Makluman untuk rakan serta pengikut yang baru. Satu dari aktiviti Gelanggangfoto adalah komentar, iaitu rakan Gelanggangfoto memberikan komentar atau ulasan terhadap imej yang dipos oleh rakan dengan label "komentar". Tujuan komentar adalah supaya kita semua dapat mempelajari cara untuk membaiki mutu sesebuah imej. Untuk tahun ini, saya telah memohon kebenaran dari Sdri Norhamiza untuk menggunakan imej yang telah diposkan olehnya untuk tujuan perbincangan. Gambar ini rasanya diambil oleh anak Sdri Norhamiza. Saya memilih gambar ini kerana ingin memulakan topik yang berkaitan dengan potret.
Imej ini telah diambil menggunakan kamera prosumer dengan maklumat data sebagaimana berikut.
panjang fokus (focal length): 5.7mm (37mm setara dengan kamera 35mm).
Dedahan (exposure): 1/10s f/2.8
Lampu kilat: tidak digunakan
Iso: 100
Filem disetkan ke bw tanpa menggunakan penstabil (tripod).
Apakah pendapat rakan-rakan tentang ketajaman (sharpness) imej ini? Adakah ia boleh diperbaiki?
Bagaimana pula dengan kedudukan subjek dalam bingkai? Bagaimanapula cara subjek pose? Adakah penggunaan ruang sesuai?
Jom mulakan perbincangan.
Jom mulakan perbincangan.
Untuk makluman gambar diambil tidak menggunakan tripod dan flash....batery juga macam dah kong (Cg Is adakah ianya memberi effect????) Bagi saya gambar potret ini gagal kerana subjek utama (baby) tidak memandang Anis/jurugambar...ini kerana baby di agah oleh bukan jurugambar tetapi Si Kembar..opss sorry Cg Is gambar ini bukan menggunakan filem BW tetapi saya edit kurangkan warna ...heheh kononnya nak jadikan BW.....
BalasPadamKekurangan kuasa bateri tidak mempengaruhi kualiti gambar. Ok, jadi gambar ini telah diedit menggunakan desaturation untuk mengurangkan ketepuan warna. Sebenarnya dalam kamera tersebut ada mode bw, Sdri boleh gunakan mode tersebut untuk hasilkan gambar hitam putih secara terus tanpa perlu PhotoShop.
BalasPadamJangan terus lompat pada kesimpulan samada gambar gagal atau berjaya. Tujuan komentar adalah untuk membincangkan cara untuk memperbaiki mutu gambar, bukan menghukum. Bagaimana dengan ketajaman (sharpness) imej dan penggunaan ruang?
Rakan yang lain, bagaimana?
Salam. Pada saya yang sememangnya suka dengan gambar2 candid subjek manusia ni, gambar di atas kira2nya suka saya memandang. Dari segi seni fotonya mungkin boleh diperbaiki composition. Baby kita tak dapat predict aksinya.. Tu yang buat kita teruja kalau kita shoot kena pada masanya.. Macam gambar atas tu kita tak jangka baby nak memandang ke arah lain (tapi tak semestinya pun dia perlu memandang kamera..kan cikgu is?)
BalasPadamCuma mungkin sedikit terganggu dengan tangan lain yang enterframe kat situ.. hehe..
Sori la... kawan ni tak reti nak komen dari sudut senifoto ni.. (Entah bila nak pandai.. huhu)
Tak apa. Slow slow. Bagaimana dengan penggunaan ruang?
BalasPadamerm.. oh ya. ruang. perlu diperbaiki. ruang di bahagian atas kosong sedangkan gmbr subjek hanya sekerat. Sebaiknya subjek boleh diambil keseluruhan dpd dibiarkan ruang kosong di atasnya.
BalasPadamHmm, ini mengingatkan saya untuk terus menulis tentang konsep gubahan. Penggunaan ruang adalah satu dari topik yang perlu diulas.
BalasPadamhehehe.. knp cikgu is? salah ker pandangan saya tentang ruang...?
BalasPadamTak dah tepat pandangan Normi tu. Ruang adalah satu dari senarai topik yang saya nak bincangkan dalam artikel berkaitan dengan gubahan imej.
BalasPadamBagi saya, ruang yang ditinggalkan di bahagian atas subjek telah mengganggu keseluruhan gambar disebabkan ruang kosong yang amat besar gapnya.
BalasPadambercakap pasal penggunaan ruang untuk gambar di atas...pengetahuan awal saya..jika potret ini diambil sepenuh2 subjek ....tentu sekali subjek bertambah saiznya..rujuk artikel sebelum ni.rumah Gingerbread dan gambar muka patung budak perempuanhttp://www.gelanggangfoto.com/2010/01/konsep-gubahan-imej-bahagian-12.html
BalasPadamPada pandangan saya..
BalasPadamGambar ni gagal bg aspek sharpness..kenapa? sb gegaran disebabkan oleh speed 1/10s..jelas cahaya tak cukup w/pon dah guna f2.8 ( kamera kompak nilai f tidak berkesan)..sepatutnya naikkan iso tetapi jgnlebih dr 400 utk kamera kompak..atau arahkan subjek jgn bergerak selama 10s! Harus diingat, bila mengambil gambar orang atau haiwan,mata mesti in focus, baru nampak impaknya.
Kedudukan subjek sepatutnya memenuhi 2/3 frame..itu yang biasa dan selesa dilihat..hati2 dgn bacground..tidak kah menggangu pandangan apabila langsir yg 'membelah' kepala baby tersebut, tumpuan mata kita dengan sendiri akan beralih kpd langsir tersebut..jgn masukan subjek yg tak perlu termasuk tangan di kiri gambar..amat mencacatkan gambar.
Interaksi dengansubjek juga gagal..memang susah untuk mendapatkan aksi baby yg baik, kesabaran adalah perlu dan sentiasa dalam keadaan bersedia..
Akhir sekali, gambar bw ada teknik penghasilannya bukan diubah dr gambar yg tidak menjadi.
Itu pendapat saya semoga dpt membantu.
Tq saudara aziz...sememangnya gambar ini byk kelemahannya sebab itu dijadikan contoh...anak saya yg ting 3 yg ambil...anyway saya dah melawat blog saudara...highly impress ..gambar burung hantu ..matanya tepat2 memandang saya....waduh terpukau betul.....welcome to GF..
BalasPadamOk, terima kasih semua di atas komentar yang membina. Kita tunggu posting potret dari rakan gelanggangfoto. potret tersebut boleh jadi potret orang lain atau potret sendiri. Topik artikel saya selepas Konsep Gubahan Imej ialah Potret. Saya juga sedang mengumpulkan beberapa orang rakan yang sanggup jadi model untuk outing kita yang seterusnya, iaitu bertemakan potret.
BalasPadamSila syorkan tarikh dan tempat yang difikirkan sesuai untuk outing berikutnya. Temanya ialah potret.
Ada beberapa elemen dan ciri potret yang berjaya yang tidak disentuh oleh rakan-rakan dalam komentar ini. kita akan bincangkan elemen tersebut dalam outing nanti.
BalasPadam