Untuk maklumat Gelanggangfoto sertai senarai e-mel
Masukkan nama dan e-mel di bawah:
Nama:
E-mel:
Langgan Batal Langganan
Selepas isi borang ini perlu klik pada pautan (link) dalam e-mel yang diterima untuk pengesahan. Selagi anda belum sahkan, e-mel anda tidak tersenarai dalam mail list. Kalau tiada e-mel dalam inbox cuba cari dalam Spam box, mungkin e-mel termasuk ke situ kerana e-mel dihasilkan secara automatik.

Pengikut (ada kelebihannya)

Jumaat, Januari 08, 2010

Keputusan Pertandingan Fotografi Bulan Disember 2009, tema Mendung

Salam dan sejahtera pengunjung Gelanggangfoto semua.
Berikut adalah keputusan undian Pertandingan Fotografi Bulanan untuk bulan Disember 2009, tema Mendung.
Tiga undian terbaik ialah:
Imej 2: 36%
Imej 12: 36%
Imej 13: 29%

Berikut adalah ulasan pengadil,
Ulasan pengadil:
Karya peserta no 2) Mendung metropolis
-Daya tarikan mata memandang amat kuat sekali dengan sekumpulan awan
hitam berkumpul mengelilingi pencakar langit Kuala lumpur seumpama
ribut kuat akan melanda bandaraya.Orang ramai bergegas mencari tempat
perlindungan atau ingin segera pulang dan menghindari dari kesesakan
lalulintas yang akan melanda, namun jurugambar yang bersedia dengan
kamera merakam saat ini.

-Komposisi yang tepat yang membahagikan 2/3 bahagian awan dan satu
bangunan disebelah kiri menguatkan tumpuan (eyeview point).

-Namun ada ruang yang boleh memperbaikinya umpamanya satu contoh,
gambar ditukar kepada hitam putih dan dinaikan kontras awan yang
mungkin membuat ia lebih dinamik.
Markah : 90 /100.
 

----------------------------
Pengadil telah memilih imej 2.  Setelah diambil kira markah yang diberikan oleh pengadil serta peratusan kiraan undi, saya dengan ini mengisytiharkan imej kiriman sdri Cneoreyta yang bertajuk Mendung Metropolis sebagai pemenang pertandingan tersebut.

Tahniah Sdri Cneoreyta.  Hadiah akan dikirim dalam masa yang terdekat.  Untuk peserta lain, jangan putus asa.  Cuba lagi.  Tema bulan Januari ialah Cahaya.  Saya telah menerima banyak penyertaan.  Rakan dan pengikut semua jangan ketinggalan, sila kirimkan penyertaan dengan segera.

Kepada pengunjung yang belum menjadi rakan atau pengikut, anda dipelawa untuk menyertai Gelanggangfoto.

Sekian







Mendung Mwtropolis, Cneoreyta

6 komentar:

mizadgreat berkata...

tAHNIAH CEYNORITA......MEMBERS AND FOLLOWERS...LETS TAKE THE NEW CHALLENG IN JANUARY..WHO IS THE WINNERS..AHAKSS FOR FEBUARY CONTEST..I HOPE I M THE WINNERSSSSSS....BRO SHUKOR AND CG IS....KASI TIPS SKIT.....HEHEHEHEHE..TUAN PENGADIL KALAU BIAS SKIT2 TAK PER KAN....

Iskandar Abdul Rashid berkata...

Thanks Sdri Miza for being such a sport. Ramai dah kirim imej untuk contest bulan ni. Jangan tunggu lama-lama, nanti gambar duk kat bawah. Yang memilih gambar, weightagenya pada pengundi, jadi sowi takder biass.
Oh yer, dan terima kasih kerana izinkan saya guna imej milik Sdri untuk komentar pertama bulan ni. Untuk aktiviti selanjutnya, kita akan minta rakan gelanggangfoto snap potret mereka sendiri. nanti saya akan umumkan.

Normi berkata...

Mabruk kpd pemenang!
Cabaran januari tak pasti sempat tidak saya turut serta.. Banyak sangat kijer.. Sedang mengalami sindrom 'segan' nak pikul kamera.. hehe..

ashukor berkata...

'Cahaya'.Tajuknya luas dan dah tentu banyak dlm koleksi.

Iskandar Abdul Rashid berkata...

Saya setuju dgn pendapat Sdr Shukor. Penyertaan kali ini agak pelbagai. Kepada rakan dan pengikut yang belum mengirim penyertaan, inilah masanya untuk kelek kamera dan hasilkan imej yang istimewa. Sdri Normi jadi penyegan pulak dah...

Normi berkata...

hehe...
sedang cuba..
tapi belum kena timingnya... huhu

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.