkembar di Waktu Magrib

Menara Berkembar di Waktu Magrib diambil menggunakan setting BW Dynamic dengan lensa 35mm yang dipasang penyaring merah tua. Oleh kerana penyaring ini menyerap cahaya sebanyak 2 stop, saya telah setkan nilai ISO kepada 1600. kamera dipasang ke monopod untuk menstabilkan imej.

Sekarang, menghasilkan imej hitam putih amat mudah. Anda boleh ambil gambar dan ubahsuai menggunakan penyunting gambar. Imej dicetak menggunakan pencetak, jadi anda cuma pastikan dakwat mencukupi untuk menghasilkan imej yang jelas.

Tidak lama dahulu, untuk hasilkan gambar hitam putih, anda perlu gunakan filem khas. Oleh kerana anda setkan dedahan yang tertentu, elok kalau filem diproses sendiri mengikut spesifikasi dedahan. Kemudian gambar dicetak dalam bilik gelap menggunakan kertas foto. Suhu bahan kimia kena jaga, pilihan penapis contrast kena betul, masa kertas diproses kena tepat.

Kini tidak ramai orang berpeluang memproses filem dan mencetak gambar. Walaupun mencetak gambar suatu yang cerewet, anda boleh mempelajari cara memproses filem dalam masa yang singkat. Filem boleh didigitalkan dan imej dicetak menggunakan pencetak inkjet.

Untuk mencuba sendiri memproses gambar, saya akan adakan bengkel untuk memproses gambar. Dalam sessi tersebut anda akan ambil gambar menggunakan filem hitam putih. Kemudian saya akan tunjukkan cara untuk memproses filem tersebut. Apabila telah mendapat filem, anda akan digitalkannya menggunakan pengimbas filem.

Bengkel akan diadakan di Studio Gelanggangfoto pada awal bulan Januari 2010. Tempat adalah terhad kerana bilangan peralatan yang terhad. Jangan risau jika anda tidak mempunyai kamera filem kerana saya akan sediakan kamera kepada mereka yang tidak memiliki kamera filem ketika bengkel tersebut. Filem hitam putih juga akan disediakan. Jika berminat untuk sertai bengkel tersebut, sila e-mel saya, iskandar.abdulrashid@gmail.com untuk keterangan lanjut. Untuk mereka yang tinggal jauh dari Bandar Baru Bangi, Studio Gelanggangfoto adalah bersebelahan dengan sebuah hotel. Penginapan bukanlah halangan.

Camera untuk Di Jual

satu set: camera+tripod+lense+beg RM= 3800







Salam semua...minta lauan nak buat bisness skit....Sesiapa yang ingin memiliki kamera di atas ...Sila hubungi Nazirah ahli GF yang macam chipsmore.....no hpnya 0132512271....







Tapak Web Gelanggangfoto

Hingga kini, kami hanya senaraikan satu tapak web rakan Gelanggangfoto yang ada kaitan dengan fotografi atau bisnes fotografi yang rakan Gelanggangfoto jalankan. Sekiranya ada antara rakan lain yang memiliki tapak web yang fokus pada fotografi, tidak kiralah tapak web yang dibangunkan khas atau tapak web rangkaian foto, misalnya Flickr, Fotopages, dan lain-lain bolehlah poskan pautan (link) melalui komentar dalam posting ini. Untuk blog, pastikan ia tertumpu pada fotografi sahaja.

Ahad, November 22, 2009

Gambar Hitam Putih



Ada antara rakan Gelanggangfoto yang bersungut kerana cuaca asyik mendung saja.

"Tak seronok keluar ambil gambar. Tak menarik," katanya.

Untuk ambil gambar biasa biasa, memang hari mendung tak menarik. Tapi kalau mahu ambil gambar yang luar biasa, ketika awan mula berkepul, itulah masanya anda mula keluarkan kamera. Ah, bahaya kalau kamera elektronik, nanti rosak.

Ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini. Satu dari caranya, gunakan kamera mekanik sepenuhnya, iaitu kamera filem yang manual. Saya gemar gunakan filem hitam putih kerana imej yang dihasilkan lebih dramatik.

Imej di atas tidak diambil ketika mendung. Ia diambil ketika panas terik menggunakan filem Kodak T-max yang dimuat ke dalam kamera Nikon FM2. Filem yang telah diproses di imbans menggunakan pengimbas CanoScan yang dikendalikan melalui perisian GIMP. Kemudian imej diproses menggunakan Google Picasa.

Mungkin ada antara rakan yang bersungut kerana masalah sekarangni kalau nak gunakan filem hitam putih kerana tak banyak tempat yang memprosesnya. Itu betul, kalau dihantar proses pun, kena tunggu hingga dua minggu.

Sebab tu saya terlintas juga nak adakan bengkel untuk melatih rakan memproses filem hitam putih. Proses dan imbas. Cetak guna enlarger tak bolehlah sebab saya hanya miliki satu set enlarger. Tak cukup untuk buat bengkel.

Pada rakan dan follower gelanggangfoto yang berminat, boleh tempah tempat. Pada yang belum jadi follower, kena follow dulu. Nak jadi follower mudah aja, klik bebutang Ikut pada panel sebelah kanan. Tujuannya supaya anda biasa dengan teknik-teknik asas fotografi.


Jumaat, November 20, 2009

Taman Rimba Kita

7.45am
7.50am

8.00am


Taman rimba kita amat segar udaranya dimusim hujan sekarang ini dan baik untuk fotografi jika panas terik dipagi besoknya .

Khamis, November 19, 2009

Konsep Gubahan Imej, Bahagian 8

Hukum Sepertiga

Bila saya tulis hukum atau rule, ia bukanlah suatu yang mesti atau wajib dituruti. Dalam gubahan imej, semua hukum digunakan sebagai panduan, tetapi ia bukannya suatu yang muktamad. Orang perlukan panduan, jadi mereka cipta beberapa hukum, itu saja. Yang penting, imej nampak menarik. Kalau imej nampak menarik dan mencapai objektif atau apa yang ingin disampaikan oleh jurugambar, kira oklah tu.

“Rule of Thirds” atau Hukum Sepertiga adalah hukum yang paling banyak dibincangkan dalam Gelanggangfoto.com sebelum ini. Hukum ini sebenarnya telah diringkaskan dari the Golden Rule (Hukum Keemasan) yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dalam hukum ini, elemen utama diletakkan pada garis Sepertiga dalam ruang imej. Kalau anda lukis garis yang membahagi tiga imej secara mengufuk dan mencacang, terdapat empat titik persilangan. Titik tersebut dikenali sebagai ‘hotspot’. Ia menjadi titik focus yang menarik tumpuan pemerhati. Seeloknya, Letakkan elemen utama pada titik tersebut.




Rabu, November 18, 2009

Ros Jepun


Ros Jepun
Originally uploaded by iskandar63
Musim hujan, tak semestinya berkurung atau keluar jauh untuk merakam imej. Jenguk-jenguklah ke laman rumah. Setelah mendapat bekalan air yang berterusan, mungkin pohon bunga yang disangka hampir mati dah mula berbunga semula. Kalau ada kayu reput, mungkin sekarang dipenuhi cendawan.
Dalam laman depan rumah saya, pohon Peria Pantai yang ditanam untuk makan ulam sekali sekala dan tumbuh seperti belukar, cukup untuk diedar ke semua pasar di lembah kelang. Hari mendung juga membuatkan serangga kurang aktif. Mudah untuk merakam imej makro.

Gambar bunga Ros Jepun ini dirakam dalam halaman depan rumah menggunakan lensa makro dan kamera dipasang ke kaki tiga.

Selasa, November 17, 2009

Beautiful Sabah Digital Photography Contest

Kepada rakan yang berkunjung ke Sabah, pertandingan online ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Gambar digital mesti dirakam di Sabah. Tema bulan ini, Nature Inheritance of Sabah. Ada tiga subkategori, iaitu Marine Life of Sabah, Flora of Sabah dan Fauna of Sabah.

Maklumat lanjut boleh didapati dari tapak sesawang ini:

Isnin, November 16, 2009

Mendung Lagi di Kuala Terengganu

Kini Pantai Timur mendung lagi dengan kedatangan mosun yang tidak diundang. Untuk penggemar fotografi, monsun menawarkan sejuta peluang untuk menghasilkan imej yang luarbiasa. Imej ini saya rakam di awal tahun ini (2009) melalui tingkap hotel Yentin.

Tema untuk bulan Disember ialah Monsun. Kami sedang bincang-bincang untuk adakan pertandingan secara bulanan khas untuk follower dan rakan Gelanggangfoto. Hadiahnya taklah besar, sekadar untuk meriahkan blog ini dan berkongsi pengalaman dalam fotografi.

Apa pula pendapat rakan-rakan?

Ahad, November 15, 2009

Terima Kasih Rakan Blogger

Saya perhatikan, setiap hari kita ada menerima banyak kunjungan dari pembaca baru (kurang lebih 80 hingga 300 orang dan pengunjung yang berulang, dalam 100 orang ). Kebanyakan mereka ini singgah ke Gelanggangfoto melalui enjin gelintar Google dan pautan dari blogspot. Namun begitu ramai juga pengunjung yang singgah melalui klik dari blog yang lain. Antara blog yang menghantar pengunjung ke Gelanggangfoto pada minggu ini ialah:


Terima kasih kepada pemilik blog demikian kerana meletakkan link ke blog ini.

-Iskandar

Youth Cricket Championship 2009






Menggunakan lensa 600mm dan pertandingan ini berlangsung di Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Jumaat, November 13, 2009

MIFA 2009





Sempena Malaysia International Fashion Award 2009 di Pavillion kuala Lumpur.

Selasa, November 10, 2009

Program Selepas PMR 2009




Salam..rakan2 GF dan Kak miza, hujung tahun ni masing2 sibuk kan..
Memegang tugas sbg jk dokumentasi program RIMUP sekolah; normi post foto terpilih sewaktu permainan pagi tadi antara sekolah normi, SMKTPP Tg Muhammad vs SMK Semambu..
Permainan bola sepak dan bola baling..

Sand man




Hai salam semua rakan-r

akan di GF dan juga followers......kenapa GF sekarang ni macam sunyi dan sepi ya...Saya nak letak gambar selalu tapiiii....saya tak banyak koleksi gambar yang berunsur fotografi discussion...kalau letak yang tak berkenaan silap haribulan nanti kene delete...Disamping kesibukan menanda kertas peperiksaan akhir tahun saya berkesempatan membawa anak mandi laut di Kuala Linggi....lihatlah anak lelaki saya Izzulfaqar yang ditanan oleh Izzulfarhan...gambar yang diambil objek dalam keadaan baring...Saya ingin menjadikan gambar ini seolah-olah sedang berdiri...apa teknik agaknya yang bakal merealisasikan keinginan saya ni,,,Sand man seperti cerita di Astro Channel....itulah anak-anak sekarang ...cepat erpengaruh dengan media elektronik...lebih dari media cetak

Rabu, November 04, 2009

Hutan Lipur Chemerong




Selasa, November 03, 2009

Si Bulan tak Halo..






Salam semua.
Kali ini (malam ini) kononnya bakal menyaksikan semula fenomena halo.
Sebaliknya yang berlaku..
Tapi disebabkan dah bersedia, saya rakamkan yang terbaik saya boleh ambil dsaat2 bulan bersinar dengan cantiknya kemudian dilindungi awan dan kemudian kembali menyinar..

[Iskandar]
Untuk dapatkan imej bulan yang jelas, sila rujuk artikel ini.

Isnin, November 02, 2009

Miza Perfume Collections


Salam semua


Minta laluan kepada GF....gambar diatas adalah koleksi perfume yang merupakan bisnes baru saya....saya cuba untuk memasarkan produk ini dan mencari dealer untuk mencuba perniagaan ini...perfume yang saya cuba pasarkan adalah bau-bauan international seperti Jdore, dunhil, polo, ck eternity gucci dan macam2 lagi...harganya satu adalah rm20 dan sebagai dealer anda akan mendapat harga rm16.00 sebotol... disamping itu pula jika ada rakan-rakan diGF yang boleh tolong saya creat phamplet yg menarik berkenaan produk saya....tolonglah saya..kasi lar contoh2 phamplet2 yg rakan-rakan pernah buat.....siapa lagi nak tolong kawan kalau bukan kawan-kawan...

Ahad, November 01, 2009

Si Bulan d Halo..

Menyaksikan fenomena seperti ini suatu keinsafan.
Salam semua sahabat GF.
Normi diberi kesempatan menyaksikan fenomena halo (malam 31 Oktober 2009) tetapi tak berkesempatan bermain dengan gear dek terlalu teruja dengan kejadian seperti ini dan mengambil kira faktor 'kot kekgi tokdang' kalu saya time tu baru nak terkial2 cari setting kamera.. So, saya belasah jer dgn lengan sebagai tripod..
Hasil foto kurang menyerlah seperti gambar dalam sesawang tolahah.com. Maklumlah.. faktor spesis kamera tentunya main peranan juga.. hehe.
Gambar pertama sang rembulan lonjong sket sebab tripod tak stabil.. hihi.


Gambar kedua bulan sempurna bulat tapi masih ada kekurangannya.. (Mesej cikgu is tak respon. sedih betul.. huhu..)

[Iskandar]
Normi jangan sedih lagi. Senyum sikit.
Untuk dapatkan imej bulan yang jelas, sila rujuk artikel ini.