Pengikut (ada kelebihannya)

Khamis, Disember 31, 2009

Contoh Untuk Kak Miza


Normi tak pandai sangat.. AlongArman terer!

Boleh Tanya tak?



Saya cuba untuk menyantumkan 2 gambar ini jadi satu supaya dapat saya letakkan satu gambar mengandungi kedua2 kembar ini dalam blog ini ..tapi tak berjaya...ada sesiapa boleh tolong......

Januari Datang Lagi

Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru dan semoga tahun yang mendatang memberi keberkatan kepada kita semua. Selamat bercuti dan bersedia semula ke sekolah kepada adik-adik dan anak-anak dan juga kepada ibubapa yang menjadi supir kepada anak-anak.....

Terima Kasih Rakan Blogger

Terima Kasih rakan Blogger
Berikut adalah rakan blogger yang menghantar pengunjung ke Gelanggangfoto pada minggu lepas.



Dolphin at Lovina Beach



Satu pengalaman baru.......u're hunting for a dolphin. Bukan satu perkara mudah sebab semua orang nak tengok so terlalu banyak sangat boat yang kejar dolphin nie. I have to wake up at 3am just nak tengok dolphin tapi ianya amat berbaloi.

Surfer kat Bali




Gadis Tudung Biru


My 1st portrait

F-Number - F/5.6
Exposure Time - 1/160sec.
Focal Lenght - 170mm

Rakan Baru: Zainal

Salam rakan Gelanggangfoto semua. Hari ini kita ada menerima seorang rakan baru iaitu Sdr Zainal.

Sdr. Zainal, selamat datang ke Gelanggangfoto. Dengan menjadi rakan Gelanggangfoto, Saudara boleh mempamerkan gambarfoto untuk dikongsi bersama. Sekiranya ingin diulas, sila labelkan posting "komentar", sekiranya untuk persembahan, sila labelkan "galeri", atau jika ingin mempamerkan artikel atau perbincangan, sila labelkan "artikel". Jika ingin posting mudah dikesan, Sdr boleh juga masukkan nick name sebagai salah satu dari label. Juga masukkan kata kunci (keyword) yang sesuai dengan imej, misalnya potret, kanak-kanak, fajar, sunset, makro dsb.

Kita juga adakan outing dari masa ke masa. Saudara juga boleh syorkan outing jika terjumpa tempat yang difikirkan sesuai untuk kita berkumpul.

Sila berikan alamat melalui e-mel untuk kami kirim sebuah buku fotografi sebagai tanda penghargaan kerana menyertai kumpulan kami.

Selamat datang.

Rabu, Disember 30, 2009

Pertandingan Fotografi: Mendung Tinggal 24 jam lagi

Kepada rakan dan pengikut Gelanggangfoto.com, penyertaan masih dibuka.  Pertandingan berakhir malam besok jam 12:00 malam.  Imej akan dipamerkan dalam Gelanggangfoto untuk diundi oleh pengunjung.

Setakat ini, saya telah menerima penyertaan dari:

1.  Lotfi Lokman a.k.a. Kamitaken
2.  Cneoreyta a.k.a. Melor
3.  Azmietaha
4.  Myusof64
5.  Annurupm (3 imej)
6.  Tiramisu (2 imej)
7.  Along Arman (3 imej)
8. a.afandi
9.  Midzadgreat (4 imej)

Saya masih menunggu penyertaan, masa masih ada.

Panduan Mengambil gambar Bunga Api

Sambutan Tahun Baru biasanya terdiri dari konsert dan pertunjukan bunga api. Mengambil gambar bunga api tidaklah terlalu rumit. Berikut adalah petua untuk mengambil gambar bunga api.


  1. Pilih lokasi yang sesuai. Jangan terlalu dekat dengan sumber bunga api kerana agak sukar untuk mendapat gambar letupan yang penuh jika anda terlalu rapat dengan sumber bunga api. Lagipun gambar lebih cantik jika anda masukkan elemen lain, misalnya bangunan. Untuk dapatkan tempat yang bagus, elok datang awal.
  2. Pilih tempat yang kamera tidak akan terhadang oleh orang ramai.
  3. Pasang kamera ke tripod. Ini kerana anda akan gunakan dedahan (exposure) yang lama.  Tripod menstabilkan kamera. 
  4. Kalau ada remote trigger, gunakannya untuk minimakan getaran pada kamera.  Kalau tiada tak mengapa, boleh klik seperti buasa.
  5. Fokus ke infiniti. Jika gunakan kamera kompak, setkan ke mode Landscape. Jika kamera anda sediakan mode Fireworks, gunakan mode tersebut. Jika gunakan kamera dSLR setkan ke mode B atau manual.  B bermaksud Bulb.  Pengatup (shutter) akan terus terbuka selagi anda tekan butang pelepas pengatup (shutter release button).  Setkan bukaan lensa (aperture lens). Gunakan panduan dalam langkah 8.
  6. Klik dan jangan lepaskan butang pelepas pengatup sehingga bunga api selesai meletup.  Dedahan dibuat dari bunga api bermula hingga ke akhir letupan. Jika inginkan lebih dari satu bungapi, biarkan dedahan sehingga beberapa dedahan bungapi. Jika tidak mahu bahagian lain terlebih dedahan, tutup bahagian depan lensa antara letupan menggunakan kad hitam.
  7. Bawa lampu picit kecil untuk memudahkan anda set kamera dalam gelap.
  8. Gunakan setting berikut sebagai panduan
ISO 50
Bukaan: f/5.6 hingga f/11

ISO 100
Bukaan: ƒ/8 hingga 16

ISO 200
Bukaan: ƒ/11 hingga 22

Selamat mencuba.

Hasilnya, berbaloi

Selamat mencuba dan selamat tahun baru!

Hari bersama Keluarga

30Dec09-Port Dickson-Tempoh hari outing bertajuk 'famili' diadakan di Desa Lagoon Resort. Kali ini saya adakan di overview Resort. Tempatnya menarik,ada swimming pool,Sauna,pantai yang bersih dan tidak jauh dari bandar.
Gambar ini dirakam oleh anak saya Aini.Kamera kompak Kodak c813.

Benda benda 'close-up' begini menambah kemantapan cerita bergambar.


Dari kiri : Ainie,A.Shukor,Azizah,Sofia dan Aiena. ( Snap: Self timer )
Kemudian buat sedikit gubahan untuk menyambut tahun baru 2010 tidak lama lagi. Selamat menyambut tahun baru 2010 ucapan dari kami sekeluarga.




Dalam Hujan


Anak kepada jiran sebelah rumah yang bernama Haikal sedang leka bermain air hujan yang jatuh dari atas bumbung .Bermain sepuas-puasnya sebelum cuti sekolah tamat.

Selasa, Disember 29, 2009

Pertandingan Foto Bulan Ini: Mendung, masih ada masa

Penyertaan masih lagi dibuka.  Pada malam 31 Disember tepat jam 12 malam (malam 1 Januari) imej yang dihantar akan di letakkan di Gelanggangfoto untuk undian.  skor undian merupakan separuh dari skor untuk menentukan pemenang.  Skor selainnya akan diberi oleh Sdr Shukor.  Mana-mana rakan lain boleh menawarkan diri untuk menjadi pengadil.  Untuk setiap pengadil akan diberikan sebuah buku fotografi sebagai tanda appreciation.

Teka Mingguan

Tak ada yang menyahut... Hadiah besar juga tu.  Setakat ni hanya seorang yang mengirim jawapan.

rumah siapakah ini?


Cuba teka saiz sebenar rumah kayu ini...panjang x lebar x tinggi.

Antara Snapshot dan Gambarfoto

Ada rakan yang bertanya, apakah perbezaan antara snapshot dan gambarfoto?  saya juga pernah bertanya soalan yang sama kepada pensyarah fotografi saya ketika menuntut dulu.  Penjelasannya begini:

Gambarfoto (photograph) mengandungi elemen seni yang bergantung pada kemahiran teknik jurugambar untuk menghasilkannya.  Snapshot hanyalah rakaman visual objek yang berada di depan kamera.  Bila disebut "hanyalah", ia bukan bermaksud memperkecilkan gambar snapshot.

Tdak dinafikan, snapshot amat berharga kepada pemiliknya, orang yang berada dalam gambar, serta saudara dan sahabat mereka.  Snapshot merakam orang, tempat, serta peristiwa yang penting pada orang yeng berkenaan, jadi ia amat berharga untuk orang tersebut.  Untuk orang lain yang tiada perkaitan, snapshot tersebut tida mempunyai apa-apa makna.

Gambarfoto pula adalah lebih universal.  ia bukan sahaja bermakna untuk pemiliknya, ia juga bermakna kepada orang lain.  Ini mungkin kerana rupanya yang cantik dan mempunyai nilai seni, atau kerana ia mempunyai mesej yang tersirat yang dapat difahami oleh orang lain.

Yang jelas, apabila merakam gambarfoto, ada beberapa perkara atau elemen yang mesti diambilkira, iaitu pencahayaan, gubahan, serta maksud atau mesej yang ingin disampaikan.  Apabila anda mengambil gambar snapshot, anda hanya tuju dan tangkap gambar.


Adakah gambar ini senifoto atau snapshot?


Isnin, Disember 28, 2009

Mendung, tinggal 2 hari lagi...


Asyik


Asyik...

Tukang Urut

Waduh.... Gedek bangat.... Bukan-bukan bukan.... Bukan yang macam itu.  Kalau outing berjalan sepanjang hari pasti penat.  nah tak perlu susah hati, ada orang sedia mengurut kaki dan belakang tu.  Mereka cuma picit butang ajer.  Nak test, boleh, tak jadi masalah... free dan sanggup melayan kerenah pelanggan.  Mereka yang saya maksudkan adalah anak-anak muda yang rajin bekerja yang bakal menjadi usahawan berjaya di masa depan, sebagaimana team dalam imej berikut yang saya temui di Perfect Health, Metro Point, Kajang.  Kita juga menunggu kunjungan mereka ke Gelanggangfoto.


Teka Mingguan




Dalam posting Still Life Asam Gelugor, imej telah dirakam di Studio Gelanggangfoto menggunakan satu sumber cahaya.  Apakah sumber cahaya tersebut?  Peneka yang pertama dapat meneka dengan tepat akan terima hadiah mingguan.  Untuk layak menjadi peserta, anda perlu menjadi rakan Gelanggangfoto atau menjadi pengikut (follower).

Sila kirim jawapan anda sebelum 1 Januari 2010 ke iskandar.abdulrashid@gmail.com

Rujuk posting berikut:
http://www.gelanggangfoto.com/2009/12/still-life-asam-gelugor.html

Pengikut Ke 100

Salam rakan dan pengikut Gelanggangfoto.  Sebagaimana yang rakan-rakan semua sedia maklum, jumlah pengikut Gelanggangfoto telah mencecah 100 orang pada minggu ini.  Taniah kepada pengikut ke 100 iaitu Sdri Linda Sahak.  Saudari menerima sebuah buku fotografi dari Gelanggangfoto.  Sila e-mailkan nama sebenar, alamat dan no hp ke iskandar.abdulrashid@gmail.com supaya kami dapat mengirim hadiah tersebut.

Kategori Tambahan, snapshot

Sebelum ini, kebanyakan posting adalah dalam bentuk yang serious dan tertumpu pada fotografi.  Jadi posting dikategorikan kepada galeri, komentar (sekiranya imej minta dikomen), dan artikel.  Namun begitu, akhir-akhir ini ada banyak posting yang lebih bercorak santai dan tidak fokus kepada fotografi.  Walaupun posting sebegini agak menyimpang dari tujuan sebenar Gelanggangfoto, ia membuatkan blog ini meriah.  Ia memang dialu-alukan.

Jadi untuk membezakan posting yang tertumpu kepada fotografi dengan posting yang tertumpu pada aktiviti santai yang lebih ringan, kita masukkan satu lagi kategori baru, iaitu "snapshot".  Jadi, sekiranya rakan poskan utusan yang mengandungi imej yang tidak menekankan teknik fotografi, sila labelkan posting tersebut sebagai "snapshot".

Sekiranya anda ingin memudahkan orang mencari posting yang telah anda kirim, sila masukkan label tambahan menggunakan nama sendiri supaya mudah dicapai oleh pengunjung.

Misalnya jika saudara Rama mengirim gambar ketika majlis perkahwinan tetapi mengirim gambar santai tentang aktiviti perkahwinan, label yang sesuai ialah:
snapshot, perkahwinan, rama

Sekian,
Iskandar

Ahad, Disember 27, 2009

Swimming lagi-Mahkota Hotel

imej 1:Swimming pool view dari apartment..

Imej 2
Imej 3


Imej 4





Imej 5


Imej 6

Imej 7



Imej 7



Imej 8




imej 9

Pulang dari desa lagoon saya dan anak-anak mendapat tajaan untuk bercuti di Mahkota Hotel selama 4 hari...Anak-anaklah yang paling seronok...Aida, Aima dan Paan dari guna pelampung dah pandai berenang sendiri...syabasssss my lovely kids.

Sabtu, Disember 26, 2009

Pertandingan Foto Bulan Ini: Mendung, tinggal satu minggu lagi



Tinggal satu minggu lagi, tema:  Mendung



Tema bulan Januari ialah: Cahaya.

Jumaat, Disember 25, 2009

anak - anak kecil riang







Ragam kanak - kanak bertemu perkara baru. Semua benda mahu dicuba dan disentuh. Gambar diambil semasa bercuti di Kota A Famosa,Melaka.

Khamis, Disember 24, 2009

Potret: Gadis Berpayung


Gadis Berpayung

Airpot Subang






Gambar diambil sementara menanti kepulangan saudara pulang dari Tanah Suci Mekah :)

Konsep Gubahan Imej, Bahagian 11

Perspektif
Garis perspektif menguatkan peraan kedalaman dalam sesebuah imej.  ia membantu anda membayangkan gambar yang dua dimensi sebagai tiga dimensi.  Titik pandangan dan panjang fokal memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan garis perspektif dalam imej.
Biasanya jurugambar bermain dengan garis perspektif ketika mengambil gambar lanskap.  Lebih dekat titik pandangan pada subjek, lebih besar subjek tersebut kelihatan jika dibandingkan dengan objek yang jauh dari titik pandangan.
Lensa pendek (wideangle) membuatkan garis perspektif keihatan lebih panjang atau stretched.  Jarak antara objek kelihatan lebih jauh dari jarak sebenar.
Lensa panjang (telefoto) memampatkan garis perspektif, jadi jarak antara dua objek kelihatan lebih dekat dari jarak yang sebenar.


Garis perspektif pantai membuatkan pohon rhu di kawasan latarbelakang kelihatan jauh.  Garis perspektif tersebut memasukkan perasaan jarak dalam imej.




Perhatikan saiz embun yang tersusun pada urat daun.  Bagaimanakah urat daun tersebut berperanan dalam menghasilkan kesan jarak antara embun serta saiz embun tersebut.



Perhatikan garis pinggir kolam.  Bagaimana ia berfungsi sebagai garis perspektif?



Dalam imej ini, bagaimanakah garis perspektif berjaya membuatkan saiz lampu isyarat itu menjadi lebih besar dari saiz sebenar?  Adakah stesyen kelihatan lebih dekat atau lebih juh dari jarak sebenar?  (Fotografi, Sdr Shukor)

Rabu, Disember 23, 2009

Mendung :Dalam Hujan Temanku Berkunjung

Dalam hujan renyai dan langit kelam kami bergambar beramai-ramai setelah perut kenyang...terimakasih Fareedah / Adik panggilan manjanya.

Selepas hujan reda sedikit Fareedah dan suaminya membawa kami ke medan ikan bakar di pengkalan balak

Dalam Hujan leba sahabatku Fareedah Bibi dan suaminya dari Kuala Lumpur berkunjung kerumAH